Apr 8, 2011

Tak belajar kat sekolah ke?

Assalamua’laikum.

Moga semuanya sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah jua…ameen

Hari ni, suka saya kongsikan satu pengalaman waktu mendengar khutbat Jumaat tadi.

Begini ceritanya. Setiap kali Jumaat, senario budak-budak bercakap waktu khatib membaca khutbah memang satu pemandangan biasa sekarang. Asal khatib baca khutbah, budak-budak dan geng mula pot pet pot pet. Tadi, ada dua orang budak (dalam linkungan umur 13-14 tahun). Dah tengok mereka asyik berpot pet pot pet, saya yang disebelah, mula kerling sikit. Ingat, budak-budak ni fahamlah. Memang tak makan saman betullah budak-budak ni. Makin Tok Khatib lantang baca khutbah, lagi rancak pula budak-budak ni pot pet pot pet. Tengok pada gaya, macam budak sekolah agama. Tengok lagi, macam dah baligh, tapi…

…agaknya dah bersunat, tapi minda masih lagi belum ‘disunati’.

Dalam kepala, terfikir pula, takkan budak-budak ni tak belajar kat sekolah? Takkan tak diajar oleh mak ayah? atau kurang ajaran? arghhh….hilang fokus pula.

Secara jujurnya, saya memang lemah bab-bab menegur budak-budak bercakap masa khutbah ni. Tak reti nak tegur secara berhikmah. Seingat saya, ramai pak-pak tua, tok-tok bilal yang bila menegur, suaranya lantang, tinggi dan kadang-kadang marah-marah budak-budak sebegini hingga ada yang terkeluar kata-kata seperti “eh, anak-anak kalau nak bising, jangan datang masjidlah…buat pening kepala pakcik jer….” erk…

Dalam saya separa khusyuk mendengar isi khutbah dan fikir cara yang terbaik untuk menegur, datanglah seorang lelaki bersama anaknya yang pakai baju bergambar kartun Car….duduk betul-betul depan saya. Si anaknya (rasanya sama umur dengan dua budak tadi…) diam berteleku disisi ayahnya.

Lelaki tadi mula kerling kebelakang, tepat ke arah dua budak yang rancak bersembang. Lelaki tadi mula kerling berulang kali, tapi budak-budak tu masih lagi buat bodo derk aja. Habis doa pertama dibacakan, lelaki tadi bingkas bangun dan terus menuju ke tempat duduk dua orang budak tadi dan duduk betul-betul dihadapan dan sedikit mengiring mengadap muka mereka.

Tu dia….terus diam seribu bahasa. Tunduk dan terus jadi budak baik. Dalam hati saya, terus terdetik Alhamdulillah, Allah dah tunjukkan satu cara untuk diamkan budak-budak yang suka bersembang waktu khutbah. Memang terdiam terus! Sebaik saja Iqomah berkumandang, lelaki tadi sempat berkhutbah pula pada 2 orang budak tadi. Katanya “adik, lain kali kalau nak cakap juga, tunggu habis Jumaat, boleh tak? Tak baik cakap masa khutbah, takkan tak belajar kat sekolah?”

Boleh tahan nasihat lelaki tadi, cumanya kenapa sekolah yang dikaitkan? Kenapa bukan mak ayahnya? Mungkin dah diajar, tapi tak masuk dalam telinga dan tak meresap dalam hati serta jiwa. Itu saja telahan yang mampu saya fikir.

® hafizmd – dalam kepanasan bermotosikal balik ke rumah, terus teringat masa kami adik-beradik bersalam dengan mak sebelum turun ke masjid. Tiap kali nak ke masjid, mak pesan “…duduk diam-diam, jangan bercakap masa khutbah…”. Kami memang tak berani nak bercakap, sebab kalau bercakap juga…balik nanti akan ada ‘upah istimewa’ untuk kami berempat. ‘Upah’nya sudah tentu dari Abah, tapi yang bestnya walau si abang sulung tak bercakap, dialah yang pertama terima ‘upah’nya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

