Kelantan & Selangor Seri, ATM Tewas, Lions Kekal!

- 19 May 2013Sukan

Assalamua’ laikum.

Kelantan & Selangor Seri, ATM Tewas, Lions Kekal! Selangor seri buat kali kelima berturut-turut dan kali kesembilan musim ni. ATM tewas dengan N.Sembilan melepaskan peluang untuk memintas Lions XII di takhta liga. Apakah ada pasukan yang mampu sekat kemaraan Lions jadi juara Liga Super 2013?

1. Tahniah Kelantan dan Selangor!

Kenapa nak tahniah? Sebab ambe tengok walaupun dua pasukan ni baru saje habis game dalam Piala AFC, terutamanya pemain Selangor yang baru pulang dari Maldives. Ternyata pemain memang kepenatan bermain dalam perlawanan yang berturut-turut tanpa henti. Pemain masih mampu buat hantaran menarik dan memberikan persembahan yang tak mengecewakan.

keputusan terkini liga super 18 mei

2. Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak siap cakap lagi lebih kurang camnilah, “liga kita liga paling sibuk dalam dunia.” Ternyata ada nada sinis dan sedikit kesian kepada pemain yang kepenatan. Bukan senang nak jadi pemain bola, kita yang jadi penyokong ni kena jugak beri sokongan padu kepada pasukan pilihan. Jangan masa menang kita sokong, masa kalah kritik kaw-kaw punya!

3. ATM ambe jangka boleh menang ke atas N. Sembilan. Nyata silap bila ATM gagal ambil peluang untuk menang dan pintas Lions. Pasukan mana lagi lepas ni yang boleh kita harap untuk tumbangkan Lions?

kedudukan terkini liga super

4. Mungkin Liga Super 2014, FAM perlu kaji balik kerelevanan penyertaan pasukan Lions XII dalam liga Malaysia, mereka nampaknya betul-betul gunakan kesempatan yang ada untuk membina skuad terbaik dalam menghadapi Sukan SEA contohnya.

5. Jangan lupa aksi separuh akhir Piala FA minggu depan. Kelantan vs Terengganu dan Pahang vs Johor Darul Takzim.

Sekian kemaskini ringkas. Dah ngantuk, nak kena tidur awal. Penat bersorak untuk Kakak hari ni untuk Hari Sukan sekolahnya =)

@hafizmd – Kelantan & Selangor Seri, ATM Tewas, Lions Kekal! Esok, ambe doakan moga Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati Network berjalan lancar!

{ 23 comments… read them below or add one }

grosir jilbab May 19, 2013 at 7:09 am

Zairo Anuar (Kelantan) pemain muda yang berbakat, semoga permainnannya makin berkembang….

Reply

hafizmd May 21, 2013 at 10:46 am

Mmg terbukti masih berkesan

Reply

Hafizul May 19, 2013 at 1:46 pm

Hehe..tahniah pada pasukan yang menang..yang kalah cuba lagi yer..hehe

Reply

hafizmd May 21, 2013 at 10:45 am

yg kalah jgn cepat mengalah

Reply

Muhammad Faiz May 19, 2013 at 5:08 pm

tahniah kepada yang menang! xD

Reply

hafizmd May 21, 2013 at 10:45 am

Mmg layak menang

Reply

fyna May 19, 2013 at 7:16 pm

bukan rezeki pasukan ATM semalam.

Reply

hafizmd May 21, 2013 at 10:44 am

rezki n.sembilan =)

Reply

titan May 19, 2013 at 7:18 pm

jujur, gua kecewa semalam. Tapi nak wat cane, terpaksa gak harap kat jdt dengan atam. Atm plak kalau dengan negeri sembilan. Tahniah juga pada negeri sembilan atas kemenangan mereka yang pertama. Kalahkan atm plak.

Reply

hafizmd May 21, 2013 at 10:44 am

Kecewa jugaklah. Ingat atm boleh menang, tp n9 mesti main sungguh2…dah makin bawah kalau kalah nanti..

esok, selangor vs terengganu…hehehehe

Reply

eyriqazz May 19, 2013 at 8:26 pm

Yeyy, terengganu menang….

Reply

hafizmd May 21, 2013 at 10:43 am

yes!!!!
ada peluang nak jadi top 5 =)

Reply

hafiz May 19, 2013 at 8:53 pm

atmboleh kalah plak macam mana nak pintas lion..

Reply

hafizmd May 21, 2013 at 10:43 am

adeh..kita harap atm menang, sekali n9 garang betul!

Reply

suri May 19, 2013 at 8:59 pm

ha dh menang suka der tuh hee…

Reply

Hairul Azni May 19, 2013 at 10:24 pm

Pahang last minit gol..

Reply

hafizmd May 21, 2013 at 10:42 am

Pahang ni mmglah!

Reply

TehR May 20, 2013 at 12:24 am

aku terhibur dengan game kelantan vs selangor
biar pun mereka letih tapi persembahan mereka memang terbaik
tahniah untuk kedua pasukan

Reply

hafizmd May 21, 2013 at 10:42 am

Mmg terbaik!

Lepas ni Terennganu vs Selangor plak..kelantan vs Johor DT…fuh!

Reply

Datin Tyka May 20, 2013 at 12:27 am

yey bangga jadi cucu singapore.. he he

Reply

hafizmd May 21, 2013 at 10:42 am

hehe…mmg kacukanlah ni yer?

Reply

Khairul Zamri May 21, 2013 at 12:21 am

2 hari offline huhu tak tahu apa2. tahniah kelate n selangor sama2 hebat

Reply

hafizmd May 21, 2013 at 10:37 am

hehe..dua2 mmg sama2 kental!

Reply

Leave a Comment