Live Streaming Sarawak vs JDT & Selangor vs PKNS Juara Liga Super 2014?
Assalamua’laikum. Live Streaming Sarawak vs JDT & Selangor vs PKNS Juara Liga Super 2014? Selangor atau JDT juara Liga Super 2014? Perlawanan terakhir malam ni menentukan Juara Liga Super. Hanya 1 mata membezakan antara JDT dan Selangor! Cukup menarik.
KEPUTUSAN TERKINi:
- Selangor 1 vs PKNS 0
- Sarawak 0 vs JDT 0
- Kelantan 2 vs Terengganu 0

Live streaming Liga Super 25 Jun
1. Sila layan live streaming di bawah kalau tak sempat layan di Astro Arena!
2. Mungkin ramai yang jangka Selangor akan dapat “laluan mudah” untuk menang malam ni sebab lawan pasukan ‘adik’ sendiri untuk membolehkan Selangor mencabar kejuaraan Liga Super 2014!
3. Apapun boleh berlaku malam ni. Beza 1 mata antara JDT dan Selangor memang cukup menarik dan mendebarkan! Ambe memang seronok cuma tak sempat nak tulis banyak macam biasa…hohohoho
4. JDT kalau jadi juara Liga Super 2014, akan jadi wakil Malaysia dalam Piala AFC musim depan. Tak mustahil kalau menjadi kenyataan, kita mungkin dapat melihat kelibat Didier Drogba musim depan!
Terengganu perlu diubah!
5. Ada sikit kecewa dengan prestasi yo-yo pasukan Terengganu. Pusingan pertama pertahanan cukup bagus, sayangnya pusingan kedua bahagian semuanya nampak tak menjadi. Paling kecewa tengok barisan penyerang import yang ambe kira, memang wajar dicari lain musim depan!!! Bikana sila stay di Terengganu yer.
6. Akhirnya, teruskan menyokong pasukan masing-masing sampai ke penghabisan. Kalah menang adatlah, tapi jangan kita sokong masa menang jer, masa kalah kutuk kaw-kaw! Itu bukan penyokong sejati.
Bertemu lagi musim depan. Moga-moga ambe lebih rajin untuk update blog yang dah mula kurang kasih sayang ni…hahahhaa
tahniah terengganu menang. Leh kejar lagi tu 3 gol. Terbaiklahh..
tahniah gak pada JDT. Jadi juara.
tahniah gak pada Selangor. Dapat no.2 seperti biasa.
yayyyyyy !! kita cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii johorr go! 😛 hihi
http://www.nadiasecreto.com
t-team akan bermain dalam liga perdana kan. tahun sebelum ini pasukan itu kuat. mungkin player dah sampai tahap maksimanya.
tahniah JDT. layak main AFC tahun depan
Tahniah juara liga pada tahun ni.
yeh jdt juara hehe