79 komen setakat ini

  • salam jumaat..
    hee..anak2 mmg btu..sapa bwa anak kecil baik mak/ayahnya..mgtu gelagat mrka..

    yg dh besar lagu tuh plk gee..tak kusyuk nak solat huuu

    • As salam,
      Itulah suri…nak kena ada ilmu juga serba sedikit…bawak anak kecik….kenalah pandai kawal dan cari tempat solat yg sesuai…

      • @hafizmd, klu cerdik lain ctr ni dah dpt kki payah gak nak menjaganya..baik jgan dibawa, lainlah kalu anak2 tu mmg takut dgn mak ayah yag tegas skli tegur dah takot huuu

  • Bagus juga “Brader” tu buat begitu.. Barulah adikt-adik tu faham. Biar jadi pengajaran buat mereka.
    Blogger anif´s berkongsi entri terkininya ..Eh! Sudah 2 Tahun Sekejapnya

    • Terbaik! Pengajaran utk aku juga tu..heee

      • @hafizmd, pengajaran uk saya ada anak kecil heeee..peringatan buat ibu bapa yg punyai anak2 sdkit nakel heeee

    • @anif, mmg terbaik la.. cuma ayat last je kureng sikit.. marah cikgu2 sek..
      Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..Jom Kita Makan

  • alah bisa tegal biasa lh tu bro…kt mana2 pun sama..

    • bab yg alah bisa tegal biasa tu yg aku tak gemar sgt tu bro…hehe

      kalau dibiar, budak2 ni rasa apa yg dia buat tu betul…jadi kenalah kita tegur sekadar yg termampu…setuju tak?

      • @hafizmd, sy setuju heee..ank2 kena gertak skit baru dema takut heee..klu tak menjadi2 mrk ni bt pesta dlm masjid/surau huu

  • rasanya itu adalah kaedah yg bagus sekali kalau jumlah yg bercakap2 tatkala khutubah dibacakan sekadar seorag dua.. kalau ramai2 dan cakapnya kuat2.. ada harapan lagi haru gitew.. heheh

    anyway… it’s a good deed indeed.. hehehe

    dolu2 kat masjid kampung maza… saper budak2 bercakap masa khutubah terus org2 tua bagi upah masa tu juga.. ada kena rotan, kena luku dan kurang juga kena penampor jepun.. hehehheeh

    dan maza akui, maza pernah kena rotan cikgu sbb bercakap kat masjid.. pelan2 pun salah beb, inikan riuh2 gitew.. hahahahha
    Blogger maza´s berkongsi entri terkininya ..Penerbitan buku foto oleh Maza &amp company

    • @maza,
      memang sesuai cara yang digunakan hehehe
      Blogger dnoBiz´s berkongsi entri terkininya ..Cerita Telur Palsu – Best ke kisah Telur Ni…

      • Kena caranya, mmg sesuai dan berhikmah…

    • wah…siap kena upah time tu jugak…hebat2…

      agaknya, boleh lagi ke diamalkan sekarang? maunya jumaat depan, bapak budak yg kena rotan tu dah standby nak rotan balik tukang rotan tadi…huuuuh

  • hmm..tersentak sy membacanya..powerlah pakcik tu..tengok anak dia je boleh duk diam..maknanya ayah dia mmg hebat..itulah kuasa tenungan..budak2 zaman skrg mmg tak makan samanlah..
    Blogger adele´s berkongsi entri terkininya ..Gambar- Keindahan Alam Semulajadi

    • @adele,
      Yup,mmg power tu. Kalau kawe yg buat dengan muka tak macho ni, sure budak 2tu gelak2 je… Kalau Maza buat, lagi la depa tak layan..:D
      Blogger Ismail N´s berkongsi entri terkininya ..Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

      • @Ismail N, haha..wlpun muka tak macho, boleh je buat muka garang ckit..tp nnt balik mesti kutuk2 dri sendiri..

        kalau cik Maza sy rsa mmg tak boleh.. :D
        Blogger adele´s berkongsi entri terkininya ..Aishah RA difitnah dan kini Anwar Ibrahim

        • hehehe…mmg kalau diri dah terbiasa mesra dan senyum…mmg agak sukar nk marah2 ni..hehe

          pssst…adele..jgn, saudara maza kita garang tau… :D

      • @Ismail N,
        tu la risikonya bro…
        bebudak sekarang ni bukan boleh percaya sangat, silap silap kita yang dia sound balik
        Blogger dnoBiz´s berkongsi entri terkininya ..Telur Tiruan – Cara mengenal telur tiruan

        • kalau kena sound balik tu kita jadi panas ni…adui…ringan jer kaki..

