Malam Panas Lagi Hangat!
Assalamua’laikum.
Panas, hangat lagi mendebarkan! 90 minit bagi penyokong 4 pasukan pasti terasa macam seminggu menunggu. Kelantan vs ATM & Sarawak vs Pahang. 4 pasukan bakal berentap Jumaat dan Sabtu ni untuk merebut slot ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2013. Kelantan ada bekal agak selesa, 2 gol di Selayang. Pahang juga ada token 3 gol hari tu. Pasti peminat Pantai Timur semakin teruja untuk melihat kemungkinan 2 pasukan berjiran bertemu di pentas akhir.
Kelantan vs ATM 25 Oktober
Rekod terakhir perlawanan Kelantan vs ATM di Kota Bharu memihak ATM yang menang 3-1. Jumaat ni, boleh layan siaran langsung di Astro Arena & RMT1. Boleh juga layan melalui live streaming di sini –> Live Streaming Kelantan vs ATM
1. “This is Kota Bharu“. Tunjang kekuatan pasukan Kelantan yang cukup digeruni lawan ialah penyokong mereka. Tak pernah tak penuh stadium. Mesti penuh dan meriah dari awal sampai habis! Memang betul-betul mengujakan.
2. Ambe ulang lagi. Trio Farhan-Indra-Piya-Dickson. 4 orang ni memang ‘pembawa masalah’ besar buat mana-mana benteng lawan.
3. Dickson nampak benar cukup selesa kalau takde pertahanan sesasa tubuhnya kawal pergerakan dia. Dia senang-senang jer lepas 2-3 pertahanan ATM hari tu. Kalau ATM tak betul-betul kawal Dickson, ambe yakin dia akan score lebih dari 1 gol Jumaat ni.
4. Farhan “Ben10” juga nampak dalam prestasi terbaik. Isu dia nak pindah ke pasukan lain musim depan rasanya tak kacau rentak dia main. Cukup bangga ambe dengan dia ni. Mana dia pergi, mesti menjadi!
5. Farizal Harun. Dia ni tonggak kekuatan ATM. Memang nampak tangkas jaga gawang ATM. Jumaat ni, kalau dia masih lagi perform macam kat Selayang, payah juga Kelantan nak jaringkan gol.
6. Marlon Alex James. Memang tak menjadi di Selayang. Obinna yang sasa memang cukup kental kawal Marlon. Payah Marlon nak guna skill dia untuk score.
Ambe harap satu jer. Banyak gol untuk ambe menikmati perlawanan ni dan takde insiden gaduh-gaduh. Itu ajer. Nak enjoy tengok game jer…hehe
@hafizmd – Live streaming Kelantan vs ATM atau siaran langsung. Janji anda sokong pasukan anda sungguh-sungguh!
Good Luck kepada kedua-dua pasukan… Semoga kedua-dua pasukan boleh mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan tersebut… Menang kalah adat pertandingan, yang penting kesungguhan setiap pemain ketika beraksi di atas padang…
Setuju. Kalah menang biasalah. tp mutu game tu yg nak tgk
gomo kelate gomo
cuba bayangkan dengan sokongan yang gempita
siap sedia pakai jersi yer kak ema malam esok..hhee
harap2 tak hujan
tak best tengok pergerakan bola bila padang basah
kalau basah sukar nak skor bola masuk dalam jaring
@suri, padang basah kalau pandai, senang nak masuk bola
setuju..harap2 malam esok tak hujan
Esok la perlawanan ni kan? Boleh dekat kelantan ni.
yup bro..malam esok
harapka aksi yang menghiburkan antar kedua2 team
itulah…harap padang kering malam esok…
Nampknya, Kelantan masuk final lagi la..
harap ATM melakukan kejutan…:)
tu dickson tu power molek dah. main sungguh sungguh! semangat ni yang aku respect dengan pasukan kelantan. takde kat team lain. gomo kelate gomo!
Ambo pulok harap TRW g final dan jadi juara..hehe
memang hangat malam nanti..
Memang panas la game ni. Mintak-mintak jangan hujan dah lah.
penantian kepada semua rakyat Malaysia yang berminat..semoga bermain dalam suasana bersukan.katakan tidak kepada gaduh
kalau panas bisa aja gua kipas dengan kertas.ngak enak pasang aja kipas KDK 🙂
Kalau tengok fb kelab penyokong memang havoc la boh…. ramai giler orang nak beli tiket…. ULAT TIKET confirm buat duit punya
itulah….siap panjat2 lagi…rasanye ade jugok hok ngamok kekgi, kalu tak dok tiket
ULAT TIKET…ade sokmo
sayang pada ATM. patut leh menang. tapi gagal ambil peluang..
Emm apa boleh buatkan..dah tinggal memori pun..hehe
kita sokong ATM…..
yeah! ATM pun ttp di hati