5 cara untuk belai komputer…
Assalamua’laikum.
Didoakan semua sahabat sekeluarga dalam rahmat dan lindungan Allah jua. Ameen.
Ok. Cuba kita renung sejenak, bila kali terakhir kita ‘servis’ komputer peribadi@laptop kita? Minggu lepas? Bulan lepas? Tahun lepas?
Atau belum pernah walau sekalipun? Kalau pernah, jangka hayat PC anda pasti lebih lama dan jika belum pernah, sekaranglah masanya untuk cepat-cepat buat mana yang mampu. Jika tidak, simptom demam, semput dan kurang bertenaga pasti akan terbit nanti. Jangan salahkan PC anda kurang berkuasa, tapi kita salahkan diri sendiri yang kurang peka. Boleh?
Jom pakat baca 5 cadangan mudah yang mungkin boleh memanjangkan jangka hayat PC kita:
1. Kemaskini Windows – Penting untuk sentiasa kemaskini sebarang ‘service pack’ terkini untuk tingkatkan kestabilan dan keselamatan –> tapi saiznya besarkan? apa kata anda? perlu ke?
2. Kawalan keselamatan Microsoft – Malware dan kawan-kawannya ada di mana-mana. Maka, kena ada antivirus dan yang mudah ialah download percuma Microsoft Security Essentials: KLIK UNTUK LAMAN DOWNLOAD. Tapi, cara yang baik ialah dengan cara ‘safe browsing’ —> Jangan nak masuk laman web merepek dan tak selamat…tahukan?
3. ‘Back up hard drive‘ – Senang cerita, sediakan payung sebelum hujan. Sila buat ‘back up hard drive’. Buat salinan semua data-data penting contohnya ke dalam ‘thumbdrive’ atau guna cara ini: CrashPlan
4. Bersihkan semua fail sementara – Dengan membuang fail-fail sementara mampu memberikan ruang yang lebih kepada PC untuk ‘bernafas’. Nak senang, guna saja benda ini: CCleaner
5. Lakukan ‘complete uninstall’ – Setiap kali kita ‘uninstall’ program, biasanya akan ada sisa-sisa yang tertinggal kesan dari proses tadi. Maka, untuk meningkatkan kelajuan PC kita boleh acu cuba try test Revo Uninstaller versi percubaan: Revo Uninstaller
Antara perisian di atas, ada yang sesuai untuk semua jenis platform, tapi kebanyakkan untuk pengguna Windows.
Kesimpulan : Selamat mencuba dan ingat yer, kalau sayangkan komputer, rajin-rajinlah servis mana yang patut!
® hafizmd – bulan Ramadhan, bulan untuk servis rohani dan jasmani kita (kita? pakat sumbat perut penuh-penuh!)
Ini adalah entri ~98% bersumberkan artikel ini: Yahoo
Untuk pastikan prestasi windows pada tahap terbaik, kena luangkan sedikit masa untuk lakukan semua tu.. 😀
setuju…masa mmg perlu dikorbankan sikit
@hafizmd,
yang aku tahu clear cookies, je hehehe yang lain harapkan auto update window, dan hp auto maintanance je heheheh
keh3…oklah tu dari tak buat langsung… 😀
sesekali nak kena servis jugak tuh, kang terus tidur nanti pc tuh… hehe
1. leceh skit pasal pakai lanun punya hehe (ada idea?).
2. MSE sgt berkesan tp lagi berkesan jika perkara 1 dpt dilakukan.
3. sekarang ni guna GHOST, nak try CrashPlan lak (thanks!).
4. aku guna ASC (adcance system care).
5. aku guna IObit Uninstaller yg datang sekali dengan ASC – sgt mantap!
tahniah! info bagus untuk newbie 😉
1. kalau lanun, mmg payah sikit ni…idea? paw kawan2 punya yg ori…hahaha
2. setuju 100%
3. ooo..ghost ek..leh try usha past ni…thanks
4. ASC…baru jugak aku tahu pasal ni…thanks
5. Cantik, mmg terus aku apply
6. Thanks megat sbb kongsi tips dan ilmu…terbaik!
Saya serahkan kepada Tune Utilities untuk melaksanakan secara background 🙂
@akubiomed,
aku pun sama bro..
ooo…ni ada geng background oklah…hehe
terima kasih kongsi tune utilities tu
@akubiomed, tune utilities…boleh acu cuba try test ni..thanks bro
ni la kelemahan aku selama ni
hanya reti guna je yang asas2 je
komputer memang terasa makin lama makin berat
takpe tehr, sama2 kita buat mana yg boleh
ada yg suggest, kena jugak hantar servis, buang habuk2 yg tebal dalam laptop…baru balik mcm asal…heehe
alamak! sudah lama tak bikin servis seperti di atas..
terima kasih kerana dgn adanya entry ini sudah mengingatkan maza.. hehehehe
psst: tengah ambil kain buruk, kasik lap monitor satu kali. .ahaks..
kalau sudah lama, cepat kasi servis sekali, kang nanti dah semput…takut terlambat sudah…hehe
p/s-hati2 kesat, jgn sampai habuk masuk mata pulak… 😀
utk kemaskini windows saya rasa sesuai mengikut PC.. kalau kita upgrade ke service pack yg lebih tinggi kadang2 ada yang tidak compatible
setuju sangat dengan statement wajib install antivirus dan jangan lah kita rasa rugi utk beli AV yg license..hanya rm30 satu license dan kita agak aman dari virus
erm..jadi, paling tidak update mana yg compatible dan sediakan antivirus yg terbukti efektif… 😀
dah lama tak buat, main pakai jer.. huhu.. tapi laptop ok, perlu lebih space jer..
sesungguhnya, memang buta komputer saya ni.. hhahaa
hhihi…takpe, dah ada pengganti barukan? 😀
samalah kita, cuma cerah sikit jer…keh3
perlu servis or format com sentiasa tak?..
servis tu tgk keperluan, format tgk keadaan (kalau dah crash, kenalah format)
hoho..wajib buat setiap hari ccleaner ni..
@titan,
memang pun….aku guna disk cleaner… 🙂
ok, noted, akupun nak try juga…thanks 😀
kalau tiap2 hari…mmg terbaiklah!
setiap hari scan laptop. setiap bulan defrag laptop..setiap tahun, renew lesen antivirus. haha.. ok dah laptop lepas tu..
ni kira dah tahap sifu ni 😀
mmg terbaik lah prestasi pc ohcikgu!
dulu masa study aku rajin ler belai pc, ambil tahu pasal pc, sejak dah makin dewasa dan berkerja pula, fokus dan kepentingan aku berubah, sian pc dan laptop aku dah x terbelai lagi, tp masih lagi berkhidmat untuk aku, hehhe
@Juan : Nanti pasni (dah kahwen) tak sempaty belai pc Ekekeke 😆
@bEe, Juan, sila ambil perhatian 100% atas nasihat ini….hehehe 😀
hehe…kang nanti dia mintak tukar terus bro keh3
Semenjak ada en hubby, bEe tak pyh pening2 nak kemaskini sbb en hubby yg akan siapkan semua…
Yg bEe tahu d/load then kena marah pastu sbb ntah apa2 d/load 😛
hehe…sib baik jugak ada hubby yg celik IT 😀
saye jarang jugak update, tp tlg tgk2 mana yg boleh ajer…hhee
nasib baik pakai window Ori.., auto update je heheheh
tu yg untung kalau pakai ori..kalau tak…melepas…keh3
Tips yg ringkas dan menarik.
Sy sllu guna ccleaner utk buang file2 temporary
teruatama lps browse internet.
Klu nk buang habuk dkt keyboard laptop mcm ne ye ?
sy guna TuneUp je… utk pc opiz.. utk laptop sendiri sy guna regcure.. nak try gak guna yg lain… anyway, thanks for this info…
first point lagi tak lepas sbb pakai crack OS.. dah tu je mampu.. kemaskini OS jawabnya black screen la.. hehe
kalau crack, mmg melepas ler…hehe
takpe, yg lain2 tuh masih boleh cuba lagi… 😀
selalu kalu line internet lembab, kita akan salahkan broadbnd, streamyx bla..bla..
Padahal dalam PC kita sendiri penuh sampah sarap kan? sya xreti sgt nk servis pc ni. hantar kedai boleh kan. ada ke org buat?
hehe…biasalah tuh…sayepun kadang2 camtuh jugak…keh3
debu2 sebenar dalam laptop kalau lama sangat tak bersih mmg boleh buat dia kong…jd mmg kena hantar servis
mmg ada yg buat, tp nak kena hati2 pilih kedai…takut kena ‘tiew’… 😀
Laptop saya nampaknya tidak perlu diservis kerana ianya kosong! Tapi apa yang pasti selalunya saya sentiasa akan back-up data setiap kali membuat perubahan pada lappy saya nie.
Kosong? Wah, ni memang betul2 tak bagi peluang mana2 virus melekat masuk ni. Terbaik!
Backup memang penting, kalau tak, susah dikemudian hari
CCleaner memang terbaek.. dah bertahun-tahun dah guna since zaman belajar dulu hehe
wah…jadi, mmg mantoplah pc bro