Kesudahan Pok De dan cicak tokeknya…

Bahagian pertama: Pok De dan cicak tokek

********************

Rutin harian Pok De benar-benar berubah. Saban hari mencari makanan bergizi seimbang untukย  cicak tokeknya. Cengkerik, ulat, serangga…semuanya disediakan penuh perhatian…tak lebih tak kurang. Kadang-kadang, Pok De sendiri kurang makan.

Pagi itu, seperti biasa..Pok De bersarapankan nasi lemak di warung berhampiran rumahnya. Ada rakan-rakan Pok De yang menjuih mulut bila saja Pok De membuka cerita pasal cicak tokeknya. Kawan-kawan Pok De bukan berdengki, jauh sekali iri hati…tapi kesian tengokkan kesetiaan dan kesungguhan Pok De pada sesuatu yang belum sahih dan pasti.

Kali ini, Pok De sudah bersedia. Pagi itu, semuanya tergamam bilamana Pok De tunjukkan dua bukti yang diharapnya mampu menutup mulut ‘busuk’ rakan-rakannya itu…

Pok De hulurkan cebisan pertama. Ada yang mengangguk malah ada yang tarik muka.

"khasiat rahsia zat tokek ubati aids,asma,lelah"

Belum habis rakan-rakan Pok De mengangguk, helaian kedua Pok De hulurkan. Kali ini, semuanya melopong ibarat ikan kelisa menunggu umpan!

"harga cicak tokek di pasaran" Pok De berlalu meninggalkan rakan-rakannya yang terusan melopong. Puas hati Pok De pagi itu. Hari yang berlalu dirasakan begitu cepat. Pok De belum puas menjelajah mencari tokek. Kepenatan yang melampau menyebabkan Pok De tertidur di sisi sangkar tokek belaannya.

Jelas di mata Pok De, cicak-cicak tokek kesayangannya ghaib entah kemana. Pok De hilang arah. Sempat seekor darinya melintas betul-betul dihujung kakinya dan terus laju berlari ke arah belakang. Pok De pantas melayangkan badan ala Van Der Sar menangkap bola. Semuanya terlambat. Pok De tersungkur. Habis cicaknya berlari meredah kegelapan menuju ke belakang rumahnya.

“Argghhhh” Pok De tiba-tiba menjerit sekuatnya.

“Astaghfirullahala’zim” Pok De istighfar panjang. Rupa-rupanya ia hanyalah mimpi ngeri. Pok De bersila dalam kegelapan. Terfikir, mungkinkah ini peringatan Tuhan?

Pok De menggagau dalam kegelapan. Bila cahaya rumahnya terang, Pok De terkejut bak kera kena belacan. Benar, semua cicak tokeknya sudah hilang. Lebih mengejutkan, sempat matanya menangkap arah tuju cicak belaannya. Iya, mereka berlari riang ke arah belakang!

Seperti terkena halilintar, Pok De sedar. Di belakang rumahnya, ada sebidang tanah yang sudah lama ditinggalkan. Sudah sekian lama tanamannya tidak ‘makan’. Pok De sedar, tanah inilah yang mampu mengubah taraf kehidupan, bukannya angan-angan yang tiada kepastian!

Pok De pasti akan ingat peribahasa ini “Burung yang liar jangan dilepaskan, khabar yang mustahil jangan didengarkan

hafizmd – man jadda wa jada wa man zar’a hasoda…

57 comments

      1. tapi kak, drpd pembacaan…mmg ramai yg sanggup turun ke pulau utk cari tokek ni..

        pssst..mcam dalam berita malam tadi…dapat tangkap 5 ekor cicak tokek yg nk kena seludup…hooooo

          1. @hafizmd, macam tu lepas ni habis pupuslah cicak tokek ni sebab dicari olah mereka yang tak sabar nak jadi jutawan.

        1. @suri, hehe, suri penyakit aids mana ada ubatnya, kalau ada pun disembuyikan penawarnya…kalau tak boleh habis kita semua pakat dok pi buat maksiat…hehehe

  1. perkara macam ni selalu terjadi kepada kita…dengar benda tu boleh bagi untung sikit…lupa benda yang PERNAH BAGI untung kat kita. walhal benda yang baru dengar tu belum tentu memberi jaminan kepada kita

    nice bro!!! Aku suke citer ni.ada pengajaran

    1. Selalu sangat kita dengar…lebih2 lagi orang kita…orang bela lintah…habis semua nk bela lintah…bela ikan keli…habis semua bantai bela ikan keli…sudahnya…

      Semangat yg ada cukup bagus..tapi tak cukup kuat…

      saudara amry…terima kasih atas sokongan! ๐Ÿ˜€

  2. Err kawe confuse sikit bab yg akhir tu.. Dia mimpi bela tokek aje atau mmg tokek dia bela dan hilang? Kalau dia bela dan hilang, alahai kesianya. Dah lah tu.. baru aje riak kat kawan2.. Pok de.. Pok de.. alahai….

  3. Hahahahahahaha….
    Kasian Pok De. Lain kali jangan terlalu dengar cakap orang. Buat kajian sendiri. Bukan semua tokek tu harga mahal.

  4. Tu la pasal. Baru dapat sekor dua dah lupa diri padahal pembeli tu cuma nak sekor je. Apa keputusan kajian cicak ni agaknya ye

  5. Rasanya Pok De kena teruskan bertani, walau masih mahu mebela tokek. Jika tiada ilmu membela dan menjual tokek, kena cari ilmu dulu. Nanti yg dikendong berciciran.., cirit birit owh…. ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€

  6. Jai pergi kursus baru2 ni, jabatan kesihatan kata, ianya hanya pendapat shaja, dan kesahihannya belum terbukti benar lagi dan masih dalam proses kajian lagi…

    p/s : Apa2pun, moralnya janga sesekali tamak dan x reti nak bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi.. Walaupun sikit tapi kita bersyukur dan ihlas, insyaalh, Allah akan tambah lagi rezeki..

    1. @decrewz, Dengar khabarnya begitulah…lagipun, utk membolehkan sesuatu ubat baru itu disahkan berkesan, bukan 1-2 tahun…lebih 10 tahun utk satu produk…maka, sudah pasti belum sahih keberkesanan tokek ni…

      pssst…itulah moral cerita ni…thanks jai ๐Ÿ˜€

  7. patutlah msa blik kg org kedai ckp laki mu kan amaik pekerja asing indonesia awat tak suruh org sna cari tokek..

    hooo rupa2nya benda alah yng cam cicak ni hee…

    p/s:geli ah…

  8. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan..silap pokde ialah beliau terlalu menaruh harapan pada sesuatu yang belum pasti…buat apa pun, kena bersederhana..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *