5 Entri Pilihan Katakunci Lelaki Kacak

Assalamua’laikum.

Nampaknya, kontest anjuran lelaki kacak yang sangat sukakan bau duit, yakni Titan makin hampir nak tamat tempoh sah lakunya. Ingat yer, sesapa yang belum kemaskini senarai penaja, pastikan korang buat cepat-cepat. Jangan bertangguh, kerna bertangguh itu memang bukan ciri seorang lelaki yang kacak. Untuk kesekian kalinya, aku gagahkan juga jari-jemari lentik aku ni (lentik?hahaha) untuk belajar cara-cara menSEOkan katakunci lelaki kacak ni. Kalau korang dah baca entri terbaru Titan, pasti korang tersengih-sengih dan bercampur tersipu-sipu dek rasa tercabar dengan senarai 83 orang blogger yang dahpun rasmi menjadi peserta kontest ni.

Jujur bagi aku, kontest ni bukan setakat kontest SEO saja. Ia lebih dari itu. Kenapa? Kerana ia telah menghimpunkan satu koleksi ala-ala rahsia sebuah terma lelaki kacak yang telah korang perluaskan definasinya. Jadi, terimalah 5 entri pilihan lelaki kacak versi aku sendiri.

1. AzuanRazi.com – Lelaki Kacak: Antara Persaingan dan Permintaan

Bila Azuan turut serta dalam kontest ni, aku yakin isi entrinya pasti lebih luar biasa. Kalau belum baca lagi entri Azuan, boleh terus klik link di atas. Beliau ada tunjukkan cara menggunakan Google Trends, Adwords Keryword Tool, Insights dan banyak lagi teknik-teknik yang boleh kita aplikasikan dalam arena blogging ni. Serius, ini entri yang aku rasa paling kacak!

2. Sjiehan.com – Warkah Untuk Lelaki Kacak

Sjiehan antara blog baru yang aku kenal melalui kontest ni. Kenapa aku tertarik dengan entri ni? Antara bait-bait kata yang cukup bermaksud ialah “Jangan dilihat pada purdah mahupun fesyen tudungnya semata-mata kerana ….” Nak tau kerana apa? Kenalah baca sendiri di blog sjiehan ni. Memang ada benarnya nukilan warkah untuk lelaki kacak ni.

3. KulansSalleh.com – Bila Lelaki Kacak Menulis

Saudara Kulanz ada pilih 5 entri pilihan dia. Kalau nak tau siapa yang dipilih, boleh terus ke sana. Cuma yang menariknya entri ni ialah pandangan tambahan dia sendiri. Blog Kulanz adalah antara blog terawal yang aku kenal. Banyak yang aku belajar dari blog dia ni. Terutamanya bahagian tutorialnya. Memang bila lelaki kacak mula menulis, ada magisnya! Bak kata Kulanz “harapkan muka saja kacak tapi perangai macam cicak”.

Eh! Kata 5 entri pilihan untuk keyword lelaki kacak. Kenapa hanya 3? Sebenarnya, aku masih dalam usaha untuk membaca kesemua 83 entri utama peserta ni. Takde orang paksa aku baca, tapi itulah magisnya kontest-kontest sebegini. Banyak cerita yang kita boleh baca dan ambil isinya. Itu belum termasuk entri sampingan. Bila nak habis pun aku tak tau…hehehe.

Jadi, aku buka peluang ini untuk korang war-warkan entri terbaik korang tentang lelaki kacak. Korang boleh letak kat ruang komen tu nanti. Mana tau aku suka dan mungkin jugak aku baik hati untuk beri hadiah kecil-kecilan. Itu semua sebuah kemungkinan hasil dari kontest LELAKI KACAK.

@hafizmd-Entri ini sempena kontest anjuran Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.