Jangan Buat 3 Benda Ni Kalau Nak Kuruskan Badan!

- 6 November 2013. Updated 14 March 2014Kesihatan

Assalamua’laikum.

Nak kurus bukan senang, nak tambah berat badan…itu sonang! Susah hati sikit, kita hilangkan tension dengan makan banyak-banyak. Ada kerja bertimbun, kita hilangkan tekanan sekali lagi dengan pelahap makanan. Siap ada bekal jajan lagi atas meja. Sedar tak sedar, perut sendiri jugak yang disalahkan. Serius, nak kuruskan badan ni bukan senang kalau kita takde semangat yang padu lagi jitu. Lagi kureng, bila kita dalam tak sedar terbuat benda-benda yang boleh menghalang kita untuk kurus!

Jangan Buat 3 Perkara Ni Kalau Nak Kurus

Serius cakap, kalau aku, kamu, kamu dan kamu nak kuruskan badan berapa kilo sekalipun, jangan buat 3 benda ni. Kalau buat jugak, memang payah nak tengok jarum penimbang tu turun. Silap haribulan, jarum tu makin naik. Oh! Mesti tertekan,kan? Jom baca, fikir dan hadam sama-sama 3 perkara yang nak elak kalau nak kuruskan badan!

1. Jangan buat alasan “aku takde masa”

Nak buat alasan memang mudah. Kalau tekad tak kuat lagi jitu, memang macam-macam alasan aku, kamu, kamu dan kamu buat. Takde masa, takde kasut, takde tempat nak bersenam dan berjuta lagi alasan tak terkalah. Ada kajian sebut, 41% wanita kata takde masa untuk makan secara seimbang & 71% buat alasan takde masa untuk bersenam! Kalau dah sendiri cari alasan, macam mana nak kurus cik kiah dan encik abam sekalian?

2. Jangan rasa rendah diri sangat dan terasing

Biasalah. Kita yang terlebih berat badan ni, adakalanya sensitif bab-bab berat badan dan penampilan. Ada yang jarang keluar rumah, sebab takut orang pandang-pandang. Ada yang malu nak bersenam, takut orang mengata. Persetankan pandangan orang lain. Kesihatan kita, tanggungjawab kita. Kita yang nak sihat, bukan orang lain. Lantaklah orang nak cakap apa. Tak luak sikit pun lemak kita kalau orang tu mengata 24 jam, kan? Carilah ruang dan bantuan sokongan daripada ahli keluarga untuk kurangkan berat badan. InsyaAllah mereka pasti sudi tolong kita untuk kuruskan badan.

DOWNLOAD TEKNIK BAKAR LEMAK PANTAS! <Nak Kurus? Klik Sini>

3. Jangan beri ganjaran kepada diri sendiri dengan “makanan”

cara nak kuruskan badan dengan selamat cepat

Jajan memang sedapkan? Kredit Getty Images

Maksudnya, bila kita dah hilang tenaga bersenam 2-3 jam dan rasa penat, automatik kita rasa lapar dan dahaga yang amat. Berhati-hati wahai tuan puan sekalian. Jangan ajar diri untuk diberi “penghargaan” dengan makan banyak selepas penat bersenam. Minumlah air kosong yang zero kalori. Kalau nak juga beri ganjaran, belilah seluar/baju yang lebih kecil saiznya sebagai sumber motivasi. Berhati-hati dalam memilih makanan. Mungkin sekali sebulan “menipu diet” boleh diterima….hohoho

Semua ni payah kalau niat dan tak kuat tahan godaan nafsu makan kita. Ingat, nak kuruskan badan bukan senang, tapi langsung tak mustahil. Ramai yang dah berjaya kuruskan badan berkilo-kilo dengan teknik dan cara yang betul. Bukan main hentam jer, memang tak menjadi punya!

@hafizmd – Ingat 3 benda ni, jangan buat alasan, jangan asingkan diri dan jangan terlampau beri ganjaran pada diri. Selamat berjaya!

