Kahwin. Bantahan & Tak Pasti. Apa Nak Buat?
Assalamua’laikum.
Dah kahwin? Bagus. Memang kacak dan cun. Belum kahwin? Tak mengapa. Korang kurang kacak sikit jer berbanding kami yang dah kahwin dan merasai nikmatnya sebuah perkahwinan. Senyum pulak. Dah-dah. Ok. Korang mungkin belum sampai seru kata orang tua-tua. Apa? Calon pun belum ada? Dah cari? Belum? Kena usaha sikit dik. Zaman sekarang, jangan main-main. Macam-macam cerita kita baca. Salah cari teman, teman bawa lari ikut pintu belakang. Dah tak kacak dah.
Aku dapat lagi 2 email yang mintak pendapat pasal nak kahwin ni. Sorang ni tak pasti, dan sorang lagi keluarga pulak membantah (alasan:ada penyakit yang sama dengan keluarga lelaki). Dalam entri-entri kahwin yang dulu, ada yang dah beri pendapat. Aku kumpulkan sekali kat entri ni, moga sesiape sajer yang perlukan pendapat tambahan, bolehlah merujuk entri ini. Jadi, kalau nak kahwin, apa nak buat? Apa baiknya kahwin awal@muda dan bagaimana kalau keluarga membantah?
Baik buruk kahwin muda. Antara pandangan yang diterima;
1. Kak Jie: Kahwin muda, dapat anak awal2..bila usia persaraan, tanggungjawap untuk persekolahan anak-anak pun berakhir. Rasanya kebaikan lebih banyak dari keburukan… jadi fikir-fikirlah.
2. Azizan: Pendapat aku,klu pompuan kawen lewat usia nk melahirkn ank pon cm ssh kn..hehe..umo da tua br nk dpt anak…yg laki plk baik kawen umo lewat 20-an..br ad tanggungjwab skit.
3. Mivida: Banyak kebaikan dari keburukan yang ada bila kawin muda..sekurang2nya mampu menjaga kesucian dalam perhubungan seperti yang telah disyariatkan islam.
4. Amir: Bila kahwin awal biasanya lelaki tak puas hidup sbg org bujang sbb masa zaman bujang kurang tanggungjawab sket thdp keluarga. bila dah ada isteri n anak2, byk kena fikir.
5. Farahdina: Saya kahwin muda, juga, 19 tahun, sekarang dah jadi ibu dan masih belajar.
6. Adele: Mentaliti ibubapa skrg kebanyakannya nakkan anak habis blaja dulu..kunci kpd pernikahan dgn habis blaja dlu..huhu. tapi kalo student dgn student nak kawin, lbih baiklah bertahan smpai hbis blaja sbb isu kewangan mungkin jd pnyebab menggugat rumahtangga melainkan mereka adalah dari keluarga yg berada.
7. Shu: Untuk student yg ingin berkahwin tidak perlu boros. cukup sekadar buat yang termampu dan wajib. Mudah2han dengan perkahwinan serta niat suci kita akan mendapat keberkatan dariNya.
8. Sakini: Seorang pelajar ipta yg akan bkahwin. Saya rasa ada kebaikan dan keburukan dan ia mengikut keadaan individu tu sendiri. Macam2 gak org ckp…yela blaja tak habis lg, takleh nak balas jasa mak ayah lg…tp itula family saya & tunang pon takde halangan. Mereka merestui lg ada. Tak kesahla apa org nk kata yg pasti byk2 bdoa & hanya ALLAH yg lebih mengetahui apa yg terbaek utk hamba-Nya.
Niat kahwin dibantah keluarga? Baca yang ni pula.
1. Azman: Mungkin Ibu-bapa lelaki tu nak merasa dulu hasil(gaji)lelaki tu.Ibu bapa lelaki tu rasakan anak lelaki dia belum cukup matang untuk berkahwin. Untuk berkahwin kena prepare everything,kalau minda dah ready tapi soal kewangan belum tak boleh juga.Penceraian byk berlaku akibat masalah ekonomi sesebuah rumah tangga.
2. Adam Faiz: Adik aku dulu pun nak kahwin di tahun pertama pengajian universiti.. tapi sebagai yang tua kitorang tak galakkan. Adik aku akhirnya ikut nasihat dan sekarang sudahpun berkahwin dengan bahagianya.
3. Suri: Ada juga kawin tapi dalam masa sama kena cari kerja part time, tapi wajib kawin klu dah dua2 berkeinginan ke arah tu dari buat perkara yang dilarang agama. Cari jalan penyelesaian, di selesaikan sebaik blh. Perkara ni tak blh buat main2 sbb skrg byk kes ‘tak tahan’ last2 belajar kemana ..malu di tanggung keluarga.
