Kesudahan Pok De dan cicak tokeknya…
Bahagian pertama: Pok De dan cicak tokek
********************
Rutin harian Pok De benar-benar berubah. Saban hari mencari makanan bergizi seimbang untukย cicak tokeknya. Cengkerik, ulat, serangga…semuanya disediakan penuh perhatian…tak lebih tak kurang. Kadang-kadang, Pok De sendiri kurang makan.
Pagi itu, seperti biasa..Pok De bersarapankan nasi lemak di warung berhampiran rumahnya. Ada rakan-rakan Pok De yang menjuih mulut bila saja Pok De membuka cerita pasal cicak tokeknya. Kawan-kawan Pok De bukan berdengki, jauh sekali iri hati…tapi kesian tengokkan kesetiaan dan kesungguhan Pok De pada sesuatu yang belum sahih dan pasti.
Kali ini, Pok De sudah bersedia. Pagi itu, semuanya tergamam bilamana Pok De tunjukkan dua bukti yang diharapnya mampu menutup mulut ‘busuk’ rakan-rakannya itu…
Pok De hulurkan cebisan pertama. Ada yang mengangguk malah ada yang tarik muka.
Belum habis rakan-rakan Pok De mengangguk, helaian kedua Pok De hulurkan. Kali ini, semuanya melopong ibarat ikan kelisa menunggu umpan!
Pok De berlalu meninggalkan rakan-rakannya yang terusan melopong. Puas hati Pok De pagi itu. Hari yang berlalu dirasakan begitu cepat. Pok De belum puas menjelajah mencari tokek. Kepenatan yang melampau menyebabkan Pok De tertidur di sisi sangkar tokek belaannya.
Jelas di mata Pok De, cicak-cicak tokek kesayangannya ghaib entah kemana. Pok De hilang arah. Sempat seekor darinya melintas betul-betul dihujung kakinya dan terus laju berlari ke arah belakang. Pok De pantas melayangkan badan ala Van Der Sar menangkap bola. Semuanya terlambat. Pok De tersungkur. Habis cicaknya berlari meredah kegelapan menuju ke belakang rumahnya.
“Argghhhh” Pok De tiba-tiba menjerit sekuatnya.
“Astaghfirullahala’zim” Pok De istighfar panjang. Rupa-rupanya ia hanyalah mimpi ngeri. Pok De bersila dalam kegelapan. Terfikir, mungkinkah ini peringatan Tuhan?
Pok De menggagau dalam kegelapan. Bila cahaya rumahnya terang, Pok De terkejut bak kera kena belacan. Benar, semua cicak tokeknya sudah hilang. Lebih mengejutkan, sempat matanya menangkap arah tuju cicak belaannya. Iya, mereka berlari riang ke arah belakang!
Seperti terkena halilintar, Pok De sedar. Di belakang rumahnya, ada sebidang tanah yang sudah lama ditinggalkan. Sudah sekian lama tanamannya tidak ‘makan’. Pok De sedar, tanah inilah yang mampu mengubah taraf kehidupan, bukannya angan-angan yang tiada kepastian!
Pok De pasti akan ingat peribahasa ini “Burung yang liar jangan dilepaskan, khabar yang mustahil jangan didengarkan“
hafizmd – man jadda wa jada wa man zar’a hasoda…
takpe rezeki lain selain tokek masih ada lagi.. huhu
@zik, Kalau melintas depan mata bolehlah ditangkap. Jangan la pulak sampai menjelajah dunia untuk mencarinya
tapi kak, drpd pembacaan…mmg ramai yg sanggup turun ke pulau utk cari tokek ni..
pssst..mcam dalam berita malam tadi…dapat tangkap 5 ekor cicak tokek yg nk kena seludup…hooooo
@hafizmd, Salam.Benarkah cicak tokek ni tinggi harganya?
@PakarBuahPinggang, setakat yg saya dengar dan baca…mmg tinggi..macam2lah…
@hafizmd, macam tu lepas ni habis pupuslah cicak tokek ni sebab dicari olah mereka yang tak sabar nak jadi jutawan.
Nampak gayanya kalau tak dibendung…silap haribulan, cicak ni jadi haiwan perlindungan bawah akta
Rezeki yg lebih nyata…adalah tuh…hehe
@hafizmd, wah penyembuh pykit aids sapa yg tak mau lepaskan pelung hi..
@suri, hehe, suri penyakit aids mana ada ubatnya, kalau ada pun disembuyikan penawarnya…kalau tak boleh habis kita semua pakat dok pi buat maksiat…hehehe
hehe…ubatnya ialah pencegahan…kalau dah terkena…mmg payah dah… ๐
perkara macam ni selalu terjadi kepada kita…dengar benda tu boleh bagi untung sikit…lupa benda yang PERNAH BAGI untung kat kita. walhal benda yang baru dengar tu belum tentu memberi jaminan kepada kita
nice bro!!! Aku suke citer ni.ada pengajaran
@Amry, Teringat pesanan bekas bos saya dulu bila saya tegur dia sebab semua tender dia nak rebut. “TAMAK TAK APA JANGAN HALOBA”
oh! biasanya tamak selalu dikaitkan dengan haloba…hehe
maksudnya mungkin tamak yg berpada-pada ke?
