Sir Alex Ferguson Bersara!

- 8 May 2013. Updated 10 May 2013Sukan

Assalamua’laikum.

Sir Alex Ferguson Bersara! 26 tahun. Itulah tempoh Sir Alex Ferguson memimpin skuad Manchester United. Akhirnya, dia melepaskan jawatannya dengan penuh gemilang. Bagi peminat Manchester United, Sir Alex Ferguson sudah cukup sebati. Sebut Manu, mesti sebut sekali nama dia.

1. Pencapaian Sir Alex Ferguson di Manchester United

Antara kejuaraan yang berjaya didakap Manu sepanjang 26 tahun Sir Alex di Manchester United;

  • 13 kali juara liga BPL (1993, 1994, 1996, 1997, 1999, 2000, 2001, 2003, 2007, 2008, 2009, 2011, 2013)
  • 5 kali juara Piala FA (1990, 1994, 1996, 1999, 2004 )
  • 2 kali juara Liga-liga Juara (1999, 2008)
  • 4 kali juara Piala Liga (1992, 2006, 2009, 2010)
  • 10 kali juara Piala Perisai Komuniti (1990 (shared), 1993, 1994, 1996, 1997, 2003, 2007, 2008, 2010, 2011)

berita sir alex ferguson bersara

2. Pastinya lebih bermakna ialah kejayaannya membimbing ramai pemain muda berbakat menjadi lebih baik seperti Cristiano Ronaldi, Park Ji Sung, Shinji Kagawa, Wayne Rooney. Tak lupa lagenda Manu seperti Ryan Giggs dan Paul Scholes!

3. Pengganti Sir Alex Ferguson di Manchester United?

Dengar katanya David Moyes, pengurus pasukan Everton. Ke korang nak Jose Mourinho?

4. Peranan Sir Alex selepas bersara ialah menjadi pengarah dan duta kelab Manchester United. Lepas ni, mungkin dia akan lebih kerap turun ke Malaysia, mungkinlah…hhehe

5. Glory Manu Glory!

@hafizmd – Sir Alex Ferguson Bersara! Siapa agaknya ganti dia ek?

Kredit gambar: BBC Sport