7 cerita menarik hari ini…

Hari Isnin, 5 April 2010

Blogging itu sempoilah!
Blogging itu sempoilah!

Saya sangkakan produktiviti menulis saya sudahpun pulih selepas terbitnya post sebelum ini, rupa-rupanya momentum yang dijana belum cukup bagus. Hasilnya, saya berjaya tidak meng’update’ blog ini..adakah ini suatu kejayaan?oh! tidak..hehehe..

Akhirnya saya gagahkan jua jari-jemari ni untuk menulis sesuatu. Akhirnya terpancullah post ini. Hanyalah snippet berita dan cerita menarik dari rakan-rakan blogger yang sempat saya ambil dan sama-sama kongsikan, tapi saya cuba sampaikan dalam versi peribahasa. Mana tahu, ada peribahasa yang belum pernah kita tahu, mungkin juga belum sempat ke blog rakan-rakan, atau juga  belum baca suratkhabar lagi atau memang tak baca akhbar perdana, almaklumlah..hehe..jom layan, moga ada manfaat darinya.

  1. Nak seribu daya, tak nak sejuta dalih – Kental dan cukup tabah. Ini yang saya kagum dengan insan yang bernama Wan Aini. Mana taknya, walaupun baru saja terpaksa dipotong  kedua-dua belah kaki, dua jari tangan kanan dan pergelangan tangan kirinya akibat gangren, dia tetap cekal untuk terus menyambung impian menjadi seorang pendidik di UPSI. Kita pula macam mana? Takkan setakat baru pening sikit, dah ponteng kelas @ tak datang kerja?
  2. Sediakan payung sebelum hujan – nampak gayanya, H1N1 dahpun kembali mengganas. Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Jom sama-sama amalkan prinsip “Prevention is always better than cure”. Itupun kalau kita sayang diri sendiri dan keluarga kita. Jangan pula nanti cakap “takde orang bagitahu pun!”
  3. Anjing diberi makan nasi takkan kenyang – angka 2,780 kanak-kanak didera tahun lalu sudah cukup menyakitkan hati. Anak-anak adalah amanah, bukannya mainan yang boleh disepak terajang. Moga kita sentiasa mendapat rahmat dan hidayah Allah jua.
  4. Rezeki secupak, manakan jadi segantang – antara blogger yang saya cukup kagum dan hormat ialah problogger Rohaizad. Entri terbaru beliau begitu mengujakan. Banyak yang beliau kongsikan samada dalam arena IM mahupun dunia blogging sendiri dan banyak cerita yang sungguh menaikkan motivasi diri. Pesan beliau “kita selalu lihat, tapi tidak lihat betul-betul”. Sama-sama kita renungkan.
  5. Ada seperti tampaknya apung-apung – kalahnya Manchester United dikaki Chelsea cukup memeritkan bagi peminat setia Man U. Walau ada yang berkata “ala..gol offside, nasib plak ref tak nampak”..tapi gol tetap gol..kalahpun dah kalah..menangis pun sudah tak guna. Harus diingat jua, ada lagi lima perlawanan untuk diharung, belum tentu juara EPL milik Chelsea!
  6. Ada tangga hendak memanjat tiang – kalau kita perasan, isu plagiat dalam arena blogging sejak akhir -akhir ini makin menjadi-jadi. Mana perginya etika seorang blogger? Adakah kita sudah hilang pertimbangan hingga sanggup menciplak hasil titik peluh orang lain lalu bangga mengaku ianya hak milik kita? Memang tak tahu malu!
  7. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak – kalau mahu berjaya, mana ada jalan senang. Kalau mahu susah, memang ada jalan senang. Akhirnya ketabahan dan kesabaran mahupun kerajinan menjadi resepi untuk berjaya. Orang kita asyik fikir nak senang dengan cara goyang kaki contohnya skim cepat kaya dan 4D (duduk diam dapat duit). Akhirnya siapa yang rugi?

Moga ada manfaat dari perkongsian ringkas ini.

® hafizmd – ada sesiapa tak faham peribahasa di atas? Sila angkat tangan yer..