Ramadhan dipenghujungnya & Entri pelepas rindu…
Assalamua’laikum.
Salam Ramadhan. Pejam celik, dah nak habis dah bulan Ramadhan. Sahur tadi, sahur terakhir untuk kita tahun ni, petang ni, andai Allah panjangkan usia kita, berbuka juga bakal menjadi penamat satu hari berpuasa dalam Ramadhan tahun ni. Mungkin menjadi yang terakhir untuk kita. Jadi, kita beri yang terbaik untuk hari terakhir ni.
Sinonim rasanya, aku memang selalu juga dengar, ada yang kata (termasuk aku jugalah) “eh, cepatnya…dah nak habis dah puasa…rase macam baru jer start puasa…”
Aku kekadang terfikir jugalah, pasai apa aku rase lagu ni…
Memang biasa sangat dengar, akhir zaman ni kita akan rasa masa jadi semakin cepat dan pantas. Tapikan, sejak dulu sampai sekarang, satu hari tetap juga 24 jam, tetap 1440 minit, tetap 86,400 saat (walaupun ada saintis yang cakap masa putaran bumi dah cepat sikit dalam julat yang amat kecil akibat kesan bencana alam).
Jadi, apa sebab aku rasa masa makin cepat? Bak kata orang yang sedang berucap “maaf sering mencemburui saya…”
Belek punya belek, ada seorang Ustaz yang berkata begini:
“kita memang rasa masa ni terlalu singkat untuk kita, cepat dan kadang-kadang rasa tak cukup 24 jam sehari…kenapa? Sebenarnya, kita terlampau sibuk dengan urusan duniawi. Ke hulu ke hilir tak sudah-sudah dengan macam-macam urusan peribadi, keluarga dan pejabat…”
Aku hanya mampu mengangguk, membenarkan kata-kata Ustaz tadi. Lantas, Ustaz sarankan cra untuk tidak merasakan masa telalu cepat berlalu. Kata Ustaz lagi, begini caranya:
“Lepas solat, cuba kita baca Al-Quran 1 juzu’. Kemudian tengok jam, baca lagi 1 juzu’. Kemudian tengok jam lagi. Saya yakin, kita akan rasa masa berlalu lebih lambat dari biasa. Cubalah…”
Saran Ustaz. Bila difikir balik, memang ada benarnya. Aku renung dalam-dalam, memang kalau tengok filem, 2 jam tu biasa sangat. Cepat saja rasa.
Sedar atau separa sedar, kita (akulah terutamanya ni…), terlampau sibuk dengan urusan duniawi seolah semuanya mampu kita angkut masuk ke alam sana! Sedangkan terang-terang hanya ada 4 perkara saja yang berguna untuk kita sebagai bekalan nanti.
Sama-sama kits bersyukur dengan nikmat masa yang Allah pinjamkan untuk kita. Inilah antara nikmat yang kita kadang- kadang lupa untuk disyukuri. Lebih-lebih lagi di akhir Ramadhan ni.
Sekian untuk entri pelepas rindu di akhir Ramadhan. Mudah- mudahan kita berpeluang berjumpa Ramadhan tahun depan dengan rindu yang sudah pasti mendalam. InsyaAllah.
@hafizmd – zakat fitrah dah bayar belum ni?
satu lagi bro, kita rasa masa berlalu cepat bila kita tak buat sesuatu yang bermanfaat dengan masa tu, ianya dibuang begitu sahaja
selamat hari raya bro!
maaf zahir batin ye 🙂
@tengkorak emas, ada benarnya tu TE. InsyaAllah, masa yg terluang diisi dgn manfaat pasti rasa berbaloi hari2 yg kita lalui
TE, tengah cuti raye lagi ke?
Tetiba jek TE jalan2… ekekekeke
kapal cutilah tu…hehe
Timbul juga perasaan macam tidak sempat untuk buat semua perkara. Teringat dikolej dahulu yang mana pensyarah saya akan berhenti kelas kalau masuk waktu solat dengan bersolat jemaah kemudian sambung balik kelas
Bagusnya dapat pensyarah camtuh…
Sama2 kita ambil pelajaran dan sentiasa beringat
Hey I feel Ramadan Festival is so much of important to Islam community, I also feel that this year is their is so much of dull in Ramadan I feel I can happen very good to to you also,
kadang2 kita terlalu leka dengan hal duniawi sampai kan terasa masa tu cepat sangat.. harap kita selalulah beringat 🙂
betullah mr z…
mmg byk juga masa yg dilekakan..
moga kita sentiasa beringat..thanks mr z
setuju..bila membaca sambil tengok jam..memang rasa lambat. cuba baca tanpa tengok jam..terasa cepat aje..
hehe…kalau tgk jarum jam…mmg lambat bebenor rasenye..keh3
rindu dengan bulan ramadan dahh..
moga rindu ni buatkan kita istiqomah dalam berbuat amal soleh…ameen
salam..masih mencqri cri cinta yg hakiki
as salam
moga ketemu cinta hakiki lagi sejati
bEe pun sama juga 😉
sama2lah kita…moga beroleh rahmat dan barakahNYA…ameen ;p
Biasalah kan
Bila bab dating ngan bg / gf ker, ngeteh ker, apa ker…. masa tu cepat banget jalannya dong!
Bila hal2 berkaitan islamiah tu alahai…. (samalah juga dgn bEe) 😛
huuuuu…sama2 kita perbaiki diri…cermin diri hiasi peribadi 😀
syawal yang gumbira 🙂
alhamdulillah….gembira seadanya ;p
selamat hari raya.. mudah2an tahun depan kita berpuasa bersama2 lagi ye.. ameen..
ameen….insyaAllah…
mmg lebih terindah dapat berpuasa dan beraya bersama awak ;p