Layan Video Chelsea vs Atletico Madrid 1-3 Liga Juara-juara Eropah!

Assalamua’laikum. Video Chelsea vs Atletico Madrid 1-3 Liga Juara-juara Eropah. Tak sempat tengok malam tadi. Korang dah tengok belum 4 gol dalam game penuh dramatik Chelsea vs Atletico Madrid?

video chelsea vs atletico madrid 1-3 liga juara-juara eropah

Musim terbaik Atletico Madrid!

Cuti sempena Hari Pekerja ni, jom layan video Chelsea vs Atletico Madrid jadilah. Walaupun aku bukan peminat dua pasukan ni, tapi aku minat bola. Jadi, selagi game tu best dan menarik memang aku akan cari balik untuk tengok gol-gol yang dijaringkan. Jom layan dulu 4 gol ni. Best!

1. Torres masih ada bisanya. Banyak jugaklah dia score tahun ni. Nasib baik Chelsea tak jual dia…hehe

2. Diego Costa. Nampak tak permainan dia saiko keeper Chelsea. Saje buat lambat nak tendang penalti. Penyokong Chelsea kat belakang dah berbulu dah. Aku pun berbulu kalau tengok pemain lawan buat helah camni…hahahaha

3. Tengok mutu tendangan penalti Costa. Kelajuan dan arah yang mengkagumkan! Pemain kita tak ramai yang pandai tendang power macam ni. Kena buat latihan banyak lagi kot? Takpun sebab kurang makan cendol bak kata Encik Titan..hehe

4. Nampaknya taktikal ‘parking bus’ Jose Maurinho tak menjadi kali ni. Ramai yang “bengang” dengan taktikal Jose Maurinho masa kalah Liverpool hari tu. Bagi aku tak kisah walaupun game tak cantik, janji pasukan boleh memang…hehe

5. Final Liga Juara-juara Eropah nampak tak menarik sebab dua pasukan dari La Liga, Real Madrid vs Atletico Madrid.

@hafizmd – Atletico Madrid kejar kejuaraan berganda musim ni. Power ar!

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.