Kakak Bersedia untuk Hari Sukan Sekolah!

Assalamualaikum. Kakak dah 6 tahun. Lama jugaklah tak cerita celoteh Kakak kat sini. Asyik cerita pasal aku jer. Ok. Esok, Kakak sekali lagi bakal menjadi tumpuan kami untuk mengungguli beberapa acara utama dalam Hari Sukan Sekolah Tahunan.

Kalau korang pun ada anak, acara sukan ni antara hari yang ditunggu-tunggu. Betul tak? Excited tu takyah cakaplah..hahaha

tips untuk anak bijak
Khemah untuk Hari Sukan Sekolah.

Tips untuk anak bijak – Kakak memang bijak!

Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana kurniakan Kakak yang bijak lagi petah berkata-kata untuk kami. Kakak memang cergas sejak kecil. Tiap petang, rutin kami anak beranak biasanya main lari-lari di taman depan rumah kami ni.

Tak cukup taman depan rumah, kami bawak pergi taman jauh sikit. Kadang-kadang ke Taman Layang-Layang kat Kepong tu. Alhamdulillah. Kakak memang jarang sangat tak sihat. Sebab tu agaknya, Kakak culas benar nak makan ubat. Siap meraung dan kena pujuk dulu baru boleh makan ubat.

Bila dah besar sikit, Kakak dapat hadiah basikal daripada Mak Tok. Bertambah kuatlah kaki dan daya tumpuan Kakak. Jarang kami hampakan harapan Kakak untuk temankan dia ke taman kayuh basikal. Tak hujan, insyaAllah ke tamanlah kami berlari kejar dia kayuh basikal. Alhamdulillah, Kakak punya sepasang kaki yang kuat dan minda yang cerdas!

Esok. Iya esok. Kami akan berjimba ke sekolah Kakak pakai baju merah semuanya untuk sokong Kakak dan kawan-kawan Kakak. Selagi Abah dan Mama boleh cari masa untuk Kakak dan Adik, kami akan usahakan juga.

Kami tak nak Kakak dan Adik tanya nanti…

“Abah Mama, kenapa Abah Mama tak datang tadi? Semua kawan kakak Abah Mama diorang ada….”

Kami sentiasa usaha untuk berkomunikasi dengan cara yang terbaik dengan Kakak dan Adik. Eh, korang dah singgah baca entri Parenting Blogger yang ni? Entri “Ciri-ciri Masalah Gangguan Komunikasi pada Anak”

Oklah. Saja tulis entri santai untuk kenang-kenangan. Harap-harap ada manfaat yang korang boleh kutip dalam entri ni.

@hafizmd – Moga anak-anak Abah membesar sihat dan jadi anak soleh. Ameen.