Luangkan Masa Berkualiti Bersama Keluarga Sebelum Terlambat!

Assalamua’laikum.
Berapa ramai antara kita yang luangkan masa untuk buat aktiviti bersama keluarga. Tak kisahlah samada aktiviti dalam rumah mahupun luar rumah. Kita ni sentiasa rasa sibuk dan sibuk dan sibuk untuk menghabiskan masa untuk anak-anak terutamanya. Jangan sampai kita tiba-tiba rasa, “Eh, dah besar dah anak-anak aku ni.” Itu mungkin sebab kita kurang berpeluang melihat mereka membesar betul-betul depan mata kita walaupun mereka sentiasa menunggu kita untuk banyak perkara!
Keluarga tetap nombor 1
Dalam apa jua hal keadaan sekalipun, saya cukup yakin kita pasti akan dahulukan keluarga. Tuntutan mencari nafkah untuk keluarga terkadang menyebabkan kita ‘hilang’ masa untuk bersama mereka. Kalau suami sahaja yang bekerja dan si isteri menjadi suri rumahtangga, inilah yang menjadi idaman. Suami mencari rezeki, isteri mengurus rumahtangga sepenuh perhatian. Takde gangguan bebanan kerja pejabat yang tak pernah surut padam.
Oleh sebab keluarga tetap nombor 1 jugalah, si isteri sekarang terpaksa melakukan satu pengorbanan yang besar dalam membantu kewangan rumahtangga. Menambah mana yang kurang untuk kelangsungan bersama. Nampak tak betapa besarnya pengorbanan seorang isteri? Penat kerja di luar, balik rumah nak kena layan anak-anak dan suami. Jangan kita suami ni sekadar jadi ‘pak pacak’ dalam urusan rumahtangga. Wajib tolong mana yang boleh. Tak reti masak, tolong potong bawang. Tak reti basuh baju, tolong sidai baju. Isteri mesti senyum dan rasa mereka dihargai dan disayangi. Kedamaian emosi mereka penting untuk ketenangan rumahtangga. Buatlah trik ni, insyaAllah aman rumahtangga.
Luangkan masa untuk isteri dan anak-anak
Anak-anak bukan nak mintak kita beli mainan mahal-mahal (walaupun memang ada jugak anak-anak minta). Mereka nak satu benda jer iaitu masa kita. Iya, masa kita yang kita rasa sangat berharga untuk kita berikan kepada mereka. Dalam kita sibuk mencari nafkah, jangan lupa nafkah untuk isteri dan anak-anak. Jangan sampai mereka rasa, adanya kita atau tak…tetap sama.

Gambar ni saya ambil di instagram milik blogger hebat, Tuan Ilham Denaihati.com. Memang terbaik! Berbasikal bersama keluarga sambil keluar peluh. Serius, kalau kita dapat jadikan aktiviti macam ni rutin bulanan, insyaAllah rumahtangga akan lebih ceria, beraura positif dan paling penting, anak-anak rasa “Rumahku Syurgaku.”
Masa anak-anak masih kecil adalah masa paling sesuai dan senang nak didik mereka. Ajarlah mereka apa saja. Kalau putih yang kita tunjuk, ‘putihlah’ anak-anak kita. Kalau hitam yang kita tunjuk, ‘hitam’lah anak-anak kita. Kita pilih mana yang kita nak. Contoh paling dekat ialah ujian banjir besar yang menimpa saudara seagama kita di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor. Ini saatnya kita didik anak kita sifat saling ambil berat dan tolong-menolong biarpun mereka bukan ahli keluarga kita. Sifat-sifat baik nak kena tunjuk dan ajar, insyaAllah mudah-mudahan anak-anak membesar dengan penuh sifat mahmudah. Bukannya penuh dengan sifat buruk sangka, dengki dan saling menyalahkan!
Apakah cukup bantuan material tanpa spiritual. Baca di sini –> “Mangsa Banjir Bukan Sekadar Perlukan Bantuan Material“
Carilah masa untuk beraktiviti bersama anak-anak dan isteri. Bekerja sampai tak ingat anak isteri bukan ajaran Nabi kita yang disifatkan lelaki sempurna di mata isteri-isteri Baginda dan paling terbaik dalam melayani keluarga. Kalau bukan Baginda yang menjadi model kita, siapa lagikan?
Baginda SAW sendiri main lumba lari dengan Siti Aisyah dan berpura-pura kalah untuk menceriakan hati isteri tercinta. Apalah sangat masa yang kita ada kalau orang tersayang rasa kita hanya hebat di luar rumah, tapi tenggelam lagi kelam dalam rumahtangga sendiri.
Entri ni sah-sah untuk ingatan diri saya sendiri. Kalau ada kebaikan, bolehlah ambil mana yang baik. Yang busuk, buang jauh-jauh.
@hafizmd – Boleh juga berkongsi dengan rakan-rakan dengan menekan butang LIKE & SHARE. =)
Betul tu… Saya setuju… Kita perlu memberi keutamaan kepada keluarga melebihi daripada komitmen lain… Barulah boleh mewujudkan keluarga yang bahagia… 😉
Terbaik! Kelaurga kita bagus..insyaAllah masyarakat juga baik
betul tu bro. tapi aku budak lagi kerjanya naik motor je. hehe. zaman sekolah rendah ade la naik basikal.
hehe…dah besor panjang, kenalah beli beskal yg besor plak
berbasikal memang senaman yg terbaik disamping mengeratkan hubungan keluarga
Betul tu. Dpt pulak kayuh sma2 satu famili
Comel pula tengok tuan Denaihati dalam gambar tu. hehehe
haaa…lagi sorang kat tuan DH comel..mana tuan DH ni..
FA sokong entri ni.Bila ada kat rumah,tak nak hargai.Bila dah berjauhan baru nak sedih2 bagai.huhu
huhu…gitulah adat manusia..bila ada, buat tak nampak..bila takde…mulalah mengigau
Nampaknya kena keluarkan balik basikal yang dah berhabuk tu 🙂
hoho..kenalah…nnti dah berkarat…hehe =)
Billion terima kasih kerana sudi sertai denaihati instagram foto kontes dan semoga sukses.
Terima kasih kembali.
Ramai yg komen kata tuan DH nampak comel dalam gambar ni =)
Sesibuk mana sekalipun, cubalah cari sedikit masa untuk bersama keluarga.
Betul tu. Kena jgak utk anak2 dan isteri. Jgn balik rumah just sebab nak tukar baju jer
Majoriti ibubapa bekerja dan banyak masa dihabiskan dengan bekerja. Kalau ada pun hari Sabtu dan Ahad untuk masa kualiti bersama keluarga.
Itulah. Rasa macam tak cukup masa plak…hoho
Assalamo’alaikum Hafiz….apa khabar, lama tak datang singgah, dah makan ke belum… ^^
Terasa lada bijilah relai,
Wangi kunyit sebelah halia,
Makan bersama kerabu timun;
Masa yang ada pastilah bernilai,
Pergi seminit hilanglah ia,
Manakan sama seribu tahun.
Wa’alaikumussalam akak Ummi,
Eh, macam tau2 jer..baru jer lepas lunch…alhamdulillah
Subhanallah. Indah sunggih pantun 6 kerat kak ummu ni..tak terjawab saya
yg pastinya masa yg berlalu adalah perkara paling jauh dengan kita…
terima kasih kak ummi utk pantun ni..(mohon kongsi di walll fb saya yer)
Assalam Hafiz…..terimakasih buat adik akak kerana datang singgah di blog pantun kak Ummi naa… ^^
Dengan izin….yaaa…^^
Terimakasihlaaa kerana memuji pantun kak Ummi, tanda penghargaan dan kekuatan kak Ummi untuk terus mengarang pantun…..alhamdulillah.. ^^
@Kak Ummi, terima kasih kembali. Sedap sangat pantun yg kak ummi buat. Tu yg rasa rugi kalau nikmati sorang-sorang =)
Moga kak ummi terus kekal komited berpantun. Terbaiklah kak ummi
betul tuh,sibuk macam mana pun urusan kekeluargaan perlu diutamakan…
Terbaik. Anak2 isteri ttp no 1
Betul tu tuan.Keluarga nombor 1/even kalo kita tetiba ingatkan anak kita pun , kita terus aja call dia .tanya buat apa tu?cakap kat dia kita rindu dekat dia , dan suruh tunggu kita pukul 5 balik dari kerja.