      • hehehe…mmg power…aku tgk muka pakcik tu….mmg garang habis…sekali nah..terus duduk depan2 ni…akupun kecut..huuu

        pssst…dua2 ni penyenyum orangnya…susah nak marah2 ni.. :D

    • itulah…mmg nampak ‘berjurus’ benar anak dia…

      sekarang, kena bertindak berserta mulut sekali…kalau dulu, tenungpun dah takut…ermmm…takde aura agaknya??

  • Aku respek mak dengan bapa kau Fiz…,
    sekarang ni silap silap kalau iman tegur mesti Imam tu yang kena maki nga mak bapak bebudak sekarang
    Blogger dnoBiz´s berkongsi entri terkininya ..Gambaran kiamat menurut Al-Quran

    • Alhamdulillah…

      Memang banyak spy mak ayah ni…kalau tak betul..mmg kena tambah lagi adalah…huuhuhu

  • ada lagi yang lebih sedih
    orang tua2 juga ada yang cakap2, bertanya khabar masa khutbah
    budak2 pula yang lihat
    memang kacau!
    Blogger tehr´s berkongsi entri terkininya ..Bertemu Rakan Blogger

    • Ini memang kacau…tua patutnya tunjuk contoh baik…mintak jauhlah..

  • hahaha…ayat terakhir entri yang best tu … ‘tapi yang bestnya walau si abang sulung tak bercakap, dialah yang pertama terima ‘upah’nya!’… adik2nya mesti seronok sebab abang juga kena … hahahha (ni kes naya ni) … agaknya bawa rotan gi masjid ok juga kot ?… sebagai gimik je … untuk kebaikan …
    Blogger benjy´s berkongsi entri terkininya ..PERTARUNGAN DENGAN GERGASI BATU

    • @benjy,
      jangan nanti abang sulung balas dendam lak heheheh
      Blogger dnoBiz´s berkongsi entri terkininya ..Hadiah misteri – bungkusan Istimewa dari Johor

      • @dnoBiz, adakah dendam itu suda terbalas ? … kakakakakaka
        Blogger benjy´s berkongsi entri terkininya ..PERTARUNGAN DENGAN GERGASI BATU

        • waa…dendam tak baik wooo..keh3

      • Takde2….abg sulung mmg yg terbaik!

        Sentiasa ada di sisi teman adik2…kena cubitpun…redha jer..

    • hehe…biasa bro…mmg abang sulung selalu kena kalau adik bergaduh ke, berebut ke..mmg dia yg kena dulu…

      Ironinya, ini sbgai satu didikan utk menjadikan yg lebih tua supaya lebih bertanggungjawab…dan ianya BERJAYA!

      pssst…bawak rotan ek…fuhh…mmg budak2 duduk jauh2 ler gamaknya…hehe

  • Assalaamu`alaikum saudara hafiz,
    saya sependapat dengan awak, kenapalah agaknya bebanan dan tanggungjawab mengajar diserahkan secara total kepada guru sekolah? Sedang guru sekolah itu sebenarnya cuma tidak lebih kepada membantu ‘ketidakupayaan’ ibu bapa mengajar anak-anak dari segi akademik. Ibu-bapa seharusnya peka dan ambil tahu mengenai perkembangan mental dan emosi anak sendiri. Kerana mereka yang lebih arif kaedah yang sesuai untuk mendidik anak masing-masing.

    Satu yang jelas proses pembelajaran sebenarnya bermula dari rumah! Sekiranya asas pembelajaran di rumah tidak kukuh, maka proses yang sama akan menjadi lebih sukar di sekolah.

