“Abang, Sayang nak buat Wall MakeOver by Na….”

- 20 July 2013. Updated 17 January 2015Bicara santai

Assalamua’laikum.

Di suatu petang yang indah lagi nyaman. Sementara tunggu waktu nak berbuka puasa, entah macam mana tergatal pulak tunjukkan beberapa keping gambar ruang tamu yang dah siap di makeover by Na pada isteri tersayang. Isteri ambe ni memang suka tengok benda-benda cantik comel macam ni. Isteri orang lain, ambe tak tahulah…hehehe. Belek punya belek, isteri dah berkenan sangat pada satu design ni. Mulalah dalam diam-diam ubi berisi, ambe pasang niat untuk mula menabung untuk penuhi hajat isteri terchenta. 

Wall MakeOver By Na

Cerita tu tak habis kat situ. Ambe kalau dah mula pasang niat, usaha terus kena buat. Malas nak tangguh. Korek punya korek, tup-tup rupanya Blogger NadiaFarahida sedang cari 3 buah rumah untuk dimakeover! Lagi best, ianya PERCUMA! Hati dah mula berbunga-bunga, sama macam design yang isteri berkenan sangat tu. Peluang besor macam ni, bukan datang banyak kali. Peluang yang ‘Official Blogger Manager’ bagi pihak Wall MakeOver by Na tawarkan ni tak mampu ditolak. Mana tahu, ada rezeki untuk isteri ambe. Mahu tersenyum lebar dia nanti…

Tapi sebelum tu, betul ke tawaran ni. Maklumlah, first time singgah blog ni. Habis sejam jugaklah ambe lepak-lepak kat blog ni. Belek-belek entri lama dia. Jelas, Blogger ni bukan calang-calang orangnya. Banyak kali jugak dapat masuk majalah. Bukan sebarang majalah,  antaranya Majalah Mingguan Wanita lagi! Boleh baca di entri INI. Ambe tertarik dengan kata-kata dia yang ni;

“menurut pemilik, keinginan untuk menjadikan kediamannya ini seolah-oleh hotel membuatkannya melibatkan diri dalam setiap pembelian material agar bersesuaian dengan kehendaknya.”

Sudah. Makin tak keruan bila tengok ruang tamu rumah dia. Cantik woo! Ambe yakin, pasti ianya sentuhan Blogger Nadia sendiri ditambah dengan sentuhan Wall MakeOver By Na.

Ini design yang isteri ambe berkenan sangat tu.

design wall makeover by Na

Kenapa design ni?

“Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana memang dah lama sangat nak tukar selera warna cat ruang tamu yang dah makin kusam. Andai terpilih, ini kiranya kejutan paling best sempena ulangtahun perkahwinan kami pada Ogos nanti. Pasti ianya pengalaman sukar nak dilupakan. Tambahan lagi, ada sentuhan pakar!”

Tak reti nak tulis panjang-panjang. Yang ambe tahu, bila dapat buat isteri senyum memanjang, itulah antara saat paling best dalam hidup ambe sebagai seorang suami. Noktah =)

@hafizmd – Wall MakeOver by Na. LIKE entri ni tanda sokongan anda untuk ambe bertuah kali ni =)

{ 36 comments… read them below or add one }

Sop July 20, 2013 at 10:17 pm

bukan dah tutup ke bro?
SOp tgk entry tutup 18 Julai
ingat nak join gak sbb menarik design dia…

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:28 am

sempat jugak kita…hehe

Reply

Sop July 20, 2013 at 10:19 pm

ops dah ubah tarikh kepada hari ini
good luck yer bro..

Reply

suri July 23, 2013 at 9:39 am

wah ada masa lagi ar ni

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:28 am

haah..good luck bang sop

Reply

Obsolete Coin July 21, 2013 at 12:08 am

Good luck mana tahu murah rezeki…. :)
Isteri mesti suka design wall lawa macam ni tu…..

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:28 am

terima kasih
moga masinlah doa bro ni…ameen

Reply

TehR July 21, 2013 at 12:21 am

memang cantik sangat tu
sejuk je mata memandang
moga2 ada rezeki nanti

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:28 am

ameen…serius ambe pun suke tgk wall camni

Reply

titan July 21, 2013 at 5:24 am

fuhh..nak tukar wall plakk..

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:27 am

kasi mengancam lagi…hehehe

Reply

akubiomed July 21, 2013 at 10:32 am

Memang cantik pasang Wall Paper. Selamat berjaya ya bro.

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:27 am

thanks bro
moga2 masinlah doa bro ni

Reply

Fyzal July 21, 2013 at 1:06 pm

Aku duk umah sewa. Tak berbaloi pulak nak make over wall rumah sewa. Harap harap next time ada lagi peluang macam ni.

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:27 am

Kalau rumah sewa, mmg tak payahlah…hehehe

ameen..moga ada peluang utk bro fyzal plak

Reply

fyna July 21, 2013 at 2:14 pm

good luck!! ^_^

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:26 am

terima kasih fyna

Reply

papa mifz July 21, 2013 at 3:16 pm

semoga kejayaan menanti bro…;)

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:26 am

terima kasih bro PM

Reply

hafizmd July 21, 2013 at 5:39 pm

test test test

Reply

Rina July 22, 2013 at 9:13 am

saya pengen mke over dinding rumah saya seperti itu juga
terima kasih infonya :)

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:25 am

cantikkan Rina?

Reply

Hafizul July 22, 2013 at 1:22 pm

Hehe..untung cik kak dapat suami yang perihatin mcm ni..hehe

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:23 am

ameen…harap untunglah

Reply

Fiza Rahman July 22, 2013 at 1:55 pm

Good luck.

Reply

Hairul Hissam July 22, 2013 at 7:40 pm

biasa dinding warna plain jee kan..
bila tgk yg bercorak2 nampak lebih menyerlah lah.. teringin pulak ambe..

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:21 am

Cantik bro. Tgk pun dah rasa berseri2…
tgk pada harganya, taklah mahal sangat =)

Reply

daddydee July 24, 2013 at 12:56 pm

Semoga berjaya tuan.. Kalau di makeover pasti cantik ruamah…

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:08 am

ameen…ameen
thanks bro

Reply

chii July 24, 2013 at 2:45 pm

mmg cantik..insya Allah..mana tau ada rezeki utk hadiah ulangtahun…mmg tersenyum lebar je la pn fieza tu kan :D

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:05 am

ameen..harap2 masinlah mulut chii ni

Reply

Datin Tyka July 25, 2013 at 8:38 am

cantik juga designnya.. tapi my abah tak suka.. dia suka simple je.. cat biasa je.. huhu

Reply

hafizmd July 25, 2013 at 9:02 am

hehe…sesekali ambe nak complicated =)

Reply

kakiblog July 28, 2013 at 2:25 am

semoga berjaya bro..

Reply

hafizmd July 29, 2013 at 9:36 am

terima kasih..ameen

Reply

alazhar stone March 6, 2018 at 3:32 am

Semoga bermanfaat untuk kita semua. Amin
jasa desain arsitektur dan kontraktor

Reply

Leave a Comment