Blog hafizmohd.com hampir berkubur!

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Selepas melalui satu tempoh yang agak perit (sebab dah beberapa kali kena), akhirnya blog ni kembali pulih selepas 1 tragedi yang aku sendiri tak pasti apa penyebabnya. Hingga saat ni, aku masih lagi tunggu keterangan dari pihak hosting.

Nasib baik juga hanya 1 entri saja yang hilang tapi themes twenty ten yang digodek-godek sebelum ni habis lenyap. Agaknya kalau aku buat child themes, mungkin tak hilang tapi di dashboard wordpress, semua themes takde kecuali twenty ten & eleven. Semua plugin juga habis dinyahaktif.

Viruskah? CPU usage over load kah? Server crash ke? Salah plugin@skrip? Apa kata rakan-rakan blogger? Tahu tak kenapa benda-benda camni berlaku? Boleh kongsi pengalaman tak?

Terima kasih pada hosting yang tolong restore minggu lepas punya backup.

® hafizmd – sayang kat blog ni weeehhhh…