    Yang peliknya, bila cikgu menggunakan kaedah pengajarannya, ibu bapa pula yang tak puas hati. Saman cikgu itu, saman cikgu ini. Kalau boleh semua cikgu yang ada di Malaysia yang salah, anaknya yang paling betul.
    Blogger Mama Murai´s berkongsi entri terkininya ..Perempuan melayu

    • Waa’laikumussalam MM,
      Itulah yg peliknya. Terma ‘ketidakupayaan’ ibubapa mmg kena sgt…nak kena peringat diri sendiri ni…tak nak anak2 membesar dgn tgn2 orang lain…insyaAllah

      Zaman sekarang, cabarannya mmg lebih hebat dan besar utk mendidik anak2…insyaAllah, asas agama yg kukuh paling utama sbgai benteng utk anak2 kita…

      Bab yg cikgu kena saman tu, mmg mak ayah seolah2 ‘hilang mata hati’…asyik nak menangkan anak…wanau’zubillah

      pssst….terima kasih Mama Murai atas pandangan dan idea.. :D

  • abang sulong sebagai ketua, memang dia akan kena dulu, begitu juga dengan semua pemimpin, tak kena di dunia, kena di berhadapan dengan-Nya kelak..

    hm tu budak sekolah harian ke?kalau budak sekolah asrama, lain kisahnya..teringat TE dulu..asal khutbah je semua ‘hilang’ kepala..sampai menunduk ke lantai masjid..ngantok sangat gamaknya..

    tapi bila dah habis sekolah, perubahan tak disangka berlaku, mata segar dan agak sukar utk terlelap lagi, penat belajar dulu kot haha
    Blogger tengkorak emas´s berkongsi entri terkininya ..Sambungan- Formula penyelesaian masalah

    • hahaha…dari segi pakaian, macam sekolah agama…itulah bro..tp jenis yg hilang kepala ni biasanya yg duduk asrama…masa khutbahlah masa yg paling ditunggu utk lentok…hoooo

      pssst…terbaik…pemimpin akan ditanya dulu…

  • Entry yang cukup bermakna,lazimnya inilah rutin setiap kali sembahyang jumaat bagi budak2 ataupun yang dewasa ,selalunya bunyi pot pet ne hanya boleh didengari di barisan belakang sekali atau berhampiran koridor masjid.
    Blogger Razlan´s berkongsi entri terkininya ..Contoh Resume

    • Kalau budak2 belum akhil baligh oklah…kalau bapak budakpun bising, nak kena sunat sekali lagi ni..hehe

      • @hafizmd, sunat haa…bukn bako..boko..
        ce ceter..ce ceter dah sunat 2 kali apa akn jadi? isyh..isyh…

  • budak-budak sekarang memang kena tegur depan-depan…kalau sekadar pandang macam tu memang tak keman dia…
    dia buat tak tahu jer la..
    ntahla, nak salah kan mak ayah diorang 100% pun tak boleh sebab ada diantaranya pengaruh dari rakan-rakan…
    Blogger nizam´s berkongsi entri terkininya ..Ayam Ke Daging Sedap

    • Mungkin juga bro…kadang2, kat rumah pendiam…tp jumpa kawan2…terus agresif…mungkin nk tunjuk hebat atau nak lepas geram…huuu

  • hehehehe, TERdiam budak2 tu. Skang ni nak ajar budak2 dah takleh nasihat. Dah kena bertindak terus baru akan ikut…… MCm story hafiz tadi, dah DITINDAK baru terdiam. hehe
    Blogger bEe´s berkongsi entri terkininya ..Pernikahan Kris Dayanti

    • Betul3…itu beza antara lelaki tadi dgn saya…saya takde idea dan tak berani nak buat…akhirnya Allah tunjukkan jalan..

      Budak2 sekarang terlampau berani..

