Godaan Yang Sukar Ditolak?

godaan rama-rama jantan betina

Assalamua’laikum.

Lagi seminggu, sekolah dah mula bercuti. Apa yang paling sinonim sangat bila musim cuti sekolah hujung tahun? Ambe kalau masa kecik-kecik dulu, hujung tahun musim tengkujuh. Takde benda lain dah dalam kepala selain main air hujan, main bola dalam air yang tinggi paras lutut, main ikan laga, main perahu buatan sendiri, tangkap lintah, pasang jala, mengail. Banyak lagilah kalau nak sebut bab godaan musim cuti sekolah ni. Itu dulu, masa kecik-kecik.

Godaan yang sukar ditolak!

Sekarang, semuanya banyak yang dah berubah. Anak-anak kita dah takde ruang dan peluang nak merasa benda-benda best macam ni. Paling tidakpun, kita mak ayah ni mampu bawak anak balik kampung, tapi nak bagi main air hujan….jauh sekalilah, kan? Kita dulu, pantang nampak hujan, bukan nak masuk rumah sebaliknya hilang dalam hujan….hohoho

Anak-anak kita, anak-anak teknologi. Godaan teknologi bukan setakat buatkan kita nampak manusia lebih bertamadun kononnya, tapi sebaliknya buat kita makin hilang nilai kemasyarakatan. Kalau korang makan kat luar, hatta di meja makan sekalipun, godaan teknologi ‘berjaya membisukan’ satu keluarga. Semua leka dengan gajet masing-masing. Mak bapak sibuk berFB, anak-anak satu sorang sibuk main game. Betul tak?

gambar cili padi kampung sedap
Ni godaan yang susah ambe tolak….hoho

Benda ni semua godaan yang sukar ditolak kalau kita tak pandai urus. Salah tadbir urus. Sama jugak bila kita selalu bising dengan kelemahan orang lain (contohnya selalu bising pasal kelemahan pihak pentabdir), tapi kita sendiri tadbir rumahtangga dan diri sendiri pun tak berapa betul. Sebab tu, sebelum kita tunding jari cari salah orang lain, jom kita pakat tengok urusan diri kita dulu. Ada betul tak?

Dalam dunia yang penuh dugaan ni, banyak godaan yang sukar untuk kita tolak. Serius banyak. Dalam bab blogging pun, banyak godaannya. Kalau bab advertorial contohnya, banyak benda yang nak kena teliti sebelum kita terima tawaran pengiklan. Teringat entri Bro Eyriqazz yang ni, “Google Dulu Sebelum Terima Tawaran.”

tips blogging terima tawaran advertorial
Kerja mudah jer. Letak link, kita dapat USD30. Tapi tengok juga link apa nak diletak. Laman bodog88.com kat atas tu, ada kaitan dengan gambling.

Contoh atas ni, senang nak tolak. Tengok jer link yang nak diletak, ada kaitan dengan gambling…terus jer tolak.

Hidup kita ni penuh dengan pilihan, pilihlah yang tak melanggar undang-undang Allah. InsyaAllah, rezeki yang masuk poket dan perut kita sekeluarga lebih berkat. Itu penting. Biar sikit, tapi berkat.

Sekadar membebel di hari minggu. Peringatan ni khas untuk diri sendiri. Moga ada kebaikan bersama yer…

@hafizmd- Godaan duniawi makin hari makin besar, sama-sama kita berdoa moga Allah selalu tunjukkan jalan yang baik untuk kita. ameen.