Bola sepak: Lelaki, perempuan dan dot dot
Assalamua’laikum.
Masih demam bola? Bagi aku, jawapannya pasti YES!
Kalau setiap hari ada perlawanan skuad Malaysia, setiap hari jugalah aku akan tonton perlawanan tu (kalau ada siaran langsunglah…hehe). Nampak sangat minat bola walaupun tak reti sangat main bola.
Ironinya, ada juga lelaki type A yang langsung tak minat bola, dan dalam masa yang sama, mesti ada lelaki type B yang tak faham kenapa ada lelaki seperti type A yang tak minat bola. Ianya seolah-olah lelaki dan bola tak dapat dipisahkan seperti pisang dan jantung pisang?
Sebaliknya…
Ada juga wanita type C yang memang langsung tak minat bola, dalam masa yang sama wanita type C tadi memang agak sukar untuk memahami lelaki type B dan mungkin juga lebih mendambakan lelaki type A. Wanita type C dan lelaki type A ibarat ikan sama ikan, burung sama burung?
Jangan terkejut sebab wanita sekarang ada juga type D yakni yang sukakan sukan bola (faktor kehenseman pemain tidak dikira dalam kes ini) dan sudah tentu lelaki type B mungkin pula mendambakan wanita type D ini dan mereka boleh diibaratkan seperti nasi dagang dan ikan tongkol?
Jadi, andai anda sudah berkahwin, pasangan anda type yang mana? Apakah sama minatnya? Atau anda hanya sekadar peneman di saat 10 minit pertama?
Jika pasangan anda punya minat yang sama (contoh: minat sukan bola sepak) tapi berlainan pula pasukan yang diminati, apakah akan ada ‘pergeseran’ seperti blogger Ladfeamir ceritakan?: Boleh baca sini
® hafizmd – hairan bila ramai yang pertikaikan semangat patriotik kita atas dasar warna baju yang dipakai semata-mata…
p/s – Apakah kes sebegini juga termasuk dalam maksud sekufu?
mungkin juga lah semangat dilihat dari baju..sebab kalau tengok kuning banyak mungkin lagi bersemangat kot skuad Malaysia..
Itu mmg takleh nak sangkal rasanya sbb peminat jadi pemain yg ke -12…
@Bb Hussain,
takut gak mau pakai baju kuning tatkala ini… takut terperangkap di dlm lokap… hehehhe
@maza : menyokong katamu itu… 🙂
@bEe, wah…ada yg sokong idea maza ni…hihi
Hubby takde sangat minat bola (sanggup bersengkang mata untuk tengok setiap perlawanan bola), tapi family semua gila bola, adik lelaki punya pasal, saya kena cek update terkini result time Arsenal lwn Malaysia hari tu, huhuh
Kalau dpt jenis yg sanggup bersengkang mata, mmg sggup tido dpn tv tuh…hehe
Adik punya psal, kakak tetiba jadi kaki bola…adik adik
Warna koning adalah warna kegemeran Abang Koning.
Abang Koning mmg peminat setia koning 😀
aku tak kisah isteri minat ke tidak hal bola ni
janji ada kopi masa menonton
hehe
hehe….jadi, kopi mesti ade…baru layan 😀
@tehr,
uiks.. teh ramuan sudah tukar minat pada kopi pulak…
err.. awas songsang ni.. ahaks.. hehehhe
@tehr, tapi lau de peneman, bukan lagi best?
betul tuh, mmg lagi best! lagi best (macam iklan myvi baru daaa..hahaha)
maza bukanlah peminat tegar bola..
tapi kalau sudah menonton, kekadang suaranya terlantun sampai tingkat patplohpat sejauh patplopat batu nautical gak… terkinja-kinja sendirian pun volleh jadi gak… hahahahahaha
musti tv tu buhsan dgn lantunan bro… huhu 😛
hahha…kalau tv boleh cakaplah…keh3
saya kategori mana ek..?hehehe
tak de la minat sgt pun, cuma lau de pasukan yg minat main, leh la layan..lagi satu lau pasukan msia main dgn pasukan luar, ok la.. de lagi, lau time de musim bola, campiala dunia ke.. tu layan la..
tapi lau tiap2 malam layan bola, tak ke muak namanya..?hehe..sila jawab..
awak ek, kategori minat tapi memilih…keh3 😀
erm, jawapannya ialah seperti kalau tiap2 malam tgk cerita boys over flower, tak ke muak namanya? hehehhe ;p
@hafizmd, itu mana de tiap2 malam… hehe
@fieza, ye ke takde?
Nak kata bEe tak minat, tak juga
Nak kata bEe minat giler pun tak juga…..
Sekadar di pinggiran menyokong minat sang hubby 😉
oklah tuh, kalau dapat teman hubby sekali sekala pun ok…bila time bEe layan drama jepun@korea, hubby pulak teman…ok tak?
rasanya macam dah tiap-tiap minggu ada bola. itu yang best sekarang nih..
hehe…tp ada jugak yg rase muak…
kalau dah minat, tgk hari2pun tak kisahkan? 😀
Pasangan saya tak ikuti bola. cuma dia minat tgk sukan badminton. itupun kalau ada pemain negara yg bertanding
pst: masa bujang/remaja, sya suka tgk bola sbb faktor nk tgk pemain2 nya aje. -xboleh ikut contoh !
oooo…oklah, kalau tak, mesti nak tgk bola saje macam saye ni…hahahaa
badminton pun mmg layan jugak, sbb wife saye mmg minat badminton…hehe
pssst…oooo…bisalah lah…ramai jugak lelaki yg tgk sukan semata2 nk tgk pemainnya
takpe malaysia mesti bole buat yg terbaik lg lapas ni..
insyaAllah…yakin dgn pemain Malaysia dan semangat bantuan penyokong sendiri