Cabaran Raja Tarik 2014 Bermula! Berani Nak Lawan Raja Teh Tarik?

- 29 April 2014Bicara santai

Assalamua’laikum. RM25,000 jumlah hadiah untuk pemenang Cabaran Raja Tarik 2014. Fuh! Senang ke nak lawan tarik teh ni? Kalau korang berani, boleh sahut Cabaran Raja Tarik F&N 2014!

Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Berani sahut Cabaran Raja Tarik F&N 2014?

Aku diberi kesempatan untuk lihat dengan lebih dekat Cabaran Raja Tarik 2014 hari tu di Mydin Mall USJ. Macam-macam gaya yang ditunjukkan oleh peserta hari tu. Serius, bukan senang nak jadi finalist Raja Tarik. Aku yang sekadar tengok pun ada rasa teruja, apa lagi peserta yang masuk Cabaran Raja Tarik 2014 ni. Memang berani dan sempoi!

Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Aksi Raja Tarik 2013, Saudara Azlin antara yang memukau aku petang Sabtu lepas. Dengan bertemankan iringin muzik Gangam style, Saudara Azlin ligat buat aksi menarik. Korang boleh tengok antara aksi menarik beliau di bawah.

Aksi Juara Raja Tarik 2013, Norazlin Janus.

Aksi Juara Raja Tarik 2013, Norazlin Janus.

Sebelum Raja Tarik 2013 ni tunjuk aksi kat atas ni, beliau dah demontrasi cara nak sediakan teh tarik kahwin. Nama pun dah ‘kahwin’ jadi hasilnya memang lebih kaw, lebih sedap, lebih buih dan lebih sihat sebabnya kurang manis!

Fara fauzana di cabaran raja tarik 2014

Farah Fauzana dan Raja Tarik 2013, Norazlin Janus yang buat demo teh tarik kahwin. Powernya teh tarik kahwin ni sebab kurang manis tetapi kekal berkrim!

Lepas ni, bolehlah buat kat rumah masing-masing. Kurangkan menyinggah kedai mamak tu..hehehe

cabaran raja tarik 2014

Tarik jangan tak tarik!

cabaran raja tarik

Farah Fauzana bersama peserta audition kawasan Lembah Klang di Mydin USJ.

Lokasi Cabaran Raja Tarik 2014 Seterusnya?

Petang 26 April adalah Cabaran Raja Tarik 2014 yang pertama. Ada lagi 5 lokasi yang ada untuk korang turut serta dalam cabaran ni.

  1. Pulau Pinang. Giant Hyper Bayan Baru. 4 Mei
  2. Johor Bahru. Giant Tampoi. 10 Mei
  3. Kuantan. Berjaya Megamall. 14 Mei
  4. Kota Kinabalu. 1Borneo Megamall. 23 Mei.
  5. Kuching Plaza Merdeka. 25 Mei.

Kalau rasa nak belajar cara tarik teh ni, jangan lupa untuk menonton sesi audition setiap hari Rabu dan Khamis, jam 7.55 petang di TV3. Aksi peringkat akhir akan disiarkan secara langsung di TV3 pada 26 Jun, jam 6.30 petang. So, jangan lupa nak tonton yer.

Macam mana? Ada berani nak sahut Cabaran Raja Tarik 2014? Kalau nak menang hadiah wang tunai berjumlah Rm25,000, korang boleh terjah lokasi di atas yer.

Semua peserta yang berjaya dalam kesemua sesi audition bakal berentap dalam Cabaran Raja Tarik 2014 peringkat akhir pada 12 Jun 2014 bertempat di eCurve Petaling Jaya.

Nak daftar atau nak tahu apa jua maklumat lanjut tentang Cabaran Raja Tarik 2014 ni, korang boleh rujuk saluran di bawah. Nak jumpa Farah Fauzana pun boleh kalau korang terjah lokasi di atas.

Aksi ‘bekas’ tukang bancuh Raja Teh Tarik

Dah lama tak buat kerja tarik menarik teh ni..hehe

Aku sendiri tak lepaskan peluang untuk cuba sendiri kenikmatan teh tarik kahwin!

@hafizmd – Jangan terpesona dengan gaya tarikan aku tuh yer! hahahaha….

{ 22 comments… read them below or add one }

fazrol April 29, 2014 at 4:53 am

Bro.. Teh tarik kurang manis satu… he he…

Reply

dja@sishaza April 29, 2014 at 11:26 am

Aksi bekas tukang bancuh tu macam pro jer hihi….ada gaya lah :-D

Reply

Denaihati April 29, 2014 at 11:45 am

Tengok hadiahnya memang hebatlah.
mana video bro buat teh tarik tu…heee.

Reply

suri April 29, 2014 at 10:30 pm

mana-mana nak lihat juga kalau ada best boleh meriah sikit idea kami

Reply

hafiz April 29, 2014 at 11:59 am

layan juga teh tarik ni..

Reply

Khir Khalid April 29, 2014 at 12:50 pm

Wow hebat & menarik.. mmg tertariklah.. terbaik.. :)

Reply

cikgu naman April 29, 2014 at 12:52 pm

Gaya dah mantap tuuu..haha

Reply

Ainaa Roseberry April 29, 2014 at 4:08 pm

semoga berjaya.. ekekekekekekeke

Reply

Hafizul April 29, 2014 at 4:29 pm

Okeh..saya dah rasa jeles dah ni…teh terik kaw, kurang manis dan buih tebal satuuuuu…haha…mujur gak Jerteh tak ada..hahaha

Reply

suri April 29, 2014 at 10:26 pm

salah satu minuman kesukaan saya ini bila pi kedai heee

Reply

zik April 29, 2014 at 10:27 pm

Amboi ada bakat nih… Hehe.. Bro Teh tarik kurang susu satu!!!

Reply

Ammar April 30, 2014 at 1:12 am

RM25,000 jumlah hadiah? Banyaknya….

Reply

khairul asrol April 30, 2014 at 1:41 am

amboi seronok nampak. haha. lanje teh tarik satu! :P

Reply

azlanvai April 30, 2014 at 7:02 am

Besarnya hadiah..

Reply

akubiomed April 30, 2014 at 12:36 pm

Gaya sudah ada. Kasi tarik tinggi untuk buih lebih. :-)

Reply

maza April 30, 2014 at 2:35 pm

alamak! ini betul2 bikin stand ni.. wakaka
errr…. ada sesiapa yg sanggup minum air teh itu yg ditarik seperti itu… ahaks.. hehehe

Reply

hazman aka species1980 April 30, 2014 at 3:59 pm

Layan nasi berlauk dengan dengan teh tarik baru sempoi …. tapi kalau nak menang mesti kena buat gaya akrobatik kan

Reply

myrujukan April 30, 2014 at 5:19 pm

dah lama x menonton rancangan ni bro, dah bertahun, hehe

Reply

Tehr May 1, 2014 at 12:44 am

pernah gak buat tarik2 ni bila teh terlebih panas
tapi selalunya hasil dapat separuh je
separuh lagi tumpah
hahaha

Reply

DuniaMaklumat May 1, 2014 at 4:18 pm

Penah juga masuk acara teh tarik macam nie, alhamdulilah menang

Reply

KiD May 1, 2014 at 4:30 pm

nak video jugak!! hebat laaah abang hafiz ni… ambe tarik sikit je.. hik3

Reply

titan May 1, 2014 at 9:27 pm

gua tak minat.

gua minat minum aje. haha..

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }