Cerita Hoki Remaja Dunia, Bola Sepak dan Blogrrr…

malaysia vs laos sukan sea myanmar malaysia vs perancis hoki piala dunia remaja 2013

Assalamua’laikum.

Selawat dan Salam ke atas Rasulullah S.A.W. Hari Jumaat dah mai. Maknanya esok boleh rehat sebentar, caj balik dengan aura positif yang tak terkalah untuk bekal seminggu lagi. InsyaAllah. Antara teknik mengecas ialah datang awal hari ni ke masjid untuk merebut kelebihan berada di saf hadapan, bukannya di tepi dinding untuk me’landing’ waktu khutbah. Sekadar peringat untuk diri sendiri jer. Orait. Petang ni, ada dua game yang bakal muncuk menggugat jiwa peminat Malaysia. Hoki Piala Dunia Remaja dan bola sepak Sukan Sea Myanmar 2013!

Hoki Piala Dunia Remaja & Harimau Muda

1. Petang semalam sempat layan aksi bertenaga skuad Hoki Remaja Malaysia. Memang nampak dah makin power dan boleh pergi jauh. Sejak KDYTM Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah (Presiden Konfederasi Hoki Malaysia) menaungi PHM, prestasi skuad hoki negara sama ada senior mahupun junior dilihat cukup membanggakan. Misi menjadikan Malaysia kembali digeruni pasukan lawan semakin menampakkan hasil.

2. Semalam, skuad remaja bertempur berhabis-habisan menentang hero-hero ‘k-pop’ Korea. Nyata, barisan pemain remaja Malaysia cukup bersedia mental dan fizikal. Tengok pun dah rasa penat, apatah lagi yang main. Memang terbaik!

3. Petang ni, skuad hoki akan bertemu hero-hero Perancis di separuh akhir. Jangan lupa petang ni, game pukul 6 petang!

hoki malaysia vs perancis bola malaysia vs laos
Mana satu nak tengok? Hoki atau bola sepak? Siaran langsung Malaysia vs Laos di TV1 & Astro 801

4. Skuad Harimau Muda A yang menang 2-0 hari tu ke atas Brunei, petang ni akan melayan gelecekan pemain Laos dalam misi mempetahan ibu emas.

5. Ramai juga yang kecam mutu permainan skuad Harimau Muda A masa menang 2-0 hari tu. Bagi ambe, memang ada kureng sikit, nampak macam kurang ‘bersungguh,’ tapi ambe rasa ni semua hanya aksi pemanas badan. Kita kira bernasib baik sebab perlawanan awal tak jumpa team yang kuat macam Singapura atau Vietnam. Jadi, menang 2-0 dah cukup bagus, sebab 3 mata yang kita cari.

6. Petang ni, nak tak nak wajib menang. Berapa jaringan tak kisah. Janji bola masuk gawang Laos. Sape score pun tak kisah, janji bola masuk dalam gol Laos. Itu ajer. Takde nak mintak lebih-lebih.

7. Buat penyokong Malaysia, janganlah masa kalah korang kutuk kaw-kaw, masa menang pun korang kutuk kaw-kawa jugak. Nampak sangat macam takde semangat sejati UltrasMalaya! Agak-agaklah….

Blogrrr

Top 5 Best Family & Health Blog Blogrrr Awards 2013

1. Alhamdulillah. Tercalon mahupun dicalonkan sudah cukup dikira satu pencapaian terbaik untuk tahun 2013 ni. Terima kasih kepada mereka yang sudi calonkan blog ambe ni (selain ambe calonkan sendiri untuk branding blog…hehehe).

2. Ambe yakin, banyak lagi blog lebih baik dan berkualiti yang layak dicalonkan berbanding blog picisan ambe ni, tapi ambe ambil pencalonan top 5 ni sebagai satu permulaan penjenamaan untuk blog hafizmohd.com.

3. Semua 4 lagi calon, serius bukan calang-calang blog. Terutamanya blog Kak YanMie. Blog dan blogger yang ambe kagum dalam diam. Moga Kak Yanmie boleh menang esok!

4. Kalau promosi event ni lagi gempak, mustahil untuk blog hafizmohd.com tercalon, tapi itulah namanya rezeki. Betul tak?

5. Menang? Tipu kalau takde rasa nak menang. Sape tak nak menangkan? Dapat top 5 ni pun dah kira menang bagi ambe.

6. Sape yang ada masa terluang, boleh terus ke majlis ni. Tak perlu daftar. Terjah jer terus. Boleh baca laju-laju kat sini untuk lebih jelas –> Perjumpaan Terbesar Blogger Malaysia

Hoki, bola sepak mahupun Blogrr…semuanya tak dapat ambe tengok dan hadiri. Ada keutamaan lain yang lebih besar perlu ditunaikan. Jadi, kalaulah blog ambe termenang, sape-sape yang rasa macam kenal blog hafizmohd.com, jemputlah wakilkan yer…hehehe…nanti ambe belanja cendol 3 mangkuk… =)

@hafizmd – Ok. Korang yang layan game hoki dan bola petang ni, jangan lupa update kat Fb yer…hehehe