Iran dalam kenangan..

Dalam entri oh! Iran, habis diselongkarnya sebelum ini, ada saya ceritakan time yang saya rasa dup dap dup dap dek kerana kena periksa masa check in. Dalam kalut tu juge, pegawai tu mintak tengok gambar tempat-tempat di Iran. Dalam laptop memang tiada simpanan gambar tapi dalam kamera murah saya, memang ada. Andai kata pegawai tu terjumpa, saya tak pasti apa tindakan mereka seterusnya. Adakah senasib macam  peserta Ekspedisi 1Malaysia? Walluhua’lam..

Sebelum saya tayangkan gambar-gambar sekitar yang sempat disnap, ada beberapa point yang saya ingin kongsikan bersama. Moga ada iktibar dan pengajaran.

1. Sepanjang 10 hari di Mashad dan bandar sekitar, boleh saya gambarkan yang Iran sebuah negara yang bersih. Susah benar nak nampak sampah sana-sini macam kat negara kita. Tempat tong sampah (yang besar tu) pun cukup bersih.

2. Rakyatnya suka bersantai diluar bersama keluarga. Terutamanya pada waktu malam di taman-taman. Contohnya, Mellat Park (antara taman terbesar di Iran) cukup meriah dari petang sampai ke malam. Mungkin juga tiada tempat hiburan lain nak dituju (tiada pub mahupun disko di Iran!).

3. Antara tempat yang jadi tumpuan remaja ialah taman. Di sini, mereka luangkan masa dengan aktiviti riadah. Main badminton, bola tampar, ping pong. Memang saya rasa lain benar suasana di sini berbanding negara kita. Tiada facebook yer..

4. Mereka cukup ramah melayan tetamu. Boleh dikatakan setiap kali saya ke site, pasti ada minuman mahupun sajian buah-buahan segar dari ladang. Sungguh nyaman dan menyenangkan.

5. Pemakaian scarf adalah wajib bila berada di Negara Iran. Jika gagal patuh, kena samanlah jawabnya. Pelaksanaan melalui peraturan. Memang sukar untuk berjumpa wanita tidak bertudung. Di sini? Oh!..

Ok. Sekarang bahagian gambar pula. Ini saja yang sempat saya snap. Gambar hanya sempat diambil hanya ketika saya berada dalam kenderaan yang bergerak laju atau ketika makan. Itu saja masa yang sempat..hoho..

"makanan tradisi rakyat iran"
nasi putih dan lauk kambing..takde kuah yer..sedap betul..wallaaa
"makanan iran"
ala nasi campur..ada ayam, lobak kecik, hirisan bawang dll
"sekitar bandar"
sekitar bandar..
"gambar kepala angin puting beliung"
kepala angin terbesar pernah disaksikan..

Ini antara yang sempat dirakamkan. InsyaAllah, ada beberapa keping lagi akan diupload ke lamam facebook saya. Kalau berminat, bolehlah add saya di laman facebook saya yer..

® hafizmd – maaf yer..takde sangat gambar-gambar menarik..hoho