Belajar Asas Al-Quran dengan Iqra’ Bina

- 9 October 2015Agama

Al-Quran. Nak belajar asas Al-Quran? InsyaAllah, dengan Iqra’ Bina proses pembelajaran jadi lebih mudah dan menyeronokkan. Teringat masa saya budak-budak dulu, antara perkara pertama yang diajar ialah huruf hijaiyyah. Dah kenal huruf hijaiyyah, barulah boleh mulakan dengan huruf berbaris atas, bawah, depan dan seterusnya. Dah kenal baris-baris tu semua, barulah naik kelas sikit, belajar ilmu tajwid dan seterusnya. Sesungguhnya belajar asas ilmu baca Al-Quran adalah pembelajaran sepanjang hayat.

Itu cara saya belajar Al-Quran dulu-dulu. Zaman sekarang anak-anak kita kebanyakannya dihantar ke kelas Al-Quran seperti kelas kelas KAFA. Cuma satu soalan yang wajar kita tanya diri masing-masing sebagai ibubapa. Adakah kita letakkan bulat-bulat 100% tanggungjawab untuk mengajar Al-Quran kepada para ustaz di sekolah? Bagaimana tanggungjawab kita di rumah dalam melahirkan anak-anak yang celik Al-Quran? Adakah kita lebih rela biarkan anak-anak celik IT berbanding celik Al-Quran? Kita sanggup belikan gajet untuk anak-anak, tapi kita tidak sanggup untuk korbankan sedikit wang ringgit untuk kita menampung kekurangan kita yang tidak mampu mengajar anak-anak. Kita kadang-kadang berkira untuk belikan buku, atau apa-apa alat bantuan untuk mengukuhkan anak untuk belajar asas Al-Quran. Betulkah apa tindakan kita selama ini? Tepuk dada, tanya diri kita masing-masing.

ajar anak asas al-quran mudah cepat

Terlambatkah kita untuk belajar asas Al-Quran?

Dalam menuntut ilmu, tiada istilah terlambat. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak kita. Anak-anak kita seawal usia 2-3 tahun sudah mulai boleh mengenal asas-asas huruf hijaiyyah. Inilah saat dan ketikanya untuk kita kenalkan mereka dengan Al-Quran. Lupakan lagu-lagu yang melalaikan. Itu mereka akan belajar sendiri. Al-Quran, kita perlu dedahkan. Kita perlu pupuk dengan cara yang tepat.

Zaman sekarang, anak-anak membesar dengan teknologi. Ke mana saja mereka pergi, teknologi sentiasa mengelilingi mereka. Untuk lebih menarik minat anak-anak belajar Al-Quran, kita boleh lihat sendiri, pelbagai kaedah diperkenal. Pelbagai kaedah belajar asas Al-Quran yang ada. Antara kaedah pembelajaran asas Al-Quran yang bagus ialah Iqra’ Bina.

Belajar Asas Al-Quran dengan Iqra’ Bina

Iqra’ Bina adalah gabungan 10 buah set buku dengan qalam bersuara. Dengan adanya program ini, anak-anak kita boleh gunakan untuk memperkukuh asas-asas Al-Quran dengan lebih baik. Ianya ibarat ulangkaji untuk anak-anak kita. Habis kelas di sekolah, program Qalam bersuara daripada Iqra’ Bina ini mampu untuk membantu anak-anak kita untuk memperbetul cara sebutan huruf hijaiyyah. Jom kita tengok dulu, apa 10 set buku yang ada dalam Iqra’ Bina.

  1. Buku 1 – Mengenal dan menyebut huruf hijaiyyah (Bahagian 1)
  2. Buku 2 – Mengenal dan menyebut huruf hijaiyyah (Bahagian 2)
  3. Buku 3 – Mengenal dan menyebut huruf hijaiyyah (Bahagian 3)
  4. Buku 4 – Rumusan Tajwid
  5. Buku 5 – Panduan bertarranum secara Murattal
  6. Buku 6 – Riwayat Hafs An Asim dan Toriq Syatibiyah
  7. Buku 7 – Terjemahan surah-surah pilihan
  8. Buku 8 – Asas tarannum
  9. Buku 9 – Panduan khatam Al Quran
  10. Buku 10 – Surah Yassin dan terjemahan

3 buku pertama menitikberatkan penguasaan dan pengukuhan huruf hijaiyyah. Sebutan yang betul dan tepat amatlah penting. Salah sebutan makhraj huruf, bacaan Al-fatihah kita pun boleh salah. Contohnya, ramai yang tertukar sebutan huruf tha dan sin. Bacaan al-Fatihah adalah rukun sah solat. Nampak tak betapa pentingnya ketepatan asas menyebut huruf hijaiyyah?

Peringkat kedua pula adalah pengenalan kepada hukum tajwid. Penguasaan dan pengukuhan hukum tajwid ditekankan lebih lanjut dalam buku 4. Untuk memudahkan anak-anak menyemak, suara bacaan Al-Quran mereka boleh dirakam dan diulang kembali untuk semakan. Menarik dan pastinya menyeronokkan. Betul tak?

Belajar asas tarannum Al-Quran dengan Qalam Bersuara Iqra’ Bina

Ini juga antara yang menarik dalam pakej belajar asas Al-Quran Iqra’ Bina. Dengan pimpinan oleh johan Qari Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan tahun 2000 dan 2004 iaitu Ustaz Tuan Haji Radzi bin Kamarul Hailan, pembelajaran tarannum dengan beliau pasti mengujakan. Anda kena tengok video di bawah, bagaimana Ustaz mengajar ilmu tarannum dengan cukup menarik dan menyeronokkan. InsyaAllah bolehlah melagukan bacaan Al-Quran dengan lebih berseni dan sedap dengan tarannum yang tepat.

 

Anak-anak semakin seronok belajar Al-Quran!

testimoni-asas-alquran-iqra-bina Selain kebaikan untuk anak-anak kita, ianya juga sesuai dijadikan alat bantu mengajar kepada guru-guru sekolah. Selain itu, program belajar asas Al-Quran Iqra’ Bina juga sesuai untuk

  • Kanak-kanak seawal 2 tahun.
  • Kanak-kanak di prasekolah dan tadika.
  • Kanak-kanak di sekolah rendah.
  • Pelajar sekolah menengah.
  • Pelajar IPT dan maahad tahfiz.
  • Para imam masjid dan surau.
  • Guru j-Qaf dan KAFA.
  • Ibu bapa.
  • Mualaf.

Apa lagi yang lebih menyenangkan hati mendamaikan jiwa menyejukkan mata selain dapat melihat dan mendengar anak-anak kita lancar sebutannya, tepat makhrajnya dan lebih seronok jika bacaan Al-Quran anak-anak berseni tarannum. Sejuk perut ibu mengandung.

Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej lengkap ini, sila hubungi talian berikut:

Tel/SMS/WhatsApp: 0132519071 / 0195711985
Laman web: http://www.iqrabina.com
Instagram: Iqra’ Bina Instagram
Facebook: Iqra’ Bina Official
Alamat: Iqra’ Bina, No 12A & 12A-1, Jln Rampai Niaga 2, Rampai Business Park 53300 Kuala Lumpur

Berminat untuk menjadi agen program Iqra’ Bina?

Pihak Iqra’ Bina juga menawarkan anda untuk menjadi sebahagian dari wakil mereka untuk menyebarluaskan program belajar asas Al-Quran ini. Anda boleh hubungi nombor talian di atas.

Akhirnya, dalam melalui cabaran membesarkan anak-anak di zaman ini, saya yang juga miliki 3 anak merasai betapa besar cabaran dan dugaannya. Dengan adanya program-program dan alat bantu belajar dan mengajar seperti ini sedikit sebanyak membantu anak-anak kita mengenal Al-Quran dengan lebih seronok, interaktif, cepat dan berkesan. InsyaAllah.

{ 15 comments… read them below or add one }

app toko October 20, 2015 at 2:37 pm

wah teknik atau metode pembelajaran yang bagus..mudah-mudahan anak kita bisa cepet bisa membaca Alquran

Reply

suri October 20, 2015 at 2:47 pm

salam..

syukur dalam keluarga kita ada ambil bahagian dalam hal akhirat ini.sahama memang cukup tinggi.

p/s:admin dan isteri apa khbar lama dok menyepi yer hee.. bila nak buka table ini heee..

Reply

Hafizul October 20, 2015 at 3:03 pm

Terbaiklah boh..ini yang perlu kita carikan buat anak-anak.. tambahan pula, kita sebagai ibu bapa harus peka dalam bab agama ni..

Reply

huda October 23, 2015 at 2:42 am

pembelajaran AQ ni tak boleh putus, dari kecik, remaja, dewasa, kawin, ade anak, bercucu wajib kite beral-quran…

Reply

Ikhwan October 25, 2015 at 2:08 pm

semakin mudah untuk beribadah dengan bantuan teknologi :)

Reply

detikbola October 26, 2015 at 5:55 am

mantaap betul nih articel ..
post terus tak tunggu

Reply

titan November 1, 2015 at 9:48 pm

hoho..

lambat lagi nak ajar anak aku baca muqadam nih..

Reply

Hafizmd November 3, 2015 at 8:27 pm

hohoho..dah boleh mula dah ko bacakan kat dia..

Reply

jasa aplikasi android November 7, 2015 at 3:29 pm

betul sekali ajarkan sejak dini anak belajar alquran..thanks untuk infonya

Reply

musadun November 28, 2015 at 6:36 pm

sekarang ni dah banyak alternatif untuk kita belajar al-quran.tiada alasan lagi tak tahu baca.

Reply

mahi December 23, 2015 at 6:29 am

Ma sha Allah its really good to know about this that it is so easy to learn Quran with this type of technology thnks for this information spread it more and more i will also

Reply

Ira June 28, 2017 at 12:19 pm

Terapkan dari kecil mnat membaca dlam diri ank2 ..mcm2 alternatif dah skrg ni ..

Reply

Hafizmd July 22, 2017 at 11:10 pm

InsyaAllah. Itu yg terbaik, melentur buluh dr rebungnya.

Reply

thehaikal July 31, 2017 at 1:35 pm

memang sedang mencari rujukan terbaik untuk mengajar anak mengaji..kalau guna kaedah biasa dia mudah bosan..huhu

Reply

sewa mobil palembang September 10, 2017 at 4:25 pm

Terobosan baru dan merupakan inovasi belajar quran di era digital masa kini, anak tidak mudah bosan ya bang!!

Reply

Leave a Comment