Berita hangat vs hangit!

Assalamua’laikum.

Selamat berhari Isnin. Apa berita paling hangat dan hangit hari ni? Aku 100% yakin, ada yang sedang bersedih dan jugak yang sedang bergumbira atas kesedihan orang yang bersedih tadi. Namun, kesedihan tadi mampu diubat seandainya orang yang bersedih tadi mempunyai sebab lain untuk membuang jauh-jauh kesedihan yang melanda dengan berita hangat yang patut digumbirakan dam diraikan bersama-sama dengan mereka yang gumbira tadi.

Apa yang lebih bagus berbanding kita sama-sama bergumbira?

Hangit: Bagi penyokong Man.United, janganlah kita bermuram durja. Hadoi. Sikit saje lagi. Sikit saja lagi Manu nak juara, tapi apakan daya…Aguero musnahkan segalanya. Tahniah Manu, walaupun gagal kekalkan trofi, korang tetap di hati kami…hehe

Hangat: Inilah berita yang kita patut banggakan dan raikan bersama. Takde berita yang boleh tenggelamkan kehebatan dan kesungguhan mereka. Selaku juara baru hoki Piala Remaja Asia, mereka kini semakin hampir untuk kembali menjadi kuasa besar dalam sukan hoki. Menang 2-1 ke atas juara 3 kali, Pakistan semalam memang cukup memberi kepuasan. Serius, lama dah tengok skuad hoki negara bermain begitu baik sejak zaman gemilang Minarwan dan Nor Saiful. 20 tahun tanpa piala remaja Asia! Kini, mereka sudah buktikan!

Aku sekadar berkongsi rasa bangga dan gembira walaupun ada sikit rasa sedih sebab Manu gagal, tapi pasukan Manu tiada apa-apa kaitan secara langsung dengan aku. Yang ada ialah pasukan yang hanya membawa nama MALAYSIA!

@hafizmd-Berpijak dan sanjung tanah yang kita pijak.