Jom berdiet dengan apa yang ada di dapur sahaja…

Entah apa jadi hari ini, ideanya ada tapi agak sukar untuk diterjemahkan melalui titipan seperti kebiasaan. Agaknya, minda sedikit kelesuan selepas hampir seminggu memerah keringat “lebih dari yang biasa”. Apabila lesu, badan ini mengikut saja aliran saraf dari minda lalu mengalun badan ikut lesu dan tidak bermaya.

Dalam kelesuan minda dan fizikal ini, saya sedar yang mungkin tabiat pemakanan dan gaya hidup kurang sihat telahpun berjaya mempengaruhi kadar keaktifan dan ketahanan badan saya pada suatu aktiviti yang memerlukan tenaga kudrat yang lebih dari biasa.

Mungkin juga kalori badan sudah meningkat akibat tabiat makan yang tidak teratur dan kurangnya senaman?

Maka, saya mula mencari beberapa tips mudah untuk mengurangkan kalori dan pasti ianya lebih mudah andai bermula di dapur rumah saya dahulu. Apa yang saya dapat?

1. Minum lapan gelas air masak yang disejukkan sehingga 4.5 darjah selsius dalam sehari akan membakar 200 kalori, sama seperti berlari 4.8km!

2. Teh hijau membolehkan makanan bergerak lebih cepat melalui sistem pencernaan, mempercepat metabolisma lalu membakar kalori lebih banyak!

3. Sedikit pengambilan limau atau cuka (sebanyak 1 sudu teh) sudah cukup untuk memperlambatkan rasa lapar!

4. Segala jenis lada atau cili atau cabai yang berbentuk serbuk sekalipun mengandungi ‘capsaicin’ yang dapat meningkatkan suhu badan sehingga membakar kalori!

5. Halia meningkatkan metabolisma, ia berfungsi meningkatkan suhu badan dan meransang pembakaran lemak dalam badan!

Sekarang, apa yang saya fikirkan ialah punya tidur yang cukup  berkualiti dan mulakan hari esok dengan mengunyah halia dan cili! hehehehehe…..

® hafizmd – Untuk kesekian kalinya, blog ini sudah mencapai jumlah entri yang ke-100. Satu jumlah yang tidaklah begitu banyak, tapi cukup untuk memotivasikan tuan empunya blog ini. Terima kasih pada semua teman-teman dan pengunjung blog ini. Terima kasih 😀

Sumber rujukan: Majalah Rapi Bil. 143