      • @hafizmd, ank sekrg licahnya bukan main jika d bezakan dgn anak2 dulu2..

        entah apa salah d beri kna ker? heee

  • apa yang salah..
    harus ditegur…
    Blogger mie´s berkongsi entri terkininya ..Petronas Malaysia Grand Prix F1 2011

    • Betul…cuma antara kuat atau tidak utk menegur…itu saja..huhu

  • kalau budak yang dah umur 13-14, memang patut ditegur…dah besar tuh

    • Memang dah besar panjang sangat dah bro…aku pun heran juga…jauh bebenor dgn budak2 zaman dulu2…

  • Kalau budak2 dulu xdelah sampai macam ni.. Dulu kalau dengar kutbah kusyuk sampai alam lain…hu3
    Blogger decrewz´s berkongsi entri terkininya ..Ku Kembali Dengan Orang Baru

    • hehehe..itu dulu2 bro…banyak juga mulut, tapi pandai cari port nak sembang…ini masa khutbahpun nak sembang…lempang baru tau…hehe

      • @hafizmd, Agaknya didkan tu kurang atau langsung xde.. Kalau ikutkan, Nabi sendiri pantang kalau sesiapa yang berbual hal dunia dalam masjid..
        Blogger decrewz´s berkongsi entri terkininya ..Cara Tukar Permalink Tanpa Hilang Traffik

        • erm…tpi sekrang, berapa ramai manusia yg berbual hal dunia dalam masjid, malah ada yg tak reti menjaga lidah…setuju?

  • Dia dah takde isea nak kaitkan dengan apa kot?
    Blogger Sabahan Bloggers Club´s berkongsi entri terkininya ..We are back

    • Mungkin juga. Paling tidak, nak tak nak, guru2 dibebankan dengan bebanan yg makin bertambah….kena usaha lebih kuatlah pendidik2 semua… :D

  • salam bro hafiz,
    pertama kali singgah.
    cerita yang menarik. kat mana-mana masjid, kalau ada budak, jarang tak bising. Dekat masjid kat gombak, ada sorang tu siap baca rotan. kalau ada sesiapa yang bising-bising dia buat-buat nak sebat. tau takutnya budak tu

    • As salam shamizu,
      Ni kat gombak kat masjid mana bro? Kalau dah rotan kat tangan, kalau bising jugak, kasi libas saja…hehe

      psst…terima kasih singgah :D

  • harap2 teguran itu dapat diingati oleh kanak2 itu sampai mereka dewasa..tentunya mereka akan berterima kasih dikemudian hari…
    Blogger Nadri´s berkongsi entri terkininya ..10 Jenama Kegemaran Rakyat Malaysia 2011

    • insyaAllah…harapnya camtulah..

      kalau tak tegur, bermakna kita seolah2 merelakan perkara2 camni utk terus berlaku..

  • oh anak2 degarlah kata2 kami…jgn jadi budk derhaka kata org2 tua dri mu heeee

    • kata orang….org tua dihormati..yg muda disayangi..betul tak suri?

  • hilang khusyuk aku nak dengar khutbah jumaat, sapa suruh datang lambat, dah duduk belakang… port budak2 sembang ntah aper tah… budak2 nie kena da yang pantau.. kalau tak susah… nak marah on the psot, kang sia2 lah pahala sembahyang jumaat tuan2..
    Blogger zik´s berkongsi entri terkininya ..Mustahil hidup tanpa hutang

    • betul tu zik…tp ada juga budak2 ni yg tak duduk belakang…tp still cakap2 masa khutbah….tu yg hangin tu..

      kalau tegur masa khutbah…hilanglah pahala jumaat tuan tuan semua…huuu

  • Salam hafiz,
    Nak tegur golongan budak2 ni pun kena dengan cara berhikmah baru teguran itu meresap dlm jiwa mereka.
    Kadang2 ibu bapa sendiri terlepas pandang dalam menasihati perkara yg seremeh ini. Untung ada ibubapa yg prihatin spt parent kamu.Akhirnya cikgu2 di sekolah dipersalahkan pula krn tidak mberi ajaran sewajarnya..huhu
    Blogger mekar´s berkongsi entri terkininya ..6 Makanan Boleh Turunkan Kolestrol

    • As salam kak,
      Betul tu. Memang kena ada cara, lebih2 lagi zmn budak2 sekarang yg pandai2 belaka…