815 total views, 3 views today

{ 60 comments… read them below or add one }

amirnawawi.com November 6, 2013 at 2:15 pm

Setuju! Say pun dalam proses turun berat jugak nih.. tapi bab beri ganjaran makanan tu selalu gak buat. hehe
Baca entri terkini Blogger amirnawawi.com´s: #WW- Harap Sabar Menanti

Reply

hafizmd November 7, 2013 at 8:17 am

hehe….entah tetiba lupa bab nak kuruskan bdan, terus sental kaw punya…adeh

Reply

akubiomed November 6, 2013 at 2:22 pm

Perlu ada tekad dan disiplin. Kalau tidak sekadar angan-angan Mat Jenin sahaja.
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Celup celup di Sungai Chiling

Reply

hafizmd November 7, 2013 at 8:16 am

Itulah..kalau tak, tinggal kenangan jerlah

Reply

onlajer November 6, 2013 at 2:27 pm

i say bro jajan ni macam febret aku je kalau tengok tv hehehe
Baca entri terkini Blogger onlajer´s: Gaji Mak Tak Boleh Campur Dengan Gaji Abah

Reply

hafizmd November 7, 2013 at 8:16 am

jajan mmg sodap bro, tapi awas…hehehe

Reply

rozita November 6, 2013 at 5:42 pm

dua lagi jangan yang patuuuuttt buat dengan SEGERA…

1. jangan habiskan makanan anak yang mana tak abis makan
2. jangan makan apa2 yang berat selepas jam 7 mlm.. try yg ni kompom boleh kurus..
Baca entri terkini Blogger rozita´s: Final Piala Malaysia 2013.. Pahang menang wei!

Reply

hafizmd November 7, 2013 at 8:15 am

no 1 payah sangat nak buat..tak sampai hati nak tinggal…hoho

no 2, tu boleh usaha cepat2…thanks rozita berkongsi petua kuruskan badan

Reply

Rina November 13, 2013 at 9:50 am

setuju juga dengan tambahan2 ini teurtama yang nomor satu. kalau ada binatang peliharaan seperti ayam, bisa diberikan ke ayam. Insya Allah tidak mubazir
Baca entri terkini Blogger Rina´s: Create MySQLi & PHP To Insert, Select, Update, Delete In MySQL Database Table

Reply

hafizmd November 14, 2013 at 1:23 pm

Benar..membazir itu saudara syaitan…wajar dijauhi

Reply

papa mifz November 6, 2013 at 5:43 pm

usaha keras tangga kejayaan….
Baca entri terkini Blogger papa mifz´s: Pertama Manis Kedua Pedas

Reply

hafizmd November 7, 2013 at 8:14 am

memang kena usaha keras2!

Reply

Hairul Azni November 6, 2013 at 5:58 pm

Aku memang dah dalam kategori kurus..tak payah buat misi untuk kuruskan berat badan dah.. :-)
Baca entri terkini Blogger Hairul Azni´s: Kenapa Saya Lama Tak Update Blog (Bahagian 1)

Reply

hafizmd November 7, 2013 at 8:13 am

eloklah..moga sihat2 selalu bro hairul

Reply

blogger lelaki November 6, 2013 at 7:54 pm

jangan malas la kan bro ..hu3
Baca entri terkini Blogger blogger lelaki´s: Lelaki Vs Perempuan : Dalam Bab Belajar

Reply

hafizmd November 7, 2013 at 8:13 am

itu petuanya kalau nak kuruskan badan…hehe

Reply

Mohd Shubhi November 6, 2013 at 9:05 pm

Badan masih ok lagi dan BMI masih cun…insyaallah akan larikan diri dari 3 benda di atas tu!
Baca entri terkini Blogger Mohd Shubhi´s: Petua usahawan berjaya – Kerap jumpa orang

Reply

hafizmd November 7, 2013 at 8:12 am

kalu gitu, mmg hensemlah bang shubhi

Reply

AUC November 6, 2013 at 9:16 pm

perlu kekuatan dalam utk sampai tahap tubuh yang ideal
Baca entri terkini Blogger AUC´s: Top 10 Entri Oktober 2013

Reply

hafizmd November 7, 2013 at 8:11 am

betul tu…nak ada tubuh ideal, kenalah kuat usaha

Reply

titan November 6, 2013 at 11:41 pm

selagi BMI tak lari. aku dah puas hati dah. Hoho..
Baca entri terkini Blogger titan´s: Daftar Second CRM OYB Workshop

