Coretan I’dul Adha 1432H
Assalamua’laikum.
Lama sungguh merehatkan tangan, namun tidak sesekali melepaskan ruang dan peluang untuk menjengah teratak rakan-rakan blogger bila berkelapangan. Alhamdulillah, I’dul Adha dahpun berlalu. Bagi rakan-rakan yang melakukan ibadah korban, moga mendapat rahmat Allah jua. Walau aku tidak melakukan ibadah korban tahun ni, tak beerti tiada apa yang boleh ‘dikorbankan’.
Sesungguhnya, intipati kepatuhan Nabi Ibrahim, ketaatan anaknya Nabi Ismail dan kesetiaan zaujah tercinta Siti Hajar boleh kita jadikan panduan dan dorongan untuk sentiasa bersedia berkorban apa saja demi Ar-Rahman.
Kebiasaannya, tiap kali raya (tak kira raya puasa@korban), kami sekeluarga pasti balik kampung (ikut giliran :D). Tahun ni, perjalanan pulang ke Terengganu lebih menarik. Mana taknya, demi memenuhi permintaan Kakak (anak sulung), kami sepakat untuk pulang beraya menaiki bas ekspress. Dalam hati, bagus juga, dapat didik anak-anak untuk tidak selalu berasa ‘selesa’ dengan apa yang ada selain melihat keindahan alam ciptaan Allah.
Perjalanan pulang pada hari Sabtu (tiket pukul 12.30 tengahari) memang agak memenatkan. Deretan kereta bermula sebelum tol Gombak, bersambung pula ke Bentong-Karak dan akhirnya selesa menuju lebuhraya Pantai Timur. Kebiasaan perjalanan 6 jam, sudahnya menjadi hampir 9 jam. Sedikit penat tapi cukup mengukir senyuman di bibir Kakak. Best katanya!
Namun, dalam kegembiraan meniti I’dul Adha…kenangan melakukan sembelihan bersama arwah Abah memang tak dapat dilupakan. Kegembiraan melapah daging, keceriaan makan bersama (sementelah bagi kami yang duduk berjauhan), kegembiraan bertakbir bersama. Ini semua membuatkan kami cukup merindui arwah Abah (adui…mata dah mula nak berair pulak dah…).
Akhirnya, I’dul Adha kali ni memang cukup lain. Walau kami semua (adik-beradik, ipar duai) zahirnya nampak gembira, tapi dapat dirasai ada ruang kerinduan yang amat terutamanya seusai solat Maghrib malam raya. Ibu tercinta menekup muka, menyembunyi kerinduan pada arwah Abah namun masih jelas titisan air mata di pipi Ibu.
Pagi raya, aku bertakbir di surau yang sama, tempat terakhir aku bersama arwah Abah menunaikan solat I’dul Fitri yang lalu. Tak terbayang kerinduan ini. Sesungguhnya, kepatuhan Nabi Ibrahim dan ketaatan Nabi Ismail tiada tolak bandingnya!
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd!
® hafizmd – moga rakan-rakan sentiasa sihat dan ceria
Kerinduan kepada insan tersayang yang telah meninggalkan kita tentunya lebih terasa apabila tiba aidil fitri/aidil adha.. Allahuakbar
Alahai sebak pula di dada bila baca entri hafiz ni …
Alahi … baca entri ni rasa sayu pula b3njy … macam nak balik kampung hari ni juga …. aduiii ! … sesekali anak2 terasa susah bagus juga agar mereka sedar bahawa apa yang mereka rasa hari ini adalah atas usaha dan kesusahan pada masa silam …
doakan yg terbaik utk arwah ayah bro..yg pergi ttp pergi..yg ada kita hargai..gunakan kesempatan yg ada utk mencurahkan kasih sayang sepenuhnya..
selamat hari raya 🙂
bila si ibu menangisi kerinduan tatkala teringatkan si suami yang telah pergi menghadap Allah swt, anak2 la yang menjadi pengubat dan penawar kerinduan tu 🙂
tul tu. nasib baik ada anak ramai yang meneman.. lau tak, lagi sedih hati ibu kot..
huhu…itulah.ok jugak ada adik2
Tentu rinduan amat sangat kehilangan beliau akan dirasai. Doakan agar beliau tenang di sana.
sebak pula baca entri ni…
semoga arwah abah hafizmohd berada di sisi orang beriman di sana…
al-fatihah…
berkorban apa sahaja.. 🙂
demi keluarga tercinta dan DIA Yang Maha Kuasa 😀
sedih la pulak baca… huhu.. sabar ek.. moga roh arwah abah tenang di sana.. insyaallah.. ameen..
mmg terasa pun, wpun semua senyap tak kata apa2..
yg pergi, tetap pergi, yg ada tambahkan amalan utk bekalan sebelum pergi..
ameen ya Rabbal A’lamin
kdg2 terbuai dek kerna rindu pada arwah
9 jam perjalanan mmg memenatkan bro…tp x pe la…janji dapat balik kampung dah bersyukur sangat2…yang penting dpt berjumpa ibu tercinta…btw kita sama2 kehilangan ayah..memula tu terasa perit jugak…akhirnya kita akan dpt menerima kenyataan yg tuhan lbh sayangkan mereka…semoga arwah mereka ditempatkan dikalangan insan2 yg solehh…aminn.
Mmg agak penat, sbb dah lama tak travel ngn bas, kalau zaman belajar2 dulu…mmg biasa sangatlah…lagipun sorang2 jer…hehe
Itulah bro, Allah lebih sayangkan mereka…moga mereka ditempatkan dikalangan mereka yg beriman…ameen
Hehe..gilir2 mcm tu kan seronok..hehe..tahun ni raya mana bro?
tahun ni belum decide muktamad lagi…hohoho