5 Teknik Menjadikan Pengucapan Awam Menarik dan Tak Bosan!

- 22 October 2013. Updated 30 September 2014Motivasi

Assalamua’laikum.

Ilmu pengucapan awam. Ianya mungkin kelihatan cukup mudah dan santai disaat tutorial dan teori tapi sebaliknya berlaku bila tiba saatnya untuk praktikal. Sejujurnya, saya bukanlah seseorang yang mempunyai keupayaan bercakap di khalayak awam dengan begitu baik, tetapi saya juga bukanlah seseorang yang tidak mampu berucap di khalayak ramai. Saya mempunyai idola tersendiri yang telah berjaya mencungkil ‘raksasa kecil’ dalam diri. Ianya suatu SENI!

Fahami Prinsip Asas Pengucapan Awam

ilmu pengucapan awam Bagi saya, prinsip asas pengucapan awam antaranya ialah berhujah berdasarkan fakta. Bukannya bersandarkan emosi dan anggapan semata. Prinsip ini penting untuk mengelakkan kita dikecam dan dikritik atas sebab tidak berhujah dengan fakta. Namun, dalam dunia sekarang, terdapat audiens seolah-olah tidak lagi ambil cakna dengan fakta malah semakin kenyang dihidangkan dengan “auta” seorang pemidato.

“Auta” yang bersifat menyindir peribadi dan  ditambah dengan contoh-contoh yang tidak sesuai dengan adat dan abab semakin kerap dijadikan bahan hujah demi menarik minat audiens. Apakah seorang pemidato yang bagus perlukan “teknik murahan” seperti ini? Teringat saya kepada kata-kata seorang sarjana British. Katanya;

“Audiens akan menjadi malas dan bersandar bila dah mulai bosan mendengar ceramah yang disampaikan” ~ Sir Franchis Galton dalam catatannya, ‘The Measurement of Fidget’ (Pengukuran Kegelisahan. 1885)

Di sinilah pentingnya ilmu pengucapan awam yang betul dan berkesan. Ilmu pengucapan awam yang baik, pastinya memberi satu impak yang positif dan berpanjangan kepada audiens. Soalnya, bagaimana cara menarik minat audiens supaya tidak bosan dan akhirnya wujud komunikasi dua hala antara pemidato dan audiens tanpa perlukan “teknik murahan” dan tidak membosankan pendengar?

5 Teknik Menjadikan Pengucapan Awam Menarik dan Tak Bosan!

1. Releven – Kalau tajuk pengucapan awam tentang bola, berceritalah tentang bola. Jangan asyik nak bercerita tentang kehebatan anda berenang kuak lentang dan kupu-kupu. Itu tak relevan dan mengundang jelek pendengar. Jangan asyik ‘masuk bakul, angkat sendiri’.

2. Pendek dan ringkas – Berucap biasanya ada masa. Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Tak perlu ayat berbunga-bunga sangat sampai pendengar pun keliru, apa yang nak disampaikan. Fahami siapa audiens kita sangat membantu dalam aspek ini.

3. Berkongsi impak cerita – Amat berguna jika tajuk ucapan yang dipilih disertakan contoh cerita yang menarik. Lagi bagus, contoh kejayaan ada kaitan dengan pendengar! Pasti menarik perhatian mereka.

gaya bahasa dalam pidato 4. Gaya bahasa badan dan mimik muka – Lenggok badan dan mimik muka yang betul pasti akan menarik perhatian pendengar. Bayangkan seorang pemidato yang berucap keras kaku di atas pentas mahupun pemidato yang terlebih lenggok. Awas!

5. Gunakan faktor lokaliti – Pemidato yang berkesan biasanya mampu menggunakan faktor lokaliti dengan baik. Contohnya, loghat atau dialek penduduk setempat. Kejayaan pemidato menambah unsur ini ke dalam ucapannya pasti menarik perhatian.

3 Cara Untuk Kawal Rasa Takut & Resah Saat Pengucapan Awam

Perasaan takut dan resah semasa berucap di khalayak biasanya menyebabkan tubuh badan kita juga turut bertindak seiring iaitu degup jantung lebih laju, otot tubuh jadi tegang dan pernafasan yang tak teratur. 3 efek tubuh ini akan menyebabkan kita cepat-cepat nak habiskan ucapan. Gerak bahasa tubuh pastinya dapat dikesan oleh pendengar! Boleh cuba 3 kaedah di bawah untuk mengawal rasa resah dan gemuruh.

cara atasi gemuruh atas pentas 1. Kawal pernafasan – Untuk mengatasinya kita disaran tarik nafas dalam-dalam dan cuba curi masa dengan rangkap ayat seperti “tuan-puan yang dihormati sekalian…” Dalam masa menyebutnya, tarik nafas dan bertenang.

2. Fokus pada sebutan – Bila kita fokus pada sebutan perkataan, secara automatik rentak ucapan kita lebih teratur dan perlahan. Pendengar pun lebih mudah faham. Cubalah!

3. Awasi tanda baca – Tanda baca menjadikan ucapan kita berintonasi dan tidak kosong. Ucapan yang ada irama, pasti lebih menarik berbanding ucapan kosong tanpa sebarang intonasi dan refleksi.

Kebaikan Kemahiran Ilmu Pengucapan Awam

Akhirnya, ilmu pengucapan awam memang menarik dan cukup berseni. Ianya memberi banyak kebaikan kepada kita antaranya;

  1. Meningkatkan keyakinan diri
  2. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
  3. Memberi impak social yang lebih baik
  4. Meningkatkan kemahiran mendengar
  5. Rangkaian ukhwah (networking) yang lebih besar
  6. Meningkat keupayaan daya ingatan
  7. Mengasah kemahiran persuasive
  8. Meningkatkan keupayaan mengawal emosi dan bahasa badan dengan lebih baik

Jika anda mencari lmu Pengucapan Awam dan komuniti yang positif untuk mengasah kemahiran berkomunikasi, ayuh sertai Kelab Pidato Perdana. Boleh terus ke laman ini, “KELAB PIDATO PERDANA”.

“Pemidato yang bagus akan dikenang kawan dan lawan kerana kebijaksanaanya berFAKTA bukannya menjaja AUTA”

Tak perlu bermuka kacak, berwajah cun bermata bulat untuk menjadikan anda seorang yang bijak menarik perhatian pendengar! Tapi kalau dah kacak dan cun, ia memang bonus…hohoho

@hafizmd – ‘Raksasa kecil’ yang berjaya dibangkit dalam diri pernah merasa berada di atas pentas Pidato suatu ketika dulu. Idola saya ialah arwah Abah.

{ 36 comments… read them below or add one }

eridy October 22, 2013 at 2:03 pm

Practice makes perfect :) . Mula2 ja tu takut, kalau dah selalu, macam ketagih dah.. eheee

Reply

hafizmd October 24, 2013 at 10:38 am

Betul tu. Mula2 mmg gementar tu ada..biasalah

Reply

Mohd Shubhi October 22, 2013 at 2:11 pm

Mantap!, terima kasih kerna turut serta…
Baca entri terkini Blogger Mohd Shubhi´s: Kenapa permohonan pinjaman perniagaan anda ditolak

Reply

hafizmd October 24, 2013 at 10:36 am

Terima kasih bang subhi!

Reply

Joe October 22, 2013 at 2:36 pm

Baru aku perasan, pengucapan awam nie publicspeaking rurepnye…
Baca entri terkini Blogger Joe´s: Dapatkan Diskaun 50% Untuk Semua Pelan Hosting Daripada Hostgator

Reply

hafizmd October 24, 2013 at 10:35 am

Gitulah lebih kurangnya =)

Reply

hafiz October 22, 2013 at 3:03 pm

Wow macam motivatorlah bro punya entri ni…good luck
Baca entri terkini Blogger hafiz´s: Panduan buang lemak pantas

Reply

hafizmd October 24, 2013 at 10:22 am

Terima kasih bro!

Reply

Anuar October 22, 2013 at 3:51 pm

Terima kasih di atas perkongsian info…. Saya sedar masih banyak ilmu yang perlu saya pelajari untuk memperbaiki teknik pengucapan awam saya…
Baca entri terkini Blogger Anuar´s: Tidak dapat Melelapkan Mata sepanjang penerbangan bersama Syarikat Malindo Air

Reply

hafizmd October 24, 2013 at 10:21 am

Itulah..sama juga dgn ambe ni..byk lagi nak kena perbetul

Reply

suri October 22, 2013 at 4:49 pm

mesti ambil note ini..rupanya ilmu saya lagi kecil..ini mula berani nak pidato ni ;)
Baca entri terkini Blogger suri´s: Job Di Rumah Lawan Suri Rumah Pemalas

Reply

hafizmd October 24, 2013 at 10:21 am

samalah kita…kena bykkan praktis

Reply

TehR October 22, 2013 at 4:53 pm

dengan penuh semangat baca
terbaik, bro
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Bagaimana Mahu Berucap Depan Khalayak

Reply

hafizmd October 24, 2013 at 10:21 am

terima kasih cikgu!