Ia .itu amat menyeronokkan kalau sampai di rumah , kita di sambut dengan senyuman anak-anak kita.
Entry tuan juga membuatkan saya lebih bersemangat lagi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ayah berjaya.
3 hari tak updated blog sebab inilah , meluangkan masa dengan anak-anak dan isteri dan juga keluarga mentua dan mak sendiri
1. Terbaiklah bro Azrin. Masa yg diluangkan tu memang terbaik. Takkan masa berulang utk kita cipta kenangan camtukan? Mesti teringat jer kat keluarga mak dan mak mertua bila balik tmpat kita berkelana cari rezeki.
2. Betullah bro. Memang rindu wooo..Sekarang ni, anak saya yg sulung (kakak) balik kampung ikut nenek…rindunya tu..adeh
Betul tu. Keluarga is the first.
Setuju sangat dengan entri ni. Masyarakat sekarang jarang sekali meluangkan masa untuk family. Kebanyakannya terpaksa bertungkus lumus mencari rezeki demi kelangsungan hidup yang penoh pancaroba ini.
Betul tu. Sebab tu jugak rasanya, institusi keluarga kian longgar, sebab anak2 kurang perhatian ibubapa.
Kita nak kena check balik…rezeki mmg kena cari, tapi keluarga tetap kena tgk dgn penuh berhati2
hoho..nampak comel ajerr. haha
memang nmpak comel…senyum lebor tuan badan baca komen hang ni…
Cuti kali ini belum betul-betul berkesempatan hendak bersama dgn anak pinak.
Insyallah minggu depan sudah menrencanakan sesuatu utk keluarga.. paling tidak shopping baju sekolah.. uhuk!
Cuti sekolahpun dah nak habis. Moga2 sempat uruskan mana yg patut ,tapi bang maza sudah punya banyak pengalaman…
p.s- sekarang kat Pahang lagi ke bang maza?
Bestnya jalan-jalan camni yer
Terima kasih atas peringatan. Alhamdulillah setiap hari jogging bersama isteri dengan anak-anak ikut ramai-ramai naik basikal sekeliling taman…masih cuba buat yang lebih baik setakat termampu.
keluarga memang diutamakan, seronok keluar dengan keluarga sebenarnya. Boleh jadi kenangan manis jika tangkap gambar buat kenangan.
salam perkenalan. sangat setuju bro… teringat pesan ustaz don… kita kerja kat luar adalah kerja sampingan, kerja yang hakiki adalah bersama keluarga 🙂
betulla tu.. keluarga yang paling penting sekali
keluarga perlukan masa kita
tak guna ada keluarga kalau tak ada masa untuk keluarga
Sibuk mana pun keluarga memang kena dahulukan..hehe..terbaiklah tuan DH..dan selamat maju jaya bro..hehe
Keluarga nombor satuuuuuuu … memang betul. Tepat!! hehehehe
Setuju ngn akak…tepat!
betullah bro, family first…
betul tu…walaupun sesibuk mana ibu bapa bekerja….luangkan untuk 10 minit demi anak-anak….dan boleh juga bawa anak-anak ke taman permainan…
terima kasih di atas pengkongsian atikel di atas,sesibuk mana pun kita kena luangkan masa terhadap keluarga
Sama2…keluarga penting antara sumber motivasi
Saya skong encik. Biasanya glongan suami lah yg tak suka spend time dgn kluarga. Mereka lebih suka habiskn masa dgn org luar bbanding keluarga. Sedih la kena buat camni. Setiap hari mkn hati berulam jantung je. Tak tahu samada suami tak fham kesunyian atau buat2 tak faham, ketika slalu biarkn isteri & anak sahaja kat rumah.
erm…saya terpaksa setuju juga. Sebab memang ramai yang saya tengok lepak dulu kat kedai kopi lama2 before balik rumah.
zaman skrg ni, ramai yg lebihkan kenkawan dari fmly..siang keje.. balik keje, g melepak.. malam, keluar lagi.. rutin kebanyakan suami zaman skrg.. luah mcm mana pn elok skjp shj.. lepastu ulang balik. seolah x fikir apa perasaan anak isteri d umah