Menang Review Terbaik Contest Mom Bloggger Ummihanie.com

Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Rezeki yang tak aku jangka. Iyalah. Bab rezeki ni memang 100% kerja Allah. Aku hanya usaha dan usaha dan usaha. Ada rezeki, insyaAllah tak ke mana. Alhamdulillah. Kali ni menang kategori ‘Review Terbaik’ untuk kontest Top Referrel Mom Blogger anjuran Ummihanie.com.
Rezeki dengan menulis di blog!
Ini memang 100% rezeki menulis di blog ni. Alhamdulillah. Nyata, menulis di blog ada ciri-ciri ohsem yang boleh berikan pendapatan sampingan. Tak dapat banyak, dapat sikit. Janji ada rezeki yang Allah beri. Aku bersyukur sangat setiap kali Allah kurniakan limpahan rezeki. Bolehlah belanja anak isteri makan kat luar nanti. Iyalah, aku ni manusia biasa. Tak terlepas buat dosa, tapi Allah tak pernah lupakan aku. Terima kasih Allah.
Menulis dengan jiwa. Kalau tak silap aku, Encik Titan ada cakap benda ni. Itu yang aku mula belajar. Tulis dengan jiwa dan hentam sajelah nak tulis apa pun di blog sendiri, tapi…tapi jangan tulis perkara yang tak mendatangkan apa-apa faedah. Faedah tu terpulang pada diri masing-masing.
Bagaimana aku menulis di blog ni? Macam aku. Ada entri aku tulis memang nak tarik traffik (aku masih lemah sangat bab-bab tarik traffik). Ada entri aku tulis memang entri santai untuk perkongsian semua macam entri info keluarga dan entri wordless. Ada entri yang aku tulis, aku target nak buat entri affiliate. Ini yang aku buat. Orang lain, lain caranya kot.
Apapun, untuk buat duit dengan menulis di blog memang nak kena usaha. Ada peluang dan ruang menulis entri kontest. Masuk jer. Bagi aku, menang itu bonus tapi pengalaman menulis itu adalah BONUS BERGANDA!
Aku tak pandai nak cerita lebih-lebih sebab aku pun masih baru dalam dunia blogging ni. Banyak kali, aku main hentam jer tulis, tapi hentam-hentam pun takdelah tulis pasal khabar angin atau gosip artis yang takde faedah untuk aku. Itu memang aku tak tulis.
Buat kesekian kalinya, terima kasih UmmiHanie.com sebab pilih entri ini,”Mom Blogger Top Referrel Contest.” Lain kali ada kontest lagi, insyaAllah kami akan turut serta lagi. Moga semakin maju dan sukses buat ummihanie dan semua rakan blogger!
@hafizmd – Semangat dan terus semangat!
Jutaan tahniah boh…
semoga kejayaan ini menjadi motivasi buat deme dan juga rakan2 blogger yang lain…
Tahniah!
Rezeki tak datang bergolek
tahniah! mood blogging lagi membakarkan kalau menang sesuatu contest tu, saya dah pernah rasa perasaan gila blogging selepas ni macam mana. blog kita target kita apa pembaca nak. kita hentam saja la labu 🙂
tahniah.
leh la belanja gua cendol lepas nih lagi..
tahniah bro 🙂 terbaik
Tahniah baguslah review bro…
tahniah bro, rezeki hari jumaat mudahan dapat keberkatannnya.
Tahniah bro..;pencetus semangat tu
Tahniah bro. Terbaek! 🙂
Tahniah and well done. Semoga terus sukses selalu.
hebat , tahniah yer bro…!!!
tahniahlah sebab berjaya tersenari dah dapa rasa puaskan sebab buat dengan sepenuh usaha dan berjaya
Tahnaih bro..deme meme buleh buat kerja ni..hehe..saya tumpang gembira aje..tahun ni rasa komitmen dengan blog tu dah lari sikit..nak kena tune balik..haha..
terima kasih kembali boh. Alhamdulillah. Rezeki anak2. =)
Kita pakat kerja kuat lagi boh..ameen
yep.betul.FA sokong 🙂
terima kasih FA
tahniah..moga rezeki makin bertambah hendaknya 😀
wahh..suka ayat ni: tulis dengan jiwa dan hentamlah nak tulis apapun..saya setuju dengan ayat tu. ada masa memang saya tulis ikut hati saya nak kongsi apa.tak kiralah ada orang nak baca ke idak. dan ada masa jugak saya tulis sebab nak jana traffic ( itupun kalau ada orang sudi bacalah kan..haha..
Setuju ngn CM. Ada entri saje2, ada entri ada target tertentu
AA masoh baru lg dlm dunia blofging.sdg cuba utk faham pasal contest.