Dengarlah Rintihan Si Berongga

Assalamua’laikum.

Sudah puas Si Berongga mengadu. Adakalanya Si Berongga mogok menolak sebarang kerja. Kadang-kadang Si Berongga tendang semula kerja yang diberi tuannya. Apa salah Si Berongga diperlaku sedemikian rupa. Apakah tuannya tidak berhati perut? Mustahil. Tuannya cukup sempurna sifatnya. Cuma 5 tahun kebelakangan ini saja, kurang sikit kacaknya akibat selalu tewas di medan perjuangan. Adakalanya, Si Berongga ditampar bertubi-tubi di depan cermin oleh tuannya. Oh! Kesian Si Berongga…. Continue reading “Dengarlah Rintihan Si Berongga”

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar & Salam 1 Syawal

Assalamua’laikum.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar & Salam 1 Syawal diucapkan pada semua teman blogger dan seluruh pengunjung blog hafizmohd.com ni.

Ampun dan maaf dipinta jika ada tersalah kata dan bicara tinta dari pemilik blog. Sama- sama kita raikan hari kemenangan ni dengan bersyukur pada Ilahi dan bertakbir.

Khas ucapan Hari Raya Aidilfitri ni untuk teman semua:

Biar rambut segelap ALMOND LONDON,
Asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT,
Biar iman sekental DODOL,
Jangan senipis REMPEYEK,
Biar jiwa selembut BAHULU,
Asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA,
Senyumlah semanis WAJIK agar lebarab yang disambut lebih bermakna,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

@hafizmd – selamt bercuti dan berhati- hati makan kuih raya yang manis- manis yer….