Final Piala Malaysia 2011 & Tiket Mahal

Assalamua’laikum.

Bahang hangat perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu, 29 Oktober ni semakin memuncak. Bagi aku yang rindukan kejayaan pasukan negeri kelahiran, memang ada terasa juga nak ke stadium Sabtu ni. Kenapa? Tentunya aura di stadium adalah satu perkara yang cukup berbeza! Bagi sesiapa yang biasa ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak pasti akan faham. Makanya, adakah aku akan ke stadium Sabtu ni?

Aku? Sama sekali tidak. Aku awal-awal lagi akan tonton di rumah saja bersama isteri dan anak-anak tersayang sambil makan cekodok bawang dan air kopi. InsyaAllah. Aura mereka ni lebih baik dan penting untuk aku. Biarlah awok-awok Terengganu lain yang meng’qada’kan ketidakhadiran aku di sana nanti 😀

Lagipun harga tiket terbaru RM50 untuk semua jenis tempat duduk, bagi aku amatlah mahal dan sedikit tak logik! Ada beberapa alasan FAM (sebab naikkan harga tiket) yang aku boleh terima dan ada yang langsung tak boleh terima!

Antara alasan FAM ialah:

  1. Tiada ganjaran wang tunai untuk finalist tahun ni. Kata FAM, wang dari kutipan tiket, ada bahagian untuk kedua-dua pasukan. Ok. LOGIK.
  2. Cegah penjualan tiket haram@ulat tiket – Yang ni aku tak berapa nak boleh terima. Oleh kerana depa tak reti nak halang ulat-ulat tiket dari berkeliaran, depa p naikkan harga tiket. Siapa yang tanggung? Peminat bola yang tak bersalah juga kena tanggung! TAK LOGIK!
  3. Kos selenggara stadium. Kalau ada yang tengok live Selangor dan Terengganu hari tu. mesti dapat tengok yang mutu padang stadium ni memang ‘tak cukup makan’! Yang aku hairan, kenapa penyokong N.Sembilan dan Terengganu pula yang nak kena tolong tampung kos selenggara stadium ni? Ini macam ambil kesempatan jer. TAK LOGIK LANGSUNG!

Apa-apapun, aku yakin peminat tegar pasti akan memenuhi setiap ruang yang ada demi pasukan kesayangan masing-masing. Jadi, bebelan aku di atas hanyalah mewakili mereka-mereka yang tidak puas hati atas kenaikkan harga tiket yang aku rasa tidak wajar.

Buat penyokong Terengganu & N. Sembilan, sama-sama menyokong dengan penuh disiplin. Terima kasih pada anda semua yang sentiasa setia ke stadium memberi sokongan padu. Aku memang tabik pada korang semua! Terbaik!

Kemaskini: Kerajaan Terengganu bermurah hati untuk memberi subsidi 50% harga tiket kepada peminat bola sepak Terengganu! Terima kasih

® hafizmd – ramai yang congak Terengganu bakal juara, tapi aku cukup gerun dengan N.9…