Piala AFF Suzuki:Malaysia vs Singapura

Assalamua’laikum.

Keputusan penuh perlawanan Malaysia vs Singapura pasti dinanti semua. Demam Piala AFF Suzuki dah bermula. Ambe antara jutaan rakyat Malaysia yang menaruh kepercayaan pada skuad Harimau Malaya dalam misi mempertahankan kejuaraan dua tahun lalu. Memang betul kata orang, nak pertahankan juara lagi payah berbanding mencapainya. Kita yang nak kekalkan kedudukan Alexapun payah, apatah lagi mereka, skuad Harimau Malaya! Tapi, ambe yakin kita mampu tewaskan Singapura malam ni. Kenapa?

Faktor Penyokong Malaysia

Rata-rata kita dengar ramai yang kurang yakin dan kecewa. Biasalah. Kalau kita kecewa, maknanya kita sayangkan pasukan bola kita. Kalau tak ambil kisah, itu yang tak patut. Kalau bukan kita yang sokong, takkan nak harap pekerja Indonesia ataupun Bangladesh yang sokong? Mereka juga ada negara untuk mereka sokong? Kita? Memang ambe akui, sakit juga mata tengok mutu hantaran dan tendangan pemain Malaysia dalam siri perlawanan persahabatan, tapi ambe rasa Malaysia sengaja simpan kuku!Ayuh, kasi semangat penuh pada mereka?

Faktor Pemain Harimau Malaya

Hampir semuanya adalah pemain yang menjulang piala dua tahun lepas. Jadi, faktor semangat dan pengalaman pasti memberi kelebihan pada pemain Malaysia. Cuma apa yang ambe risau ialah kebergantungan yang amat tinggi pada posisi penyerang iaitu kepada Mat Yo dan Safee Sali. Begitu juga posisi tengah yang bergantung kepada kelibat Safiq Rahim. Moga kelibat Wan Zack dan Gary Robbat mampu menjana peluang untuk penyerang menghasilkan jaringan!

Ambe rasa, dua faktor ini sudah cukup untuk Malaysia menang malam ni. Kalau kita nak mereka menang, pemain lagilah nak menang! Jadi, ayuh berikan sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada skuad Harimau Malaya. Semoga mengaum hebat dalam siri Piala AFF Suzuki 2012.

@hafizmd – pastikan sokongan anda pada Harimau Malaya malam ni!