PRU13:Masanya Kerajaan & Rakyat Kerja Kuat BUKAN Buat Orang Meluat!
Assalamua’laikum.
PRU13:Masanya Kerajaan & Rakyat Kerja Kuat! Semuanya sudah selesai. Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib sekali lagi diberi amanah besar untuk memimpin Malaysia dengan kemenangan majoriti mudah kerusi parlimen 133, berbanding Pakatan Rakyat, 89 kerusi. Pasti, akan ada pihak yang kecewa bila kalah. Ini adat biasa perlawanan. Lebih-lebih lagi dalam sistem demokrasi. Apa harapan anda terhadap kepimpinan kali ni?
Keputusan Kerusi Panas Pilihan Raya Umum 13
Ada beberapa kerusi yang betul-betul menarik perhatian ambe selepas keputusan rasmi PRU13 diperolehi lewat pagi tadi. Antaranya ialah;
- Arau, Perlis. Datuk Seri Shahidan Kassim tewaskan Datuk Dr Haron Din. Majoriti 1,371 undi.
- Bukit Katil, Melaka. Shamsul Iskandar PKR tewaskan Datuk Seri Mohd Ali Rustam BN. Majoriti 5,447 undi.
- Gelang Patah, Johor. Lim Kit Siang tewaskan Datuk Abdul Ghani Othman BN. Majoriti 14,762 undi.
- Pulai, Johor. Datuk Nur Jazlan tewaskan Salahuddin Ayub. Majoriti 3,226 undi.
- Pendang, Kedah. Datuk Othman Abdul tewaskan Mohamad Sabu. Majoriti 2,638 undi.
- Lembah Pantai, WP KL. Nurul Izzah tewaskan Datuk Raja Nong Chik. Majoriti 1,847 undi.
- Permatang Pauh. Datuk Seri Anwar Ibrahim tewaskan Dr. Mazlan Ismail. Majoriti 11,721 undi.
- Kuala Terengganu. Datuk Raja Kamarul Bahrin tewaskan Mohd Zubir Embong & Maimun Yusuf (Tok Mun). Majoriti 10,785 undi.
Melihat keputusan penuh pilihanraya umum 13 kali ni, terutamanya di peti undi kawasan bandar, memang ada sesuatu yang boleh kita sama-sama fahami dan sama-sama kita sedari. Berfikirlah demi kebaikan dan manfaat AGAMA, bangsa dan negara.
Apapun, sekarang terpulang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional untuk menunaikan amanah rakyat sebaik mungkin. Amanah yang diberi rakyat pasti bukan untuk dikhianati, jika tidak, pasti pilihan raya ke 14, slogan “Ini Kali Lah” bakal benar-benar terjadi! Jadi, kerja kuat, jangan buat orang meluat!
Tahniah buat seluruh rakyat Malaysia termasuk ambe yang tunaikan tanggungjawab mengundi. Moga-moga harapan kita untuk melihat Malaysia yang lebih baik dalam segenap segi terutamanya pembangunan modal insan dapat direalisasikan di seluruh negara, baik negeri di bawah Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.
Kecewa tetap kecewa, tapi inilah yang Allah tentukan untuk Malaysia dalam keputusan pilihanraya umum 13 tahun ini.
@hafizmd – Keputusan Penuh Pilihanraya Umum 13:Masanya Kerajaan & Rakyat Kerja Kuat! Kita juga wajib menyumbang untuk membina negara yang lebih baik!
LIHAT SINI –> KEPUTUSAN PENUH LAGI SAHIH PILIHANRAYA UMUM 13
assalam,
salam pagi isnin
As salam Bunda =)
Semoga BN dapat jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Kalau tak PRU14 memang teruk la BN kalah.
Siaplah kalau ngelat!
Sudah tiba masanya untuk bekerja dan berkhidmat untuk rakyat.
Betul tu. Moga Malaysia menjadi lebih baik
banyak kalah di bandar2, jadi lepas fikir2kanlah, bela nasib org kampung lagi bagus..
Itu yg sepatutnya.
tp kuasa undi org yg merantau cukup besar!
kepada parti yang menang, sila usaha lagi.
Kepada yg kalah, sila usaha jugak
adat bertanding ada kalah n menang…xkira mana pun teruskan perjuangan dan tunaikan janji yg pernah diberikn pada rakyat..
Betul tu. Jgn ada yg nak ngelat!
yang kalah serta yang menang
keduanya perlu kerja kuat untuk pru14
Betul tu. Kerja utk rakyat, inshaAllah rakyat akan turut kerja kuat
jom bina negara yg lebih baik
Sama2 kita membina
semoga dapat tunaikkan tanggungjawab dan janji manis memasing… ada tak tolong jodoh 1 Malaysia.. heeee
hehe..janji manis kenalah buat, kalau tak, siaplah!
Walau tidak dapat majoriti besar, BN tetap menang. Janji yang dibuat…akan ditunai bila menang. Bila sudah menang kenalah tunai walau menang tidak sebesar yang diinginkan.
Betul. Bila dah menang, kenalah tunaikan aku janji tu.
Mana yg kalah, jng ptus asa, teruskan berkhidmat utk rakyat dgn saluran lain
Kawe tengok reaksi abe jib tu pada awalnya tak menggambarkan kegembiraan dapat membentuk kerajaan, kecewa menang tak bergaya agaknya..hehe
moga amanah ditunaikan dengan baik atau tunggulah ‘tsunami’ lagi besar nanti
Penat agaknya =)
aik..rasa dah komen tadi
ambo tengok air muka abe jib masa nak umum berjaya bentuk kerajaan tak gembira mano..kecewa tak menang bergayakah?hehe
moga amanah yang diberi dibuat sebaik mungkin, atau tunggulah ‘tsunami’ berikutnya
cuak agaknya =)
tsunami yg benar2 perlu diambil perhatian oleh dua2 pihak.
entah mcam mane kena makan ngn akismet pulak..hehe
aikkkk..kenapa komen tak keluar ni?
test test
hehe..ade tu cikgu naman..
test telah berjaya…harap maklum =)
Perbedaannya tinggal sikit kursi parlemennya mesti kerja keras lagi untuk menunaikan janji campaign ya apapun semoga yang terbaek untuk negeri Anda
Terima kasih bang munir. Undi berkurang pasti membuatkan pemerintah akan kerja lebih kuat.
setiap amanah pasti dipersoalkan diakhirat kelak…
Itu pasti berlaku!
begitulah hebatnya amalan demokrasi yang diasaskan di Yunani dulu.Keputusan berdasarkan suara ramai atau majoriti.
Perlu jugak kita akur bahawa suara minoriti juga perlu didengar dengan baik demi semangat demokrasi
Pihak yang menang perlu ambil perhatian serius bahawa bilangan kerusi mereka makin surut setiap kali PRU..
Tu yg penting. Maknanya signal besar dah tu
dah tiba masa pula untuk mulakan janji-janji semasa berkempen.
betul tu, cepat2 rancang dan laksana
jangan lepas pilihanraya semua buat-buat lupa manifesto
kalau buat lupa, rakyatpun buat2 lupa nak pangkah lagi..hahhaa
selesai sudah..yang belum selesai, isu2 yang ditimbulkan selepas PRU 13..emm mcm2..
Macam2…entahlah bro!
makin banyak cerita tak best didengari….
Mmg tak best