Reply

titan October 22, 2013 at 11:22 pm

wahh..akhirnya join jugak ye..
Baca entri terkini Blogger titan´s: Jobdirumah Payment – Kali ke 72

Reply

hafizmd October 24, 2013 at 10:21 am

yup…dah lama asyik main tulis dalam kepala jer…hehe

Reply

adikensem October 23, 2013 at 12:14 am

Fuh..macam bro tengah berucap pulak bila baca. Bernas betul point2 yang dihujahkan, ringkas dan padat pulak tu.
Baca entri terkini Blogger adikensem´s: Mari Cuba Buit Duit Dengan IklanSticky.Com

Reply

hafizmd October 24, 2013 at 10:20 am

Terima kasih AH!
Moga2 masinlah mulut bro ni…hehe

Reply

Lyn™ October 23, 2013 at 12:25 am

Tahniah Hafiz, kerana telah memeriahkan kontes pengucapan awam ini. Moga berjaya.
( Suka dengan apa yang Hafiz tulis di sini ” Pemidato yang bagus akan dikenang kawan dan lawan kerana kebijaksanaanya berFAKTA bukannya menjaja AUTA”
Baca entri terkini Blogger Lyn™´s: Nurul

Reply

hafizmd October 24, 2013 at 10:20 am

Terima kasih Lyn!

Ameen

Reply

papa mifz October 23, 2013 at 12:41 am

ada chance menang nih , doakan yang terbaik buat bro…;)
Baca entri terkini Blogger papa mifz´s: Seni Kaki

Reply

profhariz October 23, 2013 at 2:25 am

Penulisan yang sangat kacak bro ! Terima Kasih.
Baca entri terkini Blogger profhariz´s: Ulasan 5 Diet Plan Paling Popular

Reply

hafizmd October 24, 2013 at 10:20 am

Terima kasih bro!

Reply

blogger lelaki October 23, 2013 at 10:37 am

bagus bro..entri terbaik ni..gud luck
Baca entri terkini Blogger blogger lelaki´s: Wordless Wednesday #5 : Sejuk Mata Memandang

Reply

hafizmd October 24, 2013 at 10:18 am

terima kasih bro..masinlah mulut bro ni…ameen

Reply

Hafizul October 23, 2013 at 11:03 am

Alhamdulillah…Sedikit sebanyak ia menjadi panduan untuk saya menempuh pengalaman pertama tu nanti..haha..thanks bro dan gud luck ye…
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Wordless Wednesday #72 – Cendol Sebagai Pemberi Semangat

Reply

hafizmd October 24, 2013 at 10:16 am

Yg pertama mmg debor sokmo boh!

Reply

Rina October 23, 2013 at 12:57 pm

Walau ini post untuk kontes tapi tetap dapat dijadikan acuan dan referensi dalam belajar pengucapan awam
Semoga sukses :)
Baca entri terkini Blogger Rina´s: Create Horizontal Tabbed Content Menu Using jQuery And CSS

Reply

hafizmd October 24, 2013 at 10:15 am

Terima kasih Rina

Reply

kakiblog October 25, 2013 at 2:31 am

terbaiklah bro..semoga berjaya
Baca entri terkini Blogger kakiblog´s: Review Blog : kassim8888.blogspot.com

Reply

hazman aka species1980 October 25, 2013 at 3:08 pm

sempoi laaa… idea yang praktikal untuk panduan public speaking…. kalau nak ada sense of humour kena tengok audiens dulu la kan…..
Baca entri terkini Blogger hazman aka species1980´s: Foodblogger Melayu tolak tawaran RAKAMAN RANCANGAN TV

Reply

hafizmd October 25, 2013 at 4:10 pm

Betul tu. Kalau tak, org pun pandang pelik jer

terima kasih bro hazman! =)

Reply

wazy October 25, 2013 at 10:57 pm

terbaik entri ni,semoga berjaya dalam contest ni bro
Baca entri terkini Blogger wazy´s: Teknik Pengucapan Awam Yang Terbaik

Reply

ahmad azhari November 1, 2013 at 4:08 am

Banyak juga tips yang berguna di entri Tuan !
Baca entri terkini Blogger ahmad azhari´s: Masalah,Masalah dan Masalah….. Lariiiiiikkkk…??

Reply

Ummar Farouk August 9, 2014 at 7:10 pm

Bagus… Info terbaik kalau betol2 kita buat dgn sempurna… Tapi, ade juga part2 kelemahan diri sy semasa nak berucap depan orang ramai yg masih blom bleh diubati smpai skrg… Huhu…
Baca entri terkini Blogger Ummar Farouk´s: Pembinaan Keimanan Pada Zaman Rasulullah S.A.W yang Masih Ramai Lagi Tak Tahu (Bhgn II)

Reply

azuha January 9, 2015 at 9:07 am

tq bro , sedang mengutip idea nak perhebatkan pengucapan awam saya…..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }