PRU13:Masanya Kerajaan & Rakyat Kerja Kuat BUKAN Buat Orang Meluat!

Assalamua’laikum.

PRU13:Masanya Kerajaan & Rakyat Kerja Kuat! Semuanya sudah selesai. Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib sekali lagi diberi amanah besar untuk memimpin Malaysia dengan kemenangan majoriti mudah kerusi parlimen 133, berbanding Pakatan Rakyat, 89 kerusi. Pasti, akan ada pihak yang kecewa bila kalah. Ini adat biasa perlawanan. Lebih-lebih lagi dalam sistem demokrasi. Apa harapan anda terhadap kepimpinan kali ni?

Keputusan Kerusi Panas Pilihan Raya Umum 13

Ada beberapa kerusi yang betul-betul menarik perhatian ambe selepas keputusan rasmi PRU13 diperolehi lewat pagi tadi. Antaranya ialah;

  • Arau, Perlis. Datuk Seri Shahidan Kassim tewaskan Datuk Dr Haron Din. Majoriti 1,371 undi.
  • Bukit Katil, Melaka. Shamsul Iskandar PKR tewaskan Datuk Seri Mohd Ali Rustam BN. Majoriti 5,447 undi.
  • Gelang Patah, Johor. Lim Kit Siang tewaskan Datuk Abdul Ghani Othman BN. Majoriti 14,762 undi.
  • Pulai, Johor. Datuk Nur Jazlan tewaskan Salahuddin Ayub. Majoriti 3,226 undi.
  • Pendang, Kedah. Datuk Othman Abdul tewaskan Mohamad Sabu. Majoriti 2,638 undi.
  • Lembah Pantai, WP KL. Nurul Izzah tewaskan Datuk Raja Nong Chik. Majoriti 1,847 undi.
  • Permatang Pauh. Datuk Seri Anwar Ibrahim tewaskan Dr. Mazlan Ismail. Majoriti 11,721 undi.
  • Kuala Terengganu. Datuk Raja Kamarul Bahrin tewaskan Mohd Zubir Embong & Maimun Yusuf (Tok Mun). Majoriti 10,785 undi.

Melihat keputusan penuh pilihanraya umum 13 kali ni, terutamanya di peti undi kawasan bandar, memang ada sesuatu yang boleh kita sama-sama fahami dan sama-sama kita sedari. Berfikirlah demi kebaikan dan manfaat AGAMA, bangsa dan negara.

Apapun, sekarang terpulang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional untuk menunaikan amanah rakyat sebaik mungkin. Amanah yang diberi rakyat pasti bukan untuk dikhianati, jika tidak, pasti pilihan raya ke 14, slogan “Ini Kali Lah” bakal benar-benar terjadi! Jadi, kerja kuat, jangan buat orang meluat!

Tahniah buat seluruh rakyat Malaysia termasuk ambe yang tunaikan tanggungjawab mengundi. Moga-moga harapan kita untuk melihat Malaysia yang lebih baik dalam segenap segi terutamanya pembangunan modal insan dapat direalisasikan di seluruh negara, baik negeri di bawah Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.

Kecewa tetap kecewa, tapi inilah yang Allah tentukan untuk Malaysia dalam keputusan pilihanraya umum 13 tahun ini.

@hafizmd – Keputusan Penuh Pilihanraya Umum 13:Masanya Kerajaan & Rakyat Kerja Kuat! Kita juga wajib menyumbang untuk membina negara yang lebih baik!

LIHAT SINI –> KEPUTUSAN PENUH LAGI SAHIH PILIHANRAYA UMUM 13