Rebut Hikmah Ramadhan & Selamat Berpuasa!
Assalamua’laikum. Ramadhan al-Mubarak. Bulan tarbiyyah menjadi manusia yang sebenar-benar manusia. Menunduk nafsu mazzumah yang sentiasa mengajak kita menentang Yang Maha Esa.
Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, dah sampai bulan Ramadhan 2014. Rasa macam baru jer kita puasa, tapi itu tahun lepas. Alhamdulillah. Itu maknanya kita masih diberi peluang untuk mencari keberkatan yang Allah kurniakan dalam bulan Ramadhan kali ni. Kalau bukan tahun ini kita rebut segala kebaikan dan kelebihan yang ada, tahun depan belum tentu kita masih lagi dipinjamkan usia.
9 Keistimewaan Bulan Ramadhan
Dapatkan jadual waktu imsak dan berbuka puasa Malaysia 1435H/2014M.
Saya pernah kongsikan keistimewaan dan kelebihan/hikmah yang ada dalam bulan Ramadhan.
Antaranya ialah;
- Saiyidus Syuhur (penghulu sekalian bulan): Kenapa penghulu? Kerana dalam bulan ini saja kita akan berpuasa sebulan tanpa henti, berpeluang untuk solat terawih, adanya zakat fitrah, Lailatul-qadar, nuzul Al-Quran, tadarus Al-Quran, kelebihan bersedekah yang berlipat kali ganda, qiamullail, iktikaf dsb. Bulan lain boleh solat terawih?
- Syahrul Syiam (bulan puasa): Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan ibarat kursus persediaan jangka pendek untuk persiapan masa jangka panjang. Bukan setakat kita puasa nafsu perut, malah nafsu mulut yang suka mengata dan bercerita aib orang, nafsu tangan menulis fitnah, semuanya perlu kita didik untuk menjadi manusia yang lebih baik. Contohnya mudah saja, kalau kita masih lagi berbelanja besar di bazar, itu petandanya kita masih gagal mendidik salah satu nafsu kita. Bagaimana kita?
Baca lagi 7 kelebihan bulan Ramadhan di entri ini ; 9 Kelebihan Bulan Ramadhan dan juga entri; Servis Diri Sempena Ramadhan.
Saya tertarik juga dengan status Ustaz Dr. Zaharuddin di laman FB beliau. Saya kongsikan status beliau di bawah;
Antara yang menjadi perhatian ialah kesilapan kita menganggap waktu imsak sebagai lampu merah untuk sahur. Ada yang salah faham bahawa jika masih makan pada waktu sahur boleh membatalkan puasa. Salah tu. Ini antara intipati yang UZAR cuba sampaikan.
Akhir kata, salam Ramadhan untuk rakan-rakan blogger dan pengunjung blog hafizmohd.com. Semoga kita berusaha untuk mencari redha Allah dalam menjalani ibadah puasa. Ameen.
selamat menyambut ramadhan..ayat akhir tu saya kompius sikit..”makan waktu SAHUR” ke atauy “makan waktu IMSAK” yang membatalkan puasa ??
Salaam Ramadhan Bro,
Moga-moga kita semua mendapat ganjaran berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini. InsyaAllah
Salam Ramadhan, moga Ramadhan kali ini, kita lebih produktif. 🙂
Selamat menyambut ramadhan bro dan semua pengunjung. jom kita rebut hikmah puasa.
salam Ramadhan Al-Mubarak
perkongsian yang cukup bagus sebagai peringatan untuk saya
Semoga yang samar-samar telah jadi lebih terang.. Peringatan dan panduan buat semua.
Semoga Ramadan tahun ini dapat beramal lebih banyak drp tahun-tahun lepas…
info yang sangat bagus. terima kasih.
Selamat berpuasa bro..Bila nak jemput berbuka puasa ni? Hehehe…
Terima kasih di atas perkongsian info… Semoga berjaya menambahkan amal ibadah sepanjang sebulan berpuasa di Bulan Ramadhan..
Salam Ramadhan ^_^ terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat..
Salam Ramadhan Hafiz! Tq atas perkongsian dari UZAR ni 🙂
perkongsian yang menarik..lpas ni kena pertingkatkan mutu puasa 🙂
Ya..
selamat berpuasa.
Jangan lupa makan cendol. hoho
thorrbaikk!
Selamat berpuasa bro..terima kasih…nasihat yang paling berguna..hehe..
salam Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa
perkongsian yang sangat bagus. terima kasih.
salam ramadhan dan selamat berpuasa
ramadhan kareem buat tuan hafiz.moga masih tak terlambat.semoga amalan kita di bulan Ramadhan di terima oleh nya…ameenn…
Salaam Ramadhan ..
perkongsian yang menarik di bulan yang mulia ni.. tq
Selamat berpuasa 6 hehe
Point no.15 sangat sering terjadi,
Penghulu segala bulan akan datang minggu depan, semoga semakin rajin la kita mendekatkan diri kepada Pencipta