Piala Dunia Afrika Selatan baru saja bermula, tapi..

Assalamua’laikum semua.

Macam mana mood hari ni? Ada rasa Monday blues ke? Biasalah kan..bila hari Isnin jer, rasa liat jer nak bangun pagi. Sayang bebenor nak tinggalkan selimut busuk dan bantal golek yang dah penyet lagi lenyek tu yer. Lagi bertambah liat kalau pagi tadi layan game Germany lawan Australia tapi kalau team Germany yang korang (saja test gantikan anda) suka, sudah pasti tersenyum puas. Al-maklumlah, kira makan besar pagi tadi. Germany tewaskan Australia 4-0. Jaringan terbesar setakat ini.

Jadi, korang rasa setakat ni macam mana? Puas hati dengan persembahan pasukan mahupun player kegemaran? Bagi aku (test gantikan saya), setakat ni, aku boleh katakan camni jer;

1. Game yang paling best: Korea Selatan lawan Greece. Rasa macam tak percaya pun ada. Kira memang puas hati sangat.

2. Game yang sikit mengecewakan: Argentina lawan Nigeria dan England lawan USA. Kesian Robert Green. Kenapa? Boleh layan video ini.

3. Mutu pengadilan yang aku rasa ade kureng sikit. Contohnya game Mexico lawan Afrika hari tu. Pelik betul, macam mana penjaga garisan bola angkat bendera offside, sedangkan ada player Afrika tercongok kat tiang gol.

4. Lagi ek.. setakat ni dah ada 4 kad merah dari lapan game. Kad kuning? lebih sepuluh dah rasanya. Player main ganas sangat ke atau pengadil yang terlebih strict?

5. Kadang-kadang aku rasa bunyi yang bingit kat stadium tu happening jugak, kadang-kadang serabut pun ada..

6. Korea Selatan baru saja tewaskan juara Eropah 2004 Greece, tapi peminat di Korea sudahpun meraikannya dengan penuh terlampau yakni pembelian kondom, arak dan bir meningkat berkali ganda..

Ada lagi ke? Apa kata korang tolong bagi idea sikit. Bukan nak cari kesalahan, cuma berkongsi rasa dan pendapat masing-masing. Inikan Piala Dunia 4 tahun sekali. Tak gitu?

p/s – Ini hanyalah pendapat aku saja. Tiada kaitan dengan mana-mana pasukan yang berminat membeli aku..whoooooa..

® hafizmd – tak sabar nak tunggu game Korea Selatan vs Argentina..yeahh

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.