Lee Chong Wei kempunan lagi tapi tidak si dia…

Assalamua’laikum.

Lama juga tak layan badminton, lebih-lebih lagi perlawanan antara Dato’ Lee Chong Wei dan Lin Dan. Kalau sebelum ni Lin Dan asyik buat ‘helah’ dan pelbagai ‘trik’ untuk mengelak bertemu Lee Chong Wei, tapi tidak dalam Kejohanan Badminton Dunia malam ni.

Perlawanan dahpun tamat dan akhirnya Lee Chong Wei kempunan untuk mendakap mahkota kejuaraan dunia. Menang set pertama 22-20, kemudian tewas set kedua 14-21, dan terpaksa tunduk 21-23 dalam set ketiga.

Aku rasa, memang satu perlawanan yang cukup menarik, berkualiti tinggi dan banyak kali kedua-kedua pemain hanya dipisahkan 1 atau 2 mata saja. Satu yang aku pasti, Lin Dan memang superb main-main bola jaring ni. Geram aku yang tengok lenggok badan main bola jaring!

Apapun, tahniah Dato’ Lee Chong Wei atas permainan yang aku rasa cukup terbaik dan ada lagi peluang untuk balas dendam lepas ni. Memang nampak LCW lebih tenang dan yakin cuma tak menang saja…hehe 😀

Ok. Tajuk ada si dia? Siapa? Kalau tak salah dengar, LCW bakal tamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Siapa si dia?

Dia ialah ratu badminton negara iaitu Wong Meng Chew. Tahniah untuk mereka berdua.

Maka, pencarian pengganti LCW mungkin hanya berakhir 20 tahun dari sekarang (jika hanya jika BAM terus gagal melahirkan pemain pelapis yang setaraf Dato’ Lee Chong Wei.

Sekian.

® hafizmd – Ramadhan dahpun masuk fasa kedua…