Selalu sangat kita dengar…lebih2 lagi orang kita…orang bela lintah…habis semua nk bela lintah…bela ikan keli…habis semua bantai bela ikan keli…sudahnya…
Semangat yg ada cukup bagus..tapi tak cukup kuat…
saudara amry…terima kasih atas sokongan! ๐
hehe.. cerita ni memang best bro! ๐
terima kasih saudara zul…
bertambah semangat nak menulis ceritera pendek ๐
alkisah kalau mencari jangan sampai ada keciciran.. hehehe
kalau sudah tercicir…diri sendiri yg rugi…huuu
cr lah kekayaan melalui jalan yg realistik ckit ๐
@adele, Cicak dah ada kat tangan. Takkan nak lepaskan. Tapi kalau sampai mengabaikan tugas yang lain, tu dah dikira melampau.
Itu yg masalahnya..yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran…aduhai
Itulah…manusia kadang2 cepat jadi obses pada sesuatu yg belum pasti…padahal yg pasti itu jelas…ramai yg cari jalan mudah…macam2lah…
@adele, tu cam manta blink2..jadi mata duitan heee
@suri, bila mata dah blink2..habis lupa diri..keh2
Terbaik ne,kalau diingatkan saya pon camne la dulu,kerja online ..pehhh baik kerja yang real baru realiti
Kalau dapat gabungkan…lagi bagus ni…online dan offline…terbaiklah!
Boleh hendak mencari rezeki sampingan tapi perlu pandai atur masa jangan jadi yang di kejar tak dapat, yang di kendong keciciran
Fokus ttp kena fokus…disiplin masa penting juga tu..terima kasih bro ๐
Err kawe confuse sikit bab yg akhir tu.. Dia mimpi bela tokek aje atau mmg tokek dia bela dan hilang? Kalau dia bela dan hilang, alahai kesianya. Dah lah tu.. baru aje riak kat kawan2.. Pok de.. Pok de.. alahai….
Maaf yg keliru…
Pok De mimpi…dan mimpinya jadi kenyataan…habis tokeknya hilang…lari ke arah kebunnya…petandalah tu kot…
Tokek oh tokek….alahai
Hahahahahahaha….
Kasian Pok De. Lain kali jangan terlalu dengar cakap orang. Buat kajian sendiri. Bukan semua tokek tu harga mahal.
๐ Pok De terlalu obses…padahal bertani tu dah cukup bagus…mmg nampak nyata dan ada yg kaya dgn bertani…tokek juga yg nk bela…
Walaupun diberi makanan mewah dan melimpah, tokek tetap memilih kebebasan. Tahniah tokek.
hihii…entah macam mana tokek boleh melepaskan diri…meloponglah Pok De…keh2
Tu la pasal. Baru dapat sekor dua dah lupa diri padahal pembeli tu cuma nak sekor je. Apa keputusan kajian cicak ni agaknya ye
hihi..setakat ini…hanyalah dakwaan saja tanpa bukti saintifik…huuuh
mimpi yang menjadi kenyataan
kekadang manis, kekadang pula pahit ๐
@tehr, andai manis…senyum sepanjang hari..andai duka…abaikan saja..hee
Rasanya Pok De kena teruskan bertani, walau masih mahu mebela tokek. Jika tiada ilmu membela dan menjual tokek, kena cari ilmu dulu. Nanti yg dikendong berciciran.., cirit birit owh…. ๐ ๐ ๐
@Sabahan Bloggers Club, bila dah start cirit birit…nak bertani pun susah nanti..hehe
pssst…pok de dah insaf ๐
Jai pergi kursus baru2 ni, jabatan kesihatan kata, ianya hanya pendapat shaja, dan kesahihannya belum terbukti benar lagi dan masih dalam proses kajian lagi…
p/s : Apa2pun, moralnya janga sesekali tamak dan x reti nak bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi.. Walaupun sikit tapi kita bersyukur dan ihlas, insyaalh, Allah akan tambah lagi rezeki..
@decrewz, Dengar khabarnya begitulah…lagipun, utk membolehkan sesuatu ubat baru itu disahkan berkesan, bukan 1-2 tahun…lebih 10 tahun utk satu produk…maka, sudah pasti belum sahih keberkesanan tokek ni…
pssst…itulah moral cerita ni…thanks jai ๐
patutlah msa blik kg org kedai ckp laki mu kan amaik pekerja asing indonesia awat tak suruh org sna cari tokek..
hooo rupa2nya benda alah yng cam cicak ni hee…
p/s:geli ah…
@suri, hehe…siap upah lagi tu…mmg tak tahan..hooo
geli ek…hehe…sorry2
ingat semua klo nak cari rzki biarlah dri sumber yg halal..ingt anak bini skt huu…
@suri, benar tu suri…biarlah halal dan berkat..
baru tadi tengok berita pasai tokek.. lumayan sungguh si gecko ni..dulu org buat xtau je huhu
@aimannajmy, masa tak tahu dipandang sepi..bila dah tahu…jadi buruan…itulah manusia..hehe
tapi jgn sampai apa yg ada terlepas..nanti melepas… ๐
Orang Malaysia mengila sobab dek tokek nie. Semuoeh nak copek kayo.
Itulah pasal…dengo ajo tokek…semueh nak pakat bela tokek…kayo kayo kayo…
mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan..silap pokde ialah beliau terlalu menaruh harapan pada sesuatu yang belum pasti…buat apa pun, kena bersederhana..hehe
terbaik bro…itulah…jgn baru dengar guruh, habis air dalam tempayan, dalam kolam dibuang…hehe
hahaha aku suka cerita ni…
terima kasih saudara dno…ni yg buat aku semangat nk tulis ceritera pendek lagi ni…keh3
kesian Pok De,rupa-rupanya hanya bermimpi di siang hari.Rezeki depan mata diabaikan,yg tiada diimpikan,huhu
itulah nasib si Pok De yg berangan nak cepat kaya…hehe