Oh! Main Petang Janji Menang…

Assalamua’laikum.

Keputusan terkini perlawanan pilihan:
- Kelantan 2 vs Sarawak 1
- Selangor 4 vs Shahzan Muda 0
- Terengganu 4 vs PDRM 0
* Format perlawanan adalah kalah mati*

Apa yang petangnya? Apa lagi kalau bukan pasal bola. Liga Super berehat sebentar (bersambung Mac depan) untuk memberi laluan kepada perlawanan Piala FA pulak. Kecoh jugak beberapa hari lepas, Stadium Sultan Ismail di Terengganu tiba-tiba padam masa perlawanan tengah rancak. Dek sebab tu jugak, MB Terengganu tak puas hati nampaknya.

"jadual piala FA bola sepak malaysia"
Alih-alih, kenalah main sebelah petang. Petang pun petanglah, janji menang….hehehe. Piala FA kali ni saya perhatikan lebih menarik dengan adanya wakil Singapura dan beberapa kelab bolasepak lain. Tengok dulu jadual kat atas tu untuk pusingan pertama yang akan bermula malam ni.

Siap ada PKR FC lagi. Parti Keadilan Rakyat ke ek? Bukan-bukan. Ini kelab dari Cambodia iaitu Preah Khan Reach FC. Memang meriah dan nampak lebih kompetetif. Tahniah FAM!

Eh…Selangor tak main ke? Ade-ade. Selangor vs Shahzan Muda dan T-Team vs Johor.

@hafizmd – jangan lupa untuk beri sokongan pada pasukan kesayangan anda =)