Senang ke susah pikat wanita?

Assalamu’alaikum

"cinta sejati"Whoooa…..tajuk memang sedap sungguh! Dah macam gaya doktor cinta pulak…kita mesti biasa baca bab-bab cinta di blog Suri, kali ni giliran aku pulak nak cuba dendangkan perihal C.I.N.T.A di sini. Saja nak kasi meriah. Agaknya musim bercinta ke sekarang ni?

Apa yang aku bakal sampaikan ni mungkin ada yang kurang kena dan tak tepat, maklumlah…tak reti sangat bercintan-cintun ni..jadi mana yang baik tu, bolehlah diamalkan, mana yang buruk tu, cepat-cepat tegur aku ni yer…baru hidup kita lebih indah dan berpelangi…betul tak?

Ada yang kata, wanita ni ibarat jinak-jinak merpati…nampak jinak…tapi susah nak tangkap. Tapi itu burung! Ini manusia yang bernama W.A.N.I.T.A.

5 teknik yang boleh kita guna untuk pikat hati wanita:

1. Niat – Niat mesti tetap! Jangan ingat nak cari teman ni macam kita main bola. Masa tak dapat, dikejar-kejar, bila dah dapat, ditendang-tedang! InsyaAllah niat yang betul pasti Allah akan permudahkan.

2. Rancang – Bila dah ada niat yang jelas, kena set dalam minda kita, yang kita memang nakkan satu hubungan yang serius. Bukan setakat nak buat teman chatting, tapi kita dahpun rancang bila nak merisik, tunang, kahwin dan lain-lain.

3. Jaga batasan – Ni penting ni. Sekali kita langgar batasan (batasan agama), pasti si dia dah tak percaya kat kita. Ingat tu! Wanita memang pantang bab-bab ni. Sekali kita dah tipu mereka, mereka dah susah nak percaya balik. Jadi, awas yer…

4. Fahami kenalannya – Bab ni, aku rasa ramai yang gagal. Kita kena faham yang sebelum dia kenal kita, si dia ada ramai kawan-kawan. Jadi, bila dah ada kita, jangan pulak kita giler nak kawal pergerakan dia 100%. Yang terbaik, cuba fahami dan kenali siapa kawan-kawan si dia. Kat sini jugak, kita boleh belajar kawal cemburu kita yang tak tentu hala ni….

5. Fahami perasaannya – Memang ada pepatah yang kata ” wanita persis ombak di lautan”. Maksudnya, bergelora di permukaan atas, mungkin tenang di dasarnya. Jadi, untuk langkah pertama, kenalah kita pastikan yang si dia jugak sukakan kita. Jangan kita bertepuk sebelah tangan pulak. Maklumlah, mungkin juga si dia takut nak tolak cinta kita kerana tak mahu kita ni terluka…oh!

Itulah saja resepi C.I.N.T.Aย  memikat hati wanita hari ni. Nampak senangkan? Memang senang kalau kena caranya dan memang rhohok (susah) kalau tak kena gaya! Tak caya? Nanti kita baca komen kat bawah ni. Mesti ada yang nak tambahkan? Jangan memalu nak lantun-lantun (saudara Maza pasti ada banyak resepi hebat…tak gitu?)

ยฎ hafizmd – cinta itu memang lebih indah bila kita letak DIA sebagai asasnya ๐Ÿ˜€