Kesian skuad Harimau Muda A di Slovakia

Pagi ini, saya sempat menatap satu sisipan berita sukan di akhbar Harian Metro yang sedikit sebanyak mampu untuk terus menjejaskan kredibiliti FAM dan juga mutu bola sepak negara tercinta Malaysia kalau ianya benar. Mana taknya, cuba kita teliti keratan akhbar ini;

Apa sudah jadi?

Semenjak skuad Harimau Muda A berangkat ke Slovakia, saya adalah antara rakyat Malaysia yang cukup teruja dengan langkah berani Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar mereka untuk menimba pengalaman di Slovakia. Perbelanjaannya  cukup besar iaitu RM1 juta, tapi apa sudah jadi? Kenapa akhbar ini kata skuad Malaysia hanya jadi ‘Raja Lawak’ di Slovakia? Siapa yang menipu dan tertipu?

Saya sisipkan beberapa info yang berkaitan;

  • Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad ada berkata “Segala perbelanjaan pasukan yang akan menentang Skuad Harimau Muda tidak akan ditanggung oleh FAM”..
  • Skuad Harimau Muda akan bersaing dalam Liga Kompetetif Slovakia..
  • Skuad Harimau Muda akan mendapat mata dari setiap perlawanan yang diharungi..sebab dah main dalam liga kan?

Berita terbaru;

  • FAM dikhabarkan tidak keberatan membayar semua perbelanjaan pasukan Slovakia yang menentang Skuad Harimau Muda
  • Skuad Harimau Muda hanya mengharungi perlawanan persahabatan sahaja, bukannya liga kompetetif
  • Sudah namanya bukan liga, mana nak dapat mata kan?

Apa yang menjadi isu ialah kalaulah benar bagai dikata, kenapa FAM sanggup menipu kami yang masih menyintai bola sepak Malaysia? atau FAM sendiri tertipu? Apa yang sudah pasti, wang yang dilaburkan sudahpun ‘dileburkan’. Untuk masih bersangka baik, saya harap berita yang terpapar hari ini hanyalah salah faham dan tetap mengharapkan Skuad Harimau Muda mampu mencapai sesuatu walaupun jika akhirnya ‘terkena’ dengan harapan  dan janji palsu.

Mungkin nasi belum menjadi bubur, masih ada lagi 10 perlawanan yang perlu diharungi. Belajarlah sesuatu, yang penting jangan pergi makan angin semata-mata.

® hafizmd – teringin melihat Malaysia kembali jadi jaguh bola sepak di Asia..

Sumber Artikel  : Harian Metro