4. Titan: Kahwin jela. Dah ada anak nanti, barulah terasa. Masa tu, kena survive la.benda baik. Teruskan je.
5. Akubiomed: Di kolej dahulu saya menolak tepi cinta dengan mengikut nasihat orang tua. Ada sebab orang tua melarang bercinta ketika belajar.
6. Nizam: Bersabar je lah, jangan ikutkan sangat kehendak hati. Tamatkan pelajaran dulu dan cari pekerjaan yang sesuai. Memang ada yang kahwin masa belajar dan ok. Tapi ramai ke macam tu? Mampukah kita? Kalau mampu, ok teruskan la.kalau tak, hold dulu.
7. Cik Sembang: Dulu saya tak faham kenapa ibubapa menghalang anak lelaki supaya lewat sedikit berkahwin tapi bila saya ada 3org anak lelaki saya boleh merasakan saya perlu bergantung dengan anak2 lelaki saya. Maksudnya bukan bergantung dari segi duit tetapi bergantung perkara lain.Maklumlah lelaki ni kan pemimpin.
8. Shraqs: Mungkin boleh berbincang dengan keluarga untuk bertunang sahaja dulu, habis belajar, dapat kerja kawinlah.
9. Benjy: Cuba cari masa sesuai berjumpa dengan ibubapa wanita tu agar dapat tahu apa sebabnya.
10. Norasikin: Anak saudara saya kahwin sebaik sahaja lepas SPM. Sehingga kini dah dua kali jatuh talak. Bila fikir kahwin selalu orang fikir yang indah2 je tanpa memikirkan tanggungjawab yang harus dipikul setelah berumahtangga. Pengalaman bekerja pun belum rasa, dah nak rasa pengalaman berumahtangga. Sebaiknya tambahkan ilmu meniti kehidupan berdikari yang kini semakin sukar. Pastikan semua keperluan asas ada dan pendapatan stabil baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, untuk mengelakkan zina, memang wajib kahwin tetapi pastikan anda tahu kehidupan baru yang bakal anda tempuh dan bersedia menghadapinya
Kesimpulan: Setiap masalah, insyaAllah ada jalan selesainya. Jangan ambil jalan mudah dengan lari dari masalah (lari dari rumahpun bukan jalannya). Itu bukan jawapan yang mutlak. Berbincang, dan jangan lupa berdoa.
Ingat satu benda ni jer “Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa kita, murka Allah juga terletak pada murka ibubapa kita”.
Korang nak kasi lagi panjang entri ni? Sila-sila. Nanti, aku update kat atas. Jadi manual cinta terus…hehehe
@hafizmd – harap, dapat beri sedikit idea untuk mereka-mereka yang sedang pening bab-bab sebuah perkahwinan =)
Kalau tak nak kawen, lari dari masaalah, tak nak rempuh masaalah…maknanya tak kacak la jantan tu bro…hehehe
Mmg tak kacak. Masalah utk dihadapi bersama. Baru kacak
Walaupun kita cinta mati pun pada pasangan namun jika mak abah
tidak setuju dan tiada restu dari mereka maka perkahwinan tidak akan
kekal lama. Cubalah ambil hati mereka sampai mereka benar2 restu.
InsyaAllah.. jika itu jodoh kita, tidak kemana.. sebaliknya jika bukan
maka itu adalah yg terbaik yang Allah SWT tentukan..
Setuju.
InsyaAllah ada jalannya. Macam yg sis katakan, pikat hati mereka dan jgn lupa berdoa. InsyaAllah. Allah akan tunjuk jalannya.
Restu mereka amat penting.
Assalam..
Kalau dah tau ada penyakit (seperti Talasemia di ke dua2 belah pihak), elok la batalkan saja. Nanti kesian pada zuriat yang bakal lahir. Seumur hidup menderita. Tapi kalau berdegil juga, cinta tu kan buta, suka hati la, lagi dilarang, itu yang nak dibuat. Kalau penyakit tu tak memudaratkan anak2, tak ada masalah la, go on je.
Kalau 50-50, elok la kukuhkan kewangan dulu. Sebelum kahwin memang semuanya nampak indah tapi bila dah kahwin, besar tanggungjawab yang harus dipikul.
kesian juga kalau yang ada penyakit ni…
@shahrul,itulah…tp kena jugak terima walaupun pahit
W’salam.
Apa2pun, bersedialah dari segenap segi. Macam yg Kak Iza katakan ni.
Tanggungjawabnya amatlah besar.
bab kahwin ke, bab apa sekali pun
hidup kita akan susah kalau hati mak ayah susah
Pesanan terbaik!
Jadi, kalau kita nak senang dan tenang, kita tenangkan hati mak ayah dulu…insyaAllah…bahagia..
kawin tak kwin heee klu msh belajar jodoh plk sampi dan sukar wat pilihan baik mtk petunjuk drinya..solat istiharah.
pkra yg baik molek di baut skli seumur hdup dan klu blh biar skli kawin skli kekal hga anak cucu cicit.
itu yg terbaik…DIAlah sebaik2 Penolong
kalau dah cukup kacak, kahwin ajelah empat terus..
hohoho…itu mmg kacak habislah!
amboih..nnt last2..terus jadi x kacak sebab pening kepala dgn pelbagai karenah
@chii,hehehe…terus botak kepala titan nanti…tak kacak dah…keh3
Adehh, bab bantahan ibu bapa tu buat kawe teringat lagu dan citer Ombak Rindu lak.. “Tuhan tolong… lembutkan hati diaa… untuk terima ku seadanya…”
Rasanya bab dah sedia atau tidak kawin bukan terletak pada umur tetapi pada diri sendiri. Tepuk dada, tanya selera. Kalau rasa dah sedia terima tanggunjawab, insya-allah semua boleh jalan… Dah tua pun tak semestinya matang dan kematangan pun bukan penentu kejayaan sesebuah rumahtangga. . 😀
Tu dia. Mmg mencengkam sungguh lirik tu =)
Umur hanyalah angka. Setuju ngn bro tu. Semuanya letak pada diri. Tepuk diri, tanya sendiri 😀
walau siapa pun kita, redha & restu ibubapa sangat penting.. tiada ibubapa yang mahu melihat anaknya tidak bahagia 🙂
Betul tu.
Semua ibubapa nakkan anak2 bahagia. Jadi, kita jugak kena bahagiakan mereka. Setuju?
sangat setuju 🙂
@rahman,terima kasih =)
aku x kawen lgik sbb duit x cukup..blanje aku aa bro..hehe
hohohohooo…sponsor telur sebiji boleh?hehehe
untung la sape dah kawin haha
anyway, sy nak baiki taraf hidup family sy dulu sebelum kawin
esok dah busy dgn laki n anak2
mak bapak sy still susah2 lagi huhu
my life is about my family
biar la tak kawin pun, asal mak bapak sy hidup senang kemudian hari
OMG umur dah dekat 25..abis la haha
hehe…mmg untung kami2 ni… =)
bagus niat tu. moga dapat berbakti pada kedua ibubapa…ameen
25?ok lagi tu..muda lagi..hehehe
Kalau ada penyakit yang diwarisi eloklah dielakkan walaupun ia pahit. Agak sukar mendapatkan jodoh yang mendapat restu orang tua dan serasi.
Ramai ibubapa zaman sekarang tidak kisah sangat kalau anak mereka memilih pilihan hati sebagai pasangan hidup. Restu orang tua ama penting.
Apa2pun, itulah pokoknya. Restu orang tua.
Pasal penyakit tu, zaman moden ni, semuanya serba mungkin.
Betul tu bro akubiomed,restu orang tua tu penting,cinta tu boleh cari dimana sahaja,mak bapak memang da takde ganti galangnya.
Setuju. Jadi, utamakanlah mereka dalam apa jua tindakan. InsyaAllah selamat dunia akhirat.
Kahwin muda tu ok gak kalau pandai bertanggungjawan dan kalau ibubapa menokal … hahaha cari yang lainlah … banyak lagi wanita yang cun2 bersepah diluar sana … 😀
Tanggungjwab. Sebut mudah, laksana perlu ilmu dan role model.
hehe…mmg bersepah bang benjy, tapi yg jenis bersepah ni…payah…. =)
Yer betul tu Brooo … yang bersepah tu bukan boleh percaya sangat tu … hehehe 😀
@benjy, lagi bahaya kalau bersepah kat tempat2 yg mmg tak baik…
Kawin muda ni bagus, tapi duit kena tua la, haha
betul tu…sumber kewangan kena kukuh juga
Adakah masalah ini dikaitkan dengan poligami ? 😀
Itu poligami tiada kaitan dalam ini hal…hehehhehe
wow, sangat suka post nie, sangat informatif dan aku sangat suka opinion2 blogger lain.. dahlaa pendapat blogger2 otai gak yang ko amek.. huhu, best2.
aku rasa boleh terbitkan 3 post lagi daripada post nie, sebab banyak sangat informasi..
hehe, aku cakap awal2.. sori kalo post aku pada masa depan akan ada terambik isi daripada post nie.. :p
nice post, siyes!
thanks bro =)
3 lagi ek…canteklah…terus datang idea…hehe
aku tak kisah bro…ko sebatlah mana yg ko nak…nanti aku terjah blog diari ko tu…hehehe
resti ibu bapa penting dalam bab perkahwinan ni.. kalau de halangan, usahakan spya berbincang dan berdoa spya mak ayah benarkan..
tapi kalau masih mentah, lebih baik kutip pengalaman dulu.. berapa banyak rumah tangga yg musnah sebab kurang tanggungjawab dan juga restu keluarga..
kahwin sebab takut terlanjur, sepatutnya tiada, sebab perlu jaga hati dan iman spya rumah tangga kelak terjaga…
InsyaAllah. Kalau berbincang dan lelaki@perempuan tu tunjukkan yg terbaik, pasti mak ayah akan setuju jugak…doa jgn lupa macam yg fieza cakap..
Bagi akupun elok lah kahwin muda.. pendapat akupun macam kak jie juga jadi tak perlu aku ulas..
Pasal halangan keluarga memang susah sikit, tapi tak bermakna tak boleh.. aku dulupun halangan cukup kuat.. ramai keluarga isteri yang membantah.. isteri aku sebelum ni lain agama jadi faham2 lah situasinya macam mana.. tapi aku nekad juga dan bincang dengan keluarga sebelah isteri.. alhamdulillah.. kalau niat kita baik, insyaallah akan dipermudahkan.. sampai sekarang kami ada hubungan baik dengan kedua keluarga.. jadi nasihat kepada adik2 lain, ikut kata bro hafizmd tu.. jangan lari dari masalah tapi berhadapanlah dengan masalah.. paling penting.. jangan bawa lari anak dara orang 😀
Terima kasih Bro Kulanz kongsi pengalaman sendiri. Harapnya, mereka yg masih lagi berfikir dan risau, jadikan pengalaman bro kulanz ni sebgai motivasi utk selesaikan apa jua rintangan dgn cara yg baik iaitu dgn berbincang.
Betul tu, bawak lari lagi byk masalah nanti =)
kalau ada calon..xde masalah nikah time muda. ..kalau kata takut nnt anak bini x dpt nak makan.jgn risau..selagi ada usaha dan daya..rezeki akan ada je.
//…nk komen lebih2 x boleh sebab x kawen lg..calon pun x tercari lagi..ekekek
Terbaik! Rezki Allah sentiasa ada utk mereka yg berusaha.
p/s-boleh aje komen chii, boleh amik mana yg baik…hehe
Pada usia 30 skrg ni, calon pn xde sbb x direstui oleh ibu bapa disebabkan ada penyakit… ibu bapa sibuk duk suruh aku kahwin… skrg ni aku pasrah je dgn takdir… percaya kalu ada jodohnya nanti… masanya akan tiba nanti.. 🙂
InsyaAllah. Moga Bro akan ditemukan dgn jodoh yg terbaik. InsyaAllah. Ameen
aku pun masih belum ada jodoh huhu… bila tiba masa tentunya akan kawin jua… sapa taknak kawin huhu nikmat ooo berumahtangga hehe
hehe…mmg seronok tp penuh amanah =)
insyaAllah, akan sampai jugak masanya tu…hehe
bagi pasangan yg berkahwin muda dalam keadaan serba kekurangan. mmg cabaran utk mereka sungguh besar. jadi sanak saudara kena lah bagi sokongan moral utk mereka. tak lupa juga rakan2.
jgn ada yg cuba nak rosakkan rumahtangga yg dibina.
mungkin ibu bapa takut anak2 berkawin muda akan timbulkan masalah hingga berlakunya perceraian tetapi bab halal haram ni perlu ada pantauan yg kursus.
mungkin ibu bapa pantau dari jauh biarkan pasangan tu selesaikan hal mereka dahulu.
kawin awal kan bagus…
Itu biasanya bro. Mungkin jugak ibubapa risaukan anak2 mereka. InsyaAllah, kalau kedua2nya bakal pengantin dah sedia dari segi dalaman, insyaAllah akan lebih mudah dan direstui oleh kedua ibubapa.
Mmg bagus kahwin muda ni… =)
Keluarga bantah, kenalpasti punca bantahan keluarga. Cuba atasi dengan sungguh-sungguh. 🙂
Setuju. InsyaAllah, jalannya ada.
Sblm kaawin, memang pening kepala sbb org sekeliling suka tanya soalam ” bila nak kawin”??. Alhamdulilah tak lama lps tu kita pun kawin la….
Pastu ada soalan baru pula menyusul..” bila nak dapat anak”??
Ini adalah contoh tjadi pada sya. Lagipun sya kawin lambat. zuriat pun belum rezeki lagi skrg ni
Biasalah manusia. Habis satu, ada lagi yg satu ditanya. Ada sajelah…
InsyaAllah, mudah-mudahan rezeki tu akan tiba jua nanti…ameen
saya nk berkahwin dengan janda anak 1…tetapi ibu tak restu sbb dia janda apa yang harus saya lakukan…saya amat menyanyanginya saya nk berkahwin dengan dia sebab saya nk elakkan zina..dan saya nk menjaga dan mencintai dia seikhlas hati saya
tolong la saya bagaimana saya nk selesaikan masalah saya..Ya Allah bantulah hambamu ini