Nak Belajar Jahit Baju Kurung Tradisional?

panduan belajar jahit baju kurung tradisional moden baju melayu

Assalamua’laikum.

“Singer….menawan keluarga bahagia”. Lagu iklan Singer masa saya masih kanak-kanak, tapi melekat sampai sekarang. Punyalah kuat penangan lagu ni, rasanya ramai yang berjaya jadi tukang jahit termasuk mak-mak kita, kan? Cakap jerlah, nak jahit baju apa…baju kurung tradisional, baju kurung moden, baju kurung Riau, baju kurung Pahang? Baju Melayu pun boleh!

Nak belajar jahit baju kurung tradisional/moden?

Hanya yang serius nak belajar jahit baju kurung saja yang akan berjaya menjahit. Yang tak minat, kita akan terus kekal menjadi pembeli baju kurung sejati. Betul tak? Belajar menjahit ni banyak kelebihannya. Kalau pandai jahit baju kurung sampai siap berpasang-pasang, dah boleh buat bisnes kecil-kecilan di rumah. Upah jahit baju kurung sekarang bukannya murah, sepasang mahu dalam RM30 dan ke atas sepasang. Kalau dapat siapkan berpasang-pasang dalam sebulan, LUMAYAN tu!

Dah tak sabor dah nak belajar jahit baju kurung tradisional? Dah tak sabar nak siapkan baju kurung tradisional pertama? Atau baju Melayu pertama untuk suami terchenta? Baca dulu, apa yang bakal anda belajar nanti. Baca kat bawah ni dulu.

panduan belajar jahit baju kurung tradisional moden baju melayu
Berbaju kurung memang lebih cun! Kredit images: Wikipedia

9 Langkah Belajar Jahit Baju Kurung Tradisional Di Rumah

Klik Sini –> DAPATKAN PANDUAN MUDAH JAHIT BAJU KURUNG SEKARANG.
PROMOSI HEBAT AKHIR TAHUN!

1. Belajar ambil ukuran – Benda paling asas semestinya belajar cara nak ambil ukuran badan dan juga ukuran dari baju contoh. Ada ukuran pesak, kekek dll. Cara ambil ukuran dengan betul dan tepat penting. Kalau tak, nanti baju kurung boleh jadi terlebih kecil atau besar.

2. Belajar cara nak lukis pola – Pola ibarat peta. Bila nak potong kain nanti, senang. Jadi, kalau nak pandai jahit baju kurung tradisional, malah apa jua jenis baju kurung, kenalah belajar bab lukis pola dulu. Senang kerja nak potong kain nanti. Jangan risau, A sampai Z akan ditunjukkan.

Jom belajar jahit baju kurung...3. Belajar cara nak potong kain dengan mudah dan cepat – Dah siap lukis pola, senanglah nak potong kain. Tapi, kalau kain jenis lembut & licin, macam mana nak potong? Ada caranya. Semuanya ditunjukkan dengan jelas, mudah dan cepat supaya hasrat baik dan murni anda untuk hasilkan baju kurung tradisional/baju Melayu pertama menjadi kenyataan tanpa banyak halangan.

4. Belajar cara nak jahit kain – Dah siap potong semua bahagian, pesak, kekek dll. Tiba pulak proses nak cantum bahagian baju. Nak camtum yang mana dulu? Lengan baju nak cantum bila? Bila nak pasang zip? Macam mana pulak nak jahit kain susun tepi? Jangan takut, semua ni akan diajar. Semuanya terang, mudah nak ikut dan belajar jahit baju kurung ni. InsyaAllah berjaya hasilkan baju kurung tradisional yang selesa dipakai.

5. Belajar cara jahit poket baju –Ada yang suka ada poket pada baju kurung. Senang nak letak smartphone dan dompet kecil. Jadi, kena juga belajar cara nak jahit poket baju. Apa yang pelanggan nak, kenalah buat. Biar mereka puas hati. Betul tak?

6. Belajar cara jahit leher baju – Dah hampir siap. Leher baju kurung antara bahagian penting. Salah saiz, memang tak selesa nak pakai baju kurungkan? Jadi, anda akan diajar langkah demi langkah bermula cara nak tentukan saiz lubang hinggalah sampai siap jahit. Ikut jer arahan bergambar. InsyaAllah, langkah anda belajar jahit baju kurung akan berjaya.

7. Belajar cara jahit pinggang kain – Getah atau getah campur pengeras. Dua-dua akan diajar satu persatu. Ada gambar lagi. Jangan takutlah. Ikut jer. InsyaAllah mesti menjadi punya. Janji kena ikut satu persatu dan sabar belajar menjahit. Dah siap baju kurung, mesti puas hati nanti!

8. Belajar cara jahit span bahu – Ada yang tak suka span di bahu, sebab bahu dah sedia elok tinggi. Bagi yang nak, kena letak span, baru nampak lebih segak dan anggun. Nak jahit span ni pun ada tekniknya, kalau tak nanti tak sedap pulak si pemakainya.

9. Belajar cara siapkan kemasan terakhir baju kurung pertama anda – Akhirnya, teknik belajar jahit baju kurung pertama dah sampai ke penghujungnya. Last sekali, mesti belajar jahitan kemasan di lengan, leher, bawah baju dll bahagian. Pemakai selesa, kita pun gembira.

Teruja? Dah terbayang baju kurung pertama hasil tangan anda sendiri? Ataupun baju Melayu pertama untuk suami/bakal suami anda?

DAPATKAN PANDUAN BELAJAR JAHIT BAJU KURUNG TRADISIONAL/MODEN LANGKAH DEMI LANGKAH SEKARANG! ~KLIK SINI~

cara panduan jahit baju kurung tradisional moden pahang riau
Testimonial pembeli yang puas hati…
@hafizmd – Mulakan dengan pelaburan ilmu, ganjarannya akan datang kemudian. Kalau dah minat nak belajar menjahit, jangan tangguh-tangguh. Kalau bertangguh, apapun tak menjadi!