Solat: Jarak kaki dan hikmahnya
Asssalamua’laikum.
Alhamdulillah, jumpa lagi kita dengan penghulu segala hari.
Hari Jumaat sinonimnya ialah solat Jumaat. Bila sebut solat Jumaat, aku yakin yang semua tahu ianya dilaksanakan secara berjemaah.
Cuma, apa yang aku biasa perhatikan (atau aku sendiri yang buat) ialah pasal jarak antara dua kaki waktu kita berdiri untuk solat jemaah. Macam-macam cara bukaan kaki sehingga kadang-kadang ‘makan ruang’ yang agak besar. Bila dah semua jemaah buka kaki cara masing-masing, maka akan ada ruang-ruang kosong antara kaki-kaki jemaah.
Tak ke rugi dari segi ruang dan yang lebih penting ialah hikmahnya?
Kita harus faham, hal menjarakkan dua kaki hanyalah perkara sunat tapi menjadi sunnah yang khusus bila kita solat berjemaah. Untuk itu, ulama silam memberi kita panduan untuk membolehkan kita mencapai tahap khusyuk yang terbaik.
- Mazhab Shafi’i: Sekadar sejengkal
- Mazhab Hanafi: Sekadar 4 jari tangan. Jika lebih@kurang adalah makruh
- Mazhab Maliki & Hambali: Kadarnya sederhana mengikut kebiasaan (tak luas sangat, tak rapat sangat)
Mana satu kita nak amalkan? Baik. Aku terus petik pandangan penulis buku Formula Solat Sempurna iaitu Ustaz Zaharuddin dalam soal ni iaitu:
1. Solat jemaah – Jarak terbaik ialah sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah lain disebelah kita.
- HIKMAH: Kuatkan ukhwah dan mampu buang rasa ego diri.
2. Solat sendirian – Jarak terbaik adalah mengikut Mazhab Maliki dan Hambali iaitu jarak selesa dan ikut saiz tubuh kita sendiri (biasanya, kalau badan kita besar, bukaan kaki lebih besar, betul tak?)
Ia nampak mudah tapi jika kita main buat malas jer, kesannya kita akan dibiarkan dalam sifat ego diri yang tinggi, mudah bersengketa dan bertengkar sesama kita. Besar hikmahnya kalau kita benar-benar pelihara safkan?
Sekadar apa yang difahami, bukaan kaki TIDAK BOLEH berbentuk “V”
Bagaimana dengan kita?
® hafizmd – Sama-sama kita disiplinkan diri dengan merapatkan & meluruskan saf.
p/s – aku ada pasang badge baru kat sebelah kanan bawah. Cantik tak? Sila ke sini kalau berminat. Benda percuma lagipun —> Badge PERCUMA
Sumber rujukan: Formula Solat Sempurna (Ustaz Zaharuddin)
thanks info yang menarik..ada sesetgh masyarakat kita terlalu mengikut adat. sekurang dgn entri ini dapat menjelaskan mengenai kedudukan kaki…thanks
terima kasih kembali,
kalau solat main ikut adat, mmg tak berapa kenalah..kita solat macam mana yg Nabi solat.. 😀
Info yang bagus bagi meningkatkan lagi kualiti solat. Terima kasih 😀
terima kasih kembali..
sama2lah kita..ameen
tapi kadang-kadang rmai orang tak suka bila bersentuh bahu dan kaki.. 🙁
@ohcikgu,
Itu yang salah tu, patutnya tak boleh ada ruang antara jemaah. Tapi mmg itu juga yang berlaku pun. Kita tak boleh bagi ruang utk syaitan mencelah antara kita waktu sembahyang. 🙂
@faizul, terbaik! tp ramai lagi jemaah yg segan silu nak rapatkan saf..huuhu
tu yg payah tuh, ustaz kata, org macam ni ego tinggi..sama2 kita elak yer…hehe
salam,
kalo orang kita biasa nak labuhkan punggung masa tahiyat akhir…so, kalau dah rapat2 sgt tak selesa plak nanti terduduk atas kaki org sblh..
as salam,
betul, itulah hikmahnya kita rapat2kan saf, supaya sentuhan antara kita membawa rahmat yg lebih besar sesama saudara…ameen
p/s-nak kena adjust betul sampai kita tak pijak kaki orang, hehe
Rasa nya pagi tadi ada lihat rancangan agama di TV9 pasal jarak kaki ketika solat…
Mmg betul tu bukaan kaki ketika solat ada mcm2 cara mengikut mazhab masing2…
1 post yg menarik utk di baca…
Mmg ada macam2 cara, kalau ikut mazhab, 3 cara saje, tp kalau ikut cara sendiri, itu yg macam2 cara ada…hehe
perkongsian yg menarik.. tq bro.. baru tahu.. selama ni pun asyik tertanya2 jugak pasal jarak kaki ni.. thanks yer bro..
terima kasih kembali.
sama2 kita beramal dan sebarkan…insyaAllah
dah lama benda ni bermain difikiran, baru faham sekarang, thanks
terima kasih kembali, alhamdulillah…sama2 kita amalkan
Ada dengar semasa ceramah agama dikolej dahulu. Elok juga diperbaiki tertib solat. Terima kasih berkongsi
Terima kasih kembali 😀
insyaAllah, kita dengar, kita amal, kita sebarkan sama2…ameen
Sepatutnya kita ambil perhatian hal sebegini supaya solat yang kita dirikan sempurna.
Solat untuk wanita pun ada peraturan dan tertib yang masih patut diperbaiki walaupun selalu disentuh dalam ceramah dan kelas fardu ain.
Setuju tu kak, kalau bukan kita yg perbaiki solat sendiri, sape lagi kan?
sama2 kita perbaiki mutu solat kita…ameen
emm..banyak berlaku sekarang. Mungkin ada yang tak tahu agaknya.
mmg ketara sgt2…nak2 bila solat terawih jemaah ni..
sama2 kita repair mana yg boleh
Hmmm.. menarik gak persoalan nie.. Kawe selalu main ikut muat jer. Asal cukup luas dan selesa utk solat, rasanya ok gak. Terutama kalau masjid tak ramai org. Tapi kalau yg ramai sampai berhempit-hempit, kena adjust lagi laaa.. Still, nice entry bro.
Biasanya gitulah kita. Main ikut muat, padahal ada cara yg betul…hehe
Mmg payah nak kasi saf betul2 cantik…
Sama2 kita betul mana yg boleh 😀
bagi jemaah pompuan pun de yg kadang2 tidak bersentuh bahu..
tima kasih atasperkongsian.. utk renungan bersama..
jadi, sama2 kita perbetulkan mana yg termampu…insyaAllah
Perkara nampak remeh, sebenarnya semua ni perlukan ilmu untuk mendapat hikmah dan pahalanya.
betul, sama2 kita terus belajar dan mencari yg terbaik utk dipersembahkan utk Allah…ameen
Kita guna mazhab Shafi’i kan????
Bagi pendpt bEe, walau apa jua mazhab, warna kulit @ bangsa jika bernama Islam, tetaplah berkiblatkan yg sama bukan??? 😉
Btw, info menarik ni. Thanx for sharing hafizmd
yup, tp ikut kata UZAR, yg lebih baik ialah ikut selesa kita, tak terlalu besar, tak terlalu kecik, janji selesa…tp kalau solat jamaah, jarak dua kaki dah jadi benda penting yg nak kena tgk… 😀
betul 100% …Allah tetap yg SATU.
terima kasih kembali
“Risk is a part of God’s game, alike for men and nations.”