Oh! Madah Kehidupan
Assalamua’laikum.
Tak cukup Melayu rasanya kalau kita tak tau serba sikit keindahan bahasa sendiri. Atok nenek kita penuh dengan madah pujangga. Bahasa berkias-kias. Puitis indah. Tak percaya? Dengar saja lagu-lagu generasi baru dan bandingkan pula dengan lagu-lagu generasi lama. Tak nampak lagi?
Ok-ok. Tau lirik lagu Awan Nano yang menang AJL tu? Cantik susunan katanyakan? Cuba pulak dengar lirik lagu generasi baru yang jenis sekadar penyedap halwa telinga. Korang simpan dan kongsi jer kat bawah ni kalau ada yang tak setuju. Yang setuju, kongsi jugak. Sharing is caringkan?
Mana madah berhelahnya? Iyalah. Saya kongsi kat bawah ni. Meh baca sama-sama.
1. Madah ambil kesempatan
Memperlapang kandang musang, mempersempit reban ayam – Sengaja beri peluang kepada orang yang berniat jahat untuk ambil kesempatan —> Sebab itulah Allah wajibkan kita jaga aurat. Tak gitu kawan-kawan?
2. Madah lelaki jahat
Mandi di telaga di tepi jalan, bersunting bunga tahi ayam – Orang lelaki yang suka kepada perempuan jahat —> Apa yang dia suka, itulah yang dia cari. Betul?
3. Madah orang berilmu
Biar kena tampar dengan jari yang bercincin daripada dijentik dengan tangan yang berkudis – Jika tersalah dalam sesuatu perkara, elok benar dihukum oleh mereka yang berkuasa @ ditegur oleh mereka yang berilmu, daripada dianiyai oleh mereka yang tak tau apa-apa —> Kita? Ramai yang jenis pandai guna hukum dan fatwa sendiri. Betul tak?
Itulah saja yer murid-murid, madah berhelah untuk hari ini. Nanti, kita belajar madah-madah cinta pulak yer. Ok. Boleh bersurai tapi jangan lupa pulak homework tu (komen kat bawah yer….hahahaha…).
@hafizmd – “….jangan duduk atas bantal, nanti bisul….”
Keindahan bahasa kita… yang masyarakat kita hampir melupakannya.. Sesekali perlu digunakan untuk mengelakkannya daripada pupus..
Setuju. Lagi bagus kalau kita sebagai blogger praktikkan bahasa sbgai budaya blogging…setuju tak?
bahasa melayu mmg puitis, cuma mungkin kurang diberi penekanan, lama2 generasi muda makin lupa. Mungkin juga ada yang tahu, tapi bila tak digunakan, jadilah pekasam..
bila banyak membaca, insyaallah akan jumpa
Pekasam ikan puyu sedap jugak, tp kalau bahasa yg indah dipekasamkan, hilanglah jati diri Melayu
Membaca jambatan ilmu…hehe
bisul haaa… ada gak berjangkit smpai sini deh hi…
dah datang sah mood si admin berksi tuh dia
keh3…hati2 ngn bisul….sekali kena…adui
takpe2, ada cara rawatnye di blog surikan?
Madah yang tak berapa nak paham. Nasib baik diberi penerangan oleh Hafiz.com. TQ
skrg lagu entah apa2 sukar nak paham..sy lebih suka lagu santai dok pening kepla bila dger heee
Betul tu Suri. Kdg2 lirik macam sengaja nak ajak buat jahat. huuuuuuh
ho lupa saya kurg suka hafiz ngeee tpi suka lagu zz HEEE sama dgn adik dia tu az haaa..suka2
hehhee…takpe2…layan lagu jadilah…
p/s-tuan blog jugak bernama hafiz tp rambut tak macam hafiz awan nano daaaaa
wow, jujur tak pernah dengar pulak madah yang ini. selalu dengar yang biasa-biasa je yang ini baru 1st time. thanks berkongsi info,hehehehe
hehehe….seronok dapat kongsi benda2 baru ngn kawan2….
madah2 ni mmg sikit pelik tp ada benarnya dan tajam jugak bahasanya =)
terima kasih cikgu.
bila kelas akan bersambung lagi cikgu?
@suri, cikgu tgh cuti rehat…hahahaa
sama2…
terima kasih kembali sudi baca =)
Assalamu`alaikum cikgu,
zaman la ni orang suka cakap direct, lagi lurus dan kasar bahasanya lagi depa suka. Makna menyindir juga bukan berhenti setakat itu sahaja cikgu, malah ditransformkan kepada mengutuk. Iya kita tak boleh salahkan sistem sekular kita yang cantik dan gah ni, jiwa kita sememangnya kosong.
Bukankah reformasi itu yang selama ini kita cari?
Wa’laikumussalam Mama,
Tajam dan menikam sekali =)
Makin lama, makin kita kurang ‘bahasa’nya. Slogan bahasa jiwa bangsa dah jadi macam takde ertinya lagi. Benar sekali, jiwa kita makin kosong dek keterbukaan dan rakusnya kita mahukan reformasi.
Terima kasih MM utk komen ni. Mmg terbaik!
haha..gua tak berapa faham maa ini madah semua. gua jenis lurus maa..
hahaha…lu mmg lurus punya orang…lu mmg kurus ek?
Ketiga2 madah yang cikgu bagi ni aku tak pernah baca atau dengar….bagus cikgu, menambah ilmu kat aku juga nih…bab bebudak skg, aku paling tension nak baca ayat yg dishortkan…klau sikit2 tu x pe…tp bila dah pelik2…aduihhh, lemau aku nak baca…
Hehe…berkongsi mana yg sempat. Kang kalau ada lagi, aku tambah kat sini =)
Budak2 sekarang, kadang2 naik pening dibuatnye….cakap lain, tulis lain….bace lain….hoooooh
Lagu Madah Berhelah saya tahu ia adalah tajuk lagu nyanyian Ziana Zain. 🙂
Saya pun tiba2 teringat tajuk lagu Madah Berhelah 😉
@nizam,hehe..lagu berhantu tu bro… =)
@Akubiomed, hahahaha….lagu syiok tu bro =)
seklai tarik, habis putus urat merih ni…hahahhaa
belajar madah baru arini..pelik2…1st time dgr kot..
hehe…tu yg syoknye ade blog,leh kongsi2 ngn kawan2 =)
suka berbahasan terkadang smpi melaut hee klu tak bisa degar bayk juga blog2 sndri bicara ke laut heee
hehehe…ke laut tu biasa…jgn melalut sudah…hehehehe
wah, memang tak pernah dengar madah ni,
ajar lagi madah lain, cikgu!!!
hehe…kang nanti yer anak2..sabar2…
bro padin nak madah jenis apa pulak?