Reply

hafizmd November 7, 2013 at 8:10 am

tu yg penting jugak..BMI..lari sikit2, cepat2 gi joging..hhahaha

Reply

Hafizul November 7, 2013 at 1:15 am

Emm no 1 dan 3 tu kadang2 selalu mereka yang berkaitan gunakan..huhu..
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Wordless Wednesday #73 – Jobdirumah Dah Daftar Tak Tahu Nak Mula

Reply

hafizmd November 7, 2013 at 8:10 am

hoho…tau takpe..eheh

Reply

Cikgu Hairul November 7, 2013 at 10:31 am

saya taknak kurus.. cuma nak dapatkan berat badan ideal. tinggal sikit lagi nak buang berat badan nih.. pastu bolehla bentuk body jadi ketul-ketul plak.. hohoho. jom cabar diri sendiri.
Baca entri terkini Blogger Cikgu Hairul´s: Biarkan Orang Gila Itu

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:14 am

wah…mesti dah nak berketul2 dah ni..terbaiklah cikgu!

Reply

UmmiKami November 7, 2013 at 10:43 am

Salam Ma’al Hijrah buat Hafiz sekeluarga… ^^

Kalau nak melakukan sesutu perkara baik, janganlah hangat-hangat tahi ayam…..betul tak Hafiz….. ^^
Baca entri terkini Blogger UmmiKami´s: Pantun Dalam Awal Muharram……Ma’al Hijrah

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:13 am

Salam ma’al hijrah buat kak ummi sekeluarga…

betul tu kak, kena betul2..baru boleh pergi jauh

Reply

encikarman November 7, 2013 at 12:13 pm

jgn makan malam-malan ooo…
Baca entri terkini Blogger encikarman´s: GAMBAR – Hentian sebelum ke Cameron Highland

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:13 am

betul tu..malam kena jaga..kalau makan nasi…habislah…hehe

Reply

ajumohit November 7, 2013 at 7:31 pm

memang susah nak turunkan berat badan ni, siap ambil supplement nak kurangkan nafsu makan ;)
Baca entri terkini Blogger ajumohit´s: Ihtifal Tadika Little Caliphs Seri Gombak 2013

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:10 am

wah…supplement apa aju makan ek?

Reply

munir ardi November 8, 2013 at 4:55 am

saya dah 5 bulan jadi vegetarian tapi aneh badan saya tak susut sedikitpun mungkin harus check up ada yang bermasalah dengan metabolisme saya
Baca entri terkini Blogger munir ardi´s: Makanan-Makanan yang menjadi Pemicu Penyakit Jantung

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:03 am

Mungkin ada yg tak sesuai dgn kondisi bang munir…elok juga mohon pendpat doktor…semoga sihat2 selalu yer bang munir

Reply

kakiblog November 8, 2013 at 7:41 am

tekad mesti kuat..godaan makan adalah antara yang hebat sekali bila dalam keadaan lapar!
Baca entri terkini Blogger kakiblog´s: Blogger Kerjaya Masa Hadapan

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:02 am

Betul tu. Bila perut lapar, signal dia mmg lain macam..semua benda nampak sedap….

Reply

cheq eem November 8, 2013 at 3:34 pm

satu tips lagi yg saya guna ‘gantung baju lama yang masih elok lagi’.. ekekeke… alhamdulillah.. berjaya saya turun berat dan pakai balik baju2 lama… lagi satu sy ambik minuman protein untuk build up metabolisme…. :)
Baca entri terkini Blogger cheq eem´s: Vivix Shaklee Bantu Perokok Berhenti Merokok

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:20 pm

haaa…bagus jugak ni..kasi motivasi setiap hari…mesti puas hati bila dapat pakai balik baju muda2 dulukan?

thanks cheq sudi berkongsi tips

Reply

Khairul Zamri November 8, 2013 at 7:15 pm

putus cinta jugak jalan terbaik bro hehehe
Baca entri terkini Blogger Khairul Zamri´s: Hari Terakhir Intern

Reply

hafizmd November 8, 2013 at 9:18 pm

hahaha…tu seksa diri namanya…keh3

Reply

Hafizul November 25, 2013 at 3:16 pm

Dah lama tak rasa macam mana perasaannya putus cinta…hahahahaha
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna

Reply

hafizmd November 28, 2013 at 12:45 am

@boh, jgn dicuba…parah jadinya…hahahahha

Reply

TehR November 8, 2013 at 11:26 pm

tak boleh berlebihan
moleknya yang sedang2 saja
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara

Reply

hafizmd November 9, 2013 at 12:32 pm

betul tu cikgu…kena sederhana

Reply

Hairul Hissam November 13, 2013 at 12:51 pm

best tips yg ketiga tu..kekadang kita mcm terbiasa..
kalau berjaya buat sesuatu je.. mesti happy nak pekena makan byk2..

so bila berjaya kurang 1kg, jgnlah nak celebrate kat kfc pulak .. heee
Baca entri terkini Blogger Hairul Hissam´s: Cara Beli Online & Bayar Guna Debit Card dan Credit Card. Baru Mudah Beli Produk Hairul

Reply

hafizmd November 14, 2013 at 1:20 pm

hehe…biasalah…terbuat jugak..bila dah joging baik punya..balik terlajak makan terlbih…kacau..

mmg nak kena betul2 disiplin bab2 makan ni

Reply

Datin Tyka November 18, 2013 at 12:26 pm

ohhoii memang sesuai dengan DT ni..
DT tengah buat 90Day Challenge ni..
hari ni baru hari pertama..
semoga DT berjaya
Baca entri terkini Blogger Datin Tyka´s: Rindu Nak Menaip

Reply

hafizmd November 18, 2013 at 12:58 pm

selamat berjaya DT!
kalau ada masa, boleh update kat blog..baru lebih semangat..ibarat mcam progress harian…

good luck DT

Reply

Hafizul November 25, 2013 at 3:17 pm

Lama tak jenguk blog DT..rasa macam rindu je, macam rindu je kat komen DT di blog Pondok Kecil..hahaha
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Malu Dengan Artikel Blog Sendiri

Reply

hafizmd November 28, 2013 at 12:45 am

@boh, DT sibuk sungguh lening…kita tunggu DT update lagi

Reply

halema November 21, 2013 at 4:24 pm

Faktor umur jga memainkn peranan…kadar metobalisma..
Klu msa muda mkn bnyk pn x mngemuk tpi bila da berumur mkn sikit pn da bt bdn kembang..

Reply

hafizmd November 22, 2013 at 10:47 pm

Betul juga. Umur juga peranan utama tapi ia tetap tak membataskan kita utk menjaga kesihatan dan slim =)

Reply

zik November 24, 2013 at 12:21 pm

no jajan… !!! oh tidak bro… memang hantu jajan… tapi bukan selalu… lagi elok tak payah langsung…
Baca entri terkini Blogger zik´s: Masa depan Harimau Malaya?? transformasi drastik diperlukan

Reply

hafizmd November 28, 2013 at 6:59 am

hehehe..jajan ni mmg berhantu…dh mkan payah nk stop…hehe
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: 5 Cara Super Mudah ‘Potong’ Jumlah Kalori Dalam Menu Harian!

Reply

Zikri Ahmad November 26, 2013 at 12:29 pm

Kalau nak kuruskan badan mestilah buat dengan sungguh2. X leh berhenti separuh jalan . Mula2 memang rasa mcm susah tapi dah biasa nanti senang jer. =)

Reply

hafizmd November 28, 2013 at 12:40 am

Setuju. Nak kena konsisten…terimakasih bro berkongsi tips utk kuruskan badan dengan betul

Reply

Diciannova December 2, 2013 at 4:03 pm

Jiwa kena kental, yang penting doa bersungguh2 kepada Allah. Tapi jangan terlalu drastik, membahayakan kesihatan. 5 ~10 kg sebulan memadai.

Reply

hafizmd December 3, 2013 at 11:48 am

Betul tu. Jgn kurus tiba2..bahaya

Reply

shahrina December 7, 2013 at 2:31 pm

Kalau betul2 nak kurus, penting juga nak maklumkan pada orang disekeliling kita yang mempengaruhi pola pemakanan kita. Support dari diorang penting supaya takde la terlajak makan nanti.

Reply

faizul December 10, 2013 at 10:15 pm

Jiwa perlu kental bro.

Jangan minum air gula (air manis). Elakkan nasi (karbohidrat) berlebihan. In Sha Allah boleh turun 1-2 kg senang-senang.
Baca entri terkini Blogger faizul´s: Jualan Buku Big Bad Wolf 2013

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge