Sukan SEA Myanmar ke-27 & Hoki Piala Dunia Remaja

Assalamua’laikum.
Keputusan penuh: Malaysia 2 vs Brunei 0 [Gol Rozaimi & Asri Chuchu]. Pentas atlet Malaysia memperaga aksi terbaik kini telahpun bermula di Sukan SEA Myanmar ke-27. Antara sukan yang menjadi perhatian tak lain tak bukan, bola sepak. Malaysia yang turun sebagai pasukan pilihan sebab dah namapun juara bertahankan? Jadi, pasti pasukan lain berebut-rebut nak kalahkan skuad Harimau Muda B-23. Tapi barang harus diingat, skuad Datuk Ong Kim Swee bukannya skuad tempang walaupun takde Wan Zack, Gary, Junior.
Malaysia vs Brunei Sukan Sea Myanmar
Game petang ni yer. Pukul 5.30 petang. Semua game pasukan Harimau Muda, semuanya petang. Kenapa bukan malam? Sebab kita bukan tuan rumah…hehe.

Kat bawah ni jadual untuk pasukan Harimau Muda B-23 sepanjang kempen Sukan SEA Myanmar 2013.
- 10 Disember: Malaysia vs Brunei
- 13 Disember: Malaysia vs Laos
- 15 Disember: Malaysia vs Singapore
- 17 Disember: Malaysia vs Vietnam
Sama-sama kita doakan moga ibu emas ni akan terus menjadi milik Malaysia!
Hoki Piala Dunia Remaja
Ambe sempat layan pasukan hoki Malaysia vs England. Sudahnya, Malaysia menang 4-2. Kalau ikut kaedah menyerang tu, banyak lagi gol yang boleh masuk, tapi cukuplah 4 gol. Malaysia dah jadi juara kumpulan dan layak ke suku akhir. Lepas ni, lawan Malaysia di suku akhir (12 Disember 2013) sama ada India atau Korea.

Skuad remaja Malaysia ni ialah skuad Juara Remaja Asia. Memang boleh pergi jauh sukan hoki Malaysia. Kembali mengaum garang dan kembali digeruni lawan.
@hafizmd – Ayuh semua atlet Malaysia! Moga terus cemerlang dan mengharumkan nama Malaysia! Malaysia Boleh!!!(Kredit gambar: Astro Arena Saluran 801)
Saingan paling kuat dalam group ni datangnya dari Singapore dan Vietnam. Lain-lain tu, atas kertas nampak macam Malaysia boleh kasi tapau.
Petang ini team bola sepak Malaysia akan turun lawan Brunei.Harap takder masalah nak score lebih 5 biji gol.
Sejak 2,3 tahun kebelakangan ini .hoki kita menjadi semakin kuat . Seronok dapat tengok stadium hoki di Johor Bahru penuh dengan penyokong Malaysia semasa kejohanan hoki antarabangsa pada 2,3 bulan yang lepas
Tahniah diucapkan kepada pasukan Hoki Skuad remaja Malaysia.. Semoga berjaya menjadi juara dalam kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja… Kembalikan semula kegemilangan pasukan Hoki Malaysia… 😉
harap sangat kali ini kedua-dua sukan tersebut merangkul kejuaraan.. huhuhu
entah apalah keputusan bola petang tadi ek?
malaysia menang kan lawan brunei tadi? terbaik lahh.
Hoki lepasni Malaysia lwn Korea Selatan disuku akhir. terbaik.
Harap dapat main lebih baik. Moga menang esok…yeah!
semifinal nanti pasti meriah jadi tak sabar menanti masa itu
Ayoh. ayoh malaysia.. ! malaysia menang kan?
kagum dengan skuad hoki remaja negara…
tu dia. bola menang, hoki menang. canteklahh..
tunggu lawan Laos pula.. lawan brunei agak bernasib baik menang
kalau nak dibandingkan dengan hoki..puteri lagi suka tengok bola sepak. Mudah-mudahan sekali lagi emas akan menjadi milik Malaysia 🙂
tahniah untuk hariimau muda, cabaran seterusnya macam lebih berat tapi tak mustahil boleh menang.
Semoga skuad remaja Malaysia sukses memenangkan setiap pertandingannya …
Go!!!! Go!!!! Go!!!! Harimau Malaya
peminat bola dan hoki dalam mood bagus sekarang ni
dua2 menang
Semoga ada kemenangan lagi lepas ni..hehe