Seloka Untuk Manusia Bernama Lelaki, Suami & …
Assalamua’laikum.
Seloka Untuk Manusia Bernama Lelaki, Suami & dot dot. Ada yang kata seorang perempuan fikirannya kompleks untuk difahami. Betul ke? Sebelum kita memahami hati seorang wanita, jom ambe kongsikan seloka santai khas ambe cipta untuk manusia sama spesis yang bernama lelaki, suami dan jejaka!
Seloka nasihat untuk seorang lelaki, suami dan ayah
Cerita seorang suami yang tiada bernama
Direka saja mana tau ada yang mengena
Kalau terkena maafkan hamba
Sekadar ingatan untuk kita bersama
Oh! Lelaki dan suami sesiapa saja
Makan pagi jangan dilupa
Nanti perut terseksa jua
Tiba lunch tak ingat dunia
Habis lauk disapu dia sorang saja
Habis lunch hisap rokok pula
Habis sebatang cukupkan dua
Katanya nak tingkatkan metabolisma
Kesian peparu diseksa begitu rupa
Menjelang petang bermain bola
Memang berpeluh ketiak dibuatnya
Sayang seribu kali sayang untuk dia
Azan Maghrib bukan main kuatnya
Dia releks di tepi padang buat-buat lupa
Pekena rokok lagi sebatang dua
Fuh nikmat dunia katanya
Lepas Isyak bertamu di kedai mamak pula
Layan bola sembang-sembang hal dunia
Lupa kat rumah ada anak bini menanti setia
Pukul dua baru pulang mungkin anak isteri dah lena
Sekali isteri dah terkunci pintu macam biasa
Agaknya lupa dia ada suami yang nak tidur bersama
Siapa suruh lepak lama-lama
Padan muka
Seloka pagi sekadar ingatkan spesis manusia
Ada yang panggil lelaki, suami mahupun jejaka
Tak kisahlah apa jua namanya
Yang penting jangan lupa apa yang kita ada
Ibu bapa anak isteri itu nak kena jaga
Walaupun kita sibuk setara mana
Duit berkepuk bawah bantal dalam bank kita
Jika lupa menjaga βhartaβ sebenar kita
Pasti kita menyesal di hari tua
Orang lain ada anak boleh baca Yasin untuk mereka
Bagaimana pula anak-anak kita?
Masih leka berK-POP sini sana
Masih terkinja-kinja berhibur tanpa tau ada batasnya
Jangan cari salah siapa
Akhirnya kita yang bakal ditanya
Mana yang baik disimpan saja
Yang buruk dibuang memang salah hamba
Moga-moga ada manfaatnya berseloka
Andai terasa maafkan diri hamba
Mohon berundur nak siapkan kerja daa
@hafizmd – Seloka Untuk Manusia Bernama Lelaki, Suami & dot dot. Lama tak tulis entri seloka:P
haha seronok sangat baca seloka ini bro π
thanks bro..boleh buat lagi lepas ni..hehe π
itulah dunia skrg. manusia semakin alpa… dengan duniawi. bertuah lah kpd sesiapa yg mempunyai kawan yg sentiasa ingat mengingati..
itulah gunanya kawan =)
huhu…duniawi je ni..
duniawi yg nak kena jaga2
seloka yang boleh terkena kat batang hidung sendiri.. hehehe..
haa.manusia mmg mudah lupa..mudah tersasar…
terkena kat batang hidung sendiri jugak..hehehe
seloka yg beri rasa juga nih… hehehe
beri rasa pada diri ambe jugak bang sop…hehe
sebagai ketua keluarga kenalah kenal diri dan tahu batasannya..
utamakan keluarga tu yer jangan sampai menyesal tak sudah nanti..
betul tu…kalau tak, kita yg rugi akhirnya
susah untuk menjadi ketua keluarga ni..
nanti nak suruh bakal suami baca seloka ni lah…
ha baca jgn tak baca satu kata jgn miss tertinggal
pasti tidak akan tertinggal
eloklah tu dt..sila simpan dalam loker =)
menarik,tertarik baca seloka ni..kebanyakan lelaki,tidak semua..sedari dr perkara2 duniawi.. Dekatkan diri & tingkatkan peribadi ngn amalan ukhrawi..yang boleh bawa keamanan suatu hari nanti..inSyaAllah..
terima kasih cik Ra…itu yg semoleknya =)
seloka dan peringatan untuk kita semua…mungkin ada lagi yang perangai macam ni kot, tapi bukan blogger lah…heeee
utk blogger, ambe keluarkan seloka edisi blogger plak..hehhe
sama2 kita ingatkan diri mana yg kurang =)
suakr utk di bahagiakan kata hrp akan ada perubahan ketara
boa2 gak, blog2 juga tapi agak2 ar anak isteri kt rumah, yg girl pun satu hee dua2 sama jerlah hiii
layan je seloka nih ^_^
Hehe..seloka yang menarik..da pengisian yang bermanfaat di dalamnya..ada juga yang kena dengan saya..tapi itulah. kalau bukan kita sesama manusia dan sesama agama saling ingt mengingati, siapa lagi kan?hehe
sama2 beringat… tanggungjawab anugerah tuhan..
Assalam… π
Pandai Hafiz berseloka….. π
rasanya kak Ummi perlu jawab seloka ini dengan pantun… baru meriah suasana. Tabik dengan mereka yang kreatif dan mahir berbahasa. Bukan senang nak buat benda-benda macam ni. Berpeluh otak nak fikir.
@Mama, itulah, ingat Ummi nak sambut ngn pantun2nye…hehe
terima kasih Mama singgah dan baca..
berpeluh jugaklah ketiak ambe nak siapkan seloka camni..hehe
menaik seloka ni..sedarkan diri dari alpa..h
Tergelak sorang baca seloka ni.Mcm tu kehidupan lelaki(byk benda dlm seloka ni kena kat saya kekeke).Mohon share ye admin.
Ambe pun ada yg terkena jugak.
Silakanlah share..hehe
nanti buat seloka untuk isteri plak.. hehe tahu ke
seloka untuk seorang budak nakal ada…huhuhu
rajin-rajin mencari harta
untuk bekalan hidup di dunia
baik-baik menjaga harta
untuk bekalan di akhirat sana
best jgk seloka ni…mmg terkena btul pd suami, lelaki n dot2…
pandai berseloka bro ni…
Bolehlah merepek sikit2..hehe
Seloka untuk renungan wahai kaum suami di luar sana..
harap suami cheq tak terjebak ‘masalah’ macam dalam seloka ni ;D
Seloka ut renungan suami2 macam ambe utk ingatan…
Tabiat merokok itu tidak ada tetapi sifat lain didalam penambahbaikan. π
Kih2 ada yang terkena sikit2 π
seloka nasihat.. terbaik la bro. π
Kalau camtu, baguihlah…hehe
terbaik.. nasib baik laki den tak macam ni..