Malam Panas Lagi Hangat!

Piala Malaysia 2013

Assalamua’laikum.

Panas, hangat lagi mendebarkan! 90 minit bagi penyokong 4 pasukan pasti terasa macam seminggu menunggu. Kelantan vs ATM & Sarawak vs Pahang. 4 pasukan bakal berentap Jumaat dan Sabtu ni untuk merebut slot ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2013. Kelantan ada bekal agak selesa, 2 gol di Selayang. Pahang juga ada token 3 gol hari tu. Pasti peminat Pantai Timur semakin teruja untuk melihat kemungkinan 2 pasukan berjiran bertemu di pentas akhir.

Kelantan vs ATM 25 Oktober

Rekod terakhir perlawanan Kelantan vs ATM di Kota Bharu memihak ATM yang menang 3-1. Jumaat ni, boleh layan siaran langsung di Astro Arena & RMT1. Boleh juga layan melalui live streaming di sini –> Live Streaming Kelantan vs ATM

1. “This is Kota Bharu“. Tunjang kekuatan pasukan Kelantan yang cukup digeruni lawan ialah penyokong mereka. Tak pernah tak penuh stadium. Mesti penuh dan meriah dari awal sampai habis! Memang betul-betul mengujakan.

2. Ambe ulang lagi. Trio Farhan-Indra-Piya-Dickson. 4 orang ni memang ‘pembawa masalah’ besar buat mana-mana benteng lawan.

3. Dickson nampak benar cukup selesa kalau takde pertahanan sesasa tubuhnya kawal pergerakan dia. Dia senang-senang jer lepas 2-3 pertahanan ATM hari tu. Kalau ATM tak betul-betul kawal Dickson, ambe yakin dia akan score lebih dari 1 gol Jumaat ni.

Live streaming kelantan vs atm 25 oktober

4. Farhan “Ben10” juga nampak dalam prestasi terbaik. Isu dia nak pindah ke pasukan lain musim depan rasanya tak kacau rentak dia main. Cukup bangga ambe dengan dia ni. Mana dia pergi, mesti menjadi!

5. Farizal Harun. Dia ni tonggak kekuatan ATM. Memang nampak tangkas jaga gawang ATM. Jumaat ni, kalau dia masih lagi perform macam kat Selayang, payah juga Kelantan nak jaringkan gol.

6. Marlon Alex James. Memang tak menjadi di Selayang. Obinna yang sasa memang cukup kental kawal Marlon. Payah Marlon nak guna skill dia untuk score.

Ambe harap satu jer. Banyak gol untuk ambe menikmati perlawanan ni dan takde insiden gaduh-gaduh. Itu ajer. Nak enjoy tengok game jer…hehe

@hafizmd – Live streaming Kelantan vs ATM atau siaran langsung. Janji anda sokong pasukan anda sungguh-sungguh!