      Moga anak2 kita semua dididik dgn akhlak yg baik…insyaAllah…

      Jgn pula salahkan guru kalau anak2 kita tak menjadi sepertimana yg kita harapkan.. :D

  • budak-budak memang macam tu, nakal sikit. walau dah diajar oleh cikgu atau ibu bapa ada juga yang masih berdegil. kalau kene cara insyaAllah boleh aasi masalah ni
    Blogger nasslimdiet2´s berkongsi entri terkininya ..Pelancaran produk Sleep Time di Malaysia

  • Dulu guru sekolah agama saya bila ke masjid untuk sembahyang jumaat, dia mesti pegang rotan. Mana2 pelajar dia yg dia nampak bising, abis semuanya dia sebat. Hari isnin baru dia khutbahkan budak tu. Jadi tau la siapa yg terjal sangat kat masjid
    Blogger Norasikin´s berkongsi entri terkininya ..Resepi Mi Hong Kong

    • @Norasikin, rotan mmg jadi pilihan utama…tp tu dulu kak…sekarang, boleh lagi ke ustaz2 rotan anak murid? silap2, ustaz tu yg kena rotan balik ngn mak bapak…

      biasa juga buat camni masa duduk asrama…sapa bising masa jumaat, perhimpunan pagi ahad naik pentas…tak pasal glamer :D

  • hehe, untung jadi anak sulung ni. Semuanya dia merasa dulu..
    Blogger titan´s berkongsi entri terkininya ..Komisen kedua dari PanduanDplicom

  • masa baca, igtkan abang yg tegur tu guru besar sekolah dorang, tu yg terdiam masa die duduk.. hahaa..

    moga budak2 sekolah + bapak budak yg lain tak amalkan bising masa jumaat ni..

    de juga, kaum hawa yg bising dlm surau, perkara biasa, tpi dulu di sekolah diajar jgn bising di tempat beribadat..
    Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..Jom Kita Makan

    • @fiezaradzi, bukan2, kalau dia guru besar..malulah…hehe.. (sekali anak murid sendri daaa…)

      kalau bapak budak yg bising…mmg tak tahu nk cakap apa dah…

      ada jugak kaum hawa suka cakap2 ni, tapi kat surau tu mmg biasa sangat dah…
      Blogger hafizmd´s berkongsi entri terkininya ..Orang kita yang suka buat…

  • anak sulung aku agak hiperaktif. kat mana2 pun dia akan aktif. tapi, bila aku bawak dia soalt jumaat. dia akan senyap dari mula masuk masjid sampailah imam hbs baca doa.

    walaupun ada budak2 lain yg bising..dia masih kontrol macho. sbb daripada dulu lagi aku dah bgtau, masa orang solat jgn bising2.

    kadang2 tu biasa juga aku tgk orang tua yg sibuk berbual2 masa khutbah. baru2 ni ada sorang tu dah tua sangat, aku ingat maybe dah smp tahap dah ‘kurang’.
    Blogger Ladfe Amir´s berkongsi entri terkininya ..Sony Ericsson Xperia Arc Mengecewakan

    • alhamdulillah…bagus bro! tahniah..

      eloknya camtulah…moga akupun dapat ajar anak2 aku adab2 camtu…ameen

      pssst…nak kena siku pakcik2 ni…malu jer..heeeeh

  • Bukan budak-budak sahaja, orang dewasa pun kadang-kadang ada yang macam tu lagi-lagi yang duk baris-baris belakang atau luar.
    Blogger Pemerhati Dunia´s berkongsi entri terkininya ..Untukmu Wanita – Pengajaran Dari Semalu

    • Betul…ada yg lebih syok lepak kat belakang, takpun kat garaj…buat khutbah sendiri…aduhai

      • @hafizmd, dema takat nama g solat tapi bt dosa tak dgr khutubah ,,

        takat nt nama blh le heeee

  • kene berani klu tak mmg dema naik hantu hee…

    klu kena dgn ayah saya mau dema terkejut ek..sb ayah garang..heeee

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri