Bila nikmat sihat diambil seketika

“Abang, jomla pegi klinik, petang esok kita pegi ek..”.Desakan manja si isteri kepada saya bila melihat tangan mulus ni asyik ‘mengurut-urut’ sekitar mata. Saya dengan senang hati membalas ala malu-malu ayam “isk..sikit jer ni, esok pagi okeyla ni”..Mencebik bibirlah isteri saya..sayang betul isteri pada saya, bertuahnya badan.

Dua tiga hari ni, mata kanan saya entah mengapa dan kenapa, tiba-tiba sahaja sedikit bengkak di bahagian bawah kelopak mata ku yang seksi . Semacam ketumbitpun ada. Teringat saya pada kiasan orang tua-tua bila ketumbit menyerang mata “haa..skodeng sape ni?”. Alamak, saya berfikir juga, anak dara siapa yang telah saya ”terskodeng”?

Continue reading “Bila nikmat sihat diambil seketika”

15 Fakta Menarik Tentang Nyamuk

Tampar nyamuk nie

Bunyi nyamuk ‘nyyeeeng,..nyeng..nyengg’ menyebabkan tidur kita sering terganggu. Tidak kiralah apa spesis nyamuk samada nyamuk aedes, nyamuk terjun tiruk, nyamuk tonggeng, semuanya mempunyai bunyi yang senada dan menyakitkan telinga. Sudah segala bagai jenis ubat nyamuk sudah kita beli dan praktikkan, namun nyamuk si kecil tetap juga mengganggu tidur kita. Kalau ianya berlarutan, mungkin kelambu boleh menyelesaikan masalah ini. Ada lagi ke antara kita yang tidur berkelambu?

Biasanya, untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu tahu apa akar masalahnya. Saya terfikir, perkongsianĀ  15 fakta menarik tentang nyamuk mungkin mampu memberi kita idea bagaimana menyelesaikan masalah nyamuk. Mari kita sama-sama telusuri misteri disebalik seekor nyamuk.

Continue reading “15 Fakta Menarik Tentang Nyamuk”

Kita memang selalu begini

Sampah sarap Cuba kita fikir dan perhati betul-betul, adakah kawasan rumah atau tempat tinggal kita (samada dalam atau luar) adalah bersih? Ada ke timbunan sampah, daun atau plastik yang ditakungi air? Cuba tengok betul-betul. Jangan kita sesakali cuba buat-buat tak nampak, padahal sampah memang ada depan mata. Sudahlah bertimbun, bertakung air pula.

Ini mungkin gambaran yang sebenar perihal sikap kita bila bulan berbicara tentang sampah. Kita selalu ambil mudah. Dialog begini mungkin sudah bernanah biasa kita dengar ” Alaa..kan ke ade majlis bandaran, nanti diorang takde keje pulak”. Ini yang saya selalu dengar dan lihat. Tak percaya? Cuba kita perhatikan dua situasi ini:

Continue reading “Kita memang selalu begini”

Suatu Hari yang Berdarah..

Saya masih ingat lagi hari-hari berdarah yang dilalui. Sepanjang ingatan saya, kali pertama hari berdarah saya ialah sewaktu saya berumur 8 tahun. Waktu itu, tiada yang lebih mengerikan bila darah yang keluar tidak henti-henti. Semuanya sebab yang satu itu. Sudah pasti, saya juga seperti orang lain, mama tempat pertama yang saya tuju. “Sikit jer tu, jap lagi okla”. Sungguh lembut dan menenangkan. Seberapa ketika, darah yang sebentar tadi deras mengalir, sudahpun berhenti. Sungguh mama seperti sudah lali dengan hal berdarah seperti ini. Bukan itu kali pertama hari berdarah yang saya tempuh.

Saya sungguh yakin dan pasti, setiap dari kita pernah merasai ‘nikmat’ hari berdarah. Ada yang biasa-biasa sahaja sebabnya tapi darahnya banyak seperti dipotong kaki dan tangan. Saya juga lebih yakin dan pasti, kaum hawalah yang paling faham tentang hari berdarah. Kenapa? Janganlah buat-buat tak tahu pula.

Continue reading “Suatu Hari yang Berdarah..”