Seloka 20 Sen!

"petua untuk hamil mudah"

Assalamua’laikum.

Seloka 20 sen dibuka bicara

Kerana 20 sen riuh dunia

20 sen bukan kecil nilainya

Takde 20 sen tak cukup sejuta

        Ramai mengeluh kerana 20 sen “saja”

        Takut harga barang di kedai Ah Peng naik esoknya

        Lupakah kita pepatah Melayu dahulu kala

        Besar periuk besarlah keraknya

        Pandai-pandailah kita

Kerana 20 sen sanggup hina cerca

Orang lain dikata bodoh lagi gila

Kita memang tak serupa

Tapi kenapa kerana 20 sen saja

Kawan jadi lawan sekelip mata?

20 sen jer nilai ukhwah kita semua?

        20 sen minyak besar bezanya

        37 liter dulunya RM70.30 saja

        Kini terpaksa bayar RM77.70 pula

        Bezanya RM7.40 sekali isi penuh kereta

        Ini sebab ramai yang mula panas tak kira masa!

Akhirnya ingatlah untuk sentiasa bersederhana

Kalau dulu asyik minum teh ais tak kira masa

Apa kata sesekali minum air masak pula

Kenalah korban kebiasaan kita

Jimat duit seringgit dua tekak dah lega

        Seloka 20 sen dah nak tutup cerita

        Kepada pemimpin tak kira pihak mana

        Jangan lupa kesusahan rakyat jelata

        Turunlah kampung tengok rakyat mana yang derita

Jangan turun tangan kosong saja

Buatlah apa yang patut untuk kesenangan mereka

Tanpa mereka, hangpa bukan sesiapa

Jangan lupa janji sebelum pilihanraya

Kerana 20 sen jangan kita mengeluh sepanjang masa

Rezeki kita untuk anak isteri keluarga tercinta

Bukan manusia yang tentukan untuk kita

Itu semua kerja Allah Yang Maha Berkuasa

Kenapa nak mengeluh lagi sebelum berusaha

InsyaAllah rezeki ada untuk kita

Janji Allah tak pernah lupa ketika dan bila

Sentiasa tepat menemui tuannya

Janji kita usaha usaha usaha usaha!

Penutup kata seloka 20 sen kita

Maaf ambe pinta

Jika ada salah silap bicara

@hafizmd – Seloka 20 sen sekadar bicara santai menyejukkan suasana di petang hari =)