Keputusan Terkini Selangor vs Terengganu 4 Mei

Keputusan Terkini Selangor vs Terengganu 4 Mei. Berikan sokongan padu untuk perlawanan Liga Super Selangor vs Terengganu 4 Mei 2014! Selangor vs Terengganu. Perlawanan yang dah lama tertangguh memberi lalaun kepada Selangor beraksi dalam Piala AFC.

Keputusan terkini: Selangor 0 vs Terengganu 0 (full time)

Berdebor juga ambe dengor live streaming di Radio Selangor FM tadi. Banyak kali juga tiang dan palang menjadi penyelamat Terengganu malam ni. Fuh! Apapun, tahniah Terengganu berjaya sekat Selangor raih 3 mata penuh dan “terbantu” Pahang untuk terus kekal di takhta Liga Super 2014. Tahniah Selangor dan Terengganu. Sekian.

keputusan terkini selangor vs terengganu 4 mei 2014
Ayuh Terengganu!

Keputusan terkini Selangor vs Terengganu

1. Nazmi Faiz baru jer dipindahkan oleh pasukan adiknya, PKNS ke dalam pasukan Selangor. Mampukah Selangor lebih berbisa merencana aksi serangan lebih tersusun? Risau pulak aku bila si Nazmi Faiz ni ada. Dia memang licik dan berbakat besar.

2. Paulo Rangel. Antara penjaring terbanyak Liga Super 2014 setakat ni. Dalam kotak penalti, memang bahaya yang amat. Sentuhan pertama dah boleh jaringkan gol. Aku harap pertahanan Terengganu yang kawal Paulo malam esok, rantai kuat-kuat kalau tak nak gawang dirobek si Paulo Rangel!

3. Terengganu “dianugerahkan” kemenangan 3-0 ke atas Kelantan dalam perlawanan lepas (seri 1-1). Ditambah 2 mata berharga melonjakkan Terengganu ke kedudukan ke-4 dalam Liga Super.

4. Makanya, penting yang amat untuk menang malam ni. Kena menang. Takde alasan tak boleh kalahkan Selangor malam ni.

5. Masalah Terengganu mungkin lambat panas dan cepat puas hati. Harap takde penyakit lama lagi dalam pasukan kesayangan ambe ni.

Ayuh Terengganu, bawak balik Piala Liga Super ke Terengganu musim ni!

@hafizmd –  Takde siaran langsung di Astro Arena dan kemungkinan besar takde juga live streaming Selangor vs Terengganu…hoho