Pameran dan Kejayaan Universiti Penyelidikan
Universiti Penyelidikan (Research University – RU) yang diiktiraf oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 untuk menjadi hab kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan mula menunjukkan prestasi yang membanggakan.
Saya berkesempatan menghadiri Pameran dan Kejayaan Universiti Penyelidikan yang telah diadakan di Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaya pada 24 Mac yang lalu. Berada dalam suasana ilmiah sememangnya begitu menyegarkan minda dan mengujakan. Lebih-lebih lagi, dapat bersama-sama mendengar sesi penerangan dan pameran hasil kejayaan dari 5 buah Universiti Penyelidikan. Cukup mengujakan!
Universiti tempatan yang saya maksudkan ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Peranan Universiti Penyelidikan (RU)
Misi Univeristi Penyelidikan nyata cukup jelas. Ianya dijadikan sebagai enjin pertumbuhan negara dengan membuka ruang seluas-luasnya kepada para sarjana dan pelajar untuk saling bertukar fikiran, melakukan kerjasama dalam bidang penyelidikan, meneroka idea-idea baru, menguji kaedah yang lebih inovatif dalam menjana kekayaan seterusnya diharap mampu menyumbang peningkatan kualiti hidup masyarakat.
Saya berkesempatan menjengah sekitar tapak pameran yang mempamerkan deretan produk komersial hasil penyelidikan sarjana tempatan. Ianya bukan sekadar hebat di atas kertas, malah sudah mampu dikomersialkan untuk manfaat kita bersama.
Kejayaan Penerbitan Buku dan Kertas Ilmiah
Dalam siri pertama ini, pencapaian penerbitan buku dan kertas ilmiah diberikan tumpuan utama. Saya difahamkan, siri-siri lain berkaitan penyelidikan akan diadakan secara bergilir-gilir oleh Universiti Penyelidikan yang terlibat. Pastinya lebih banyak idea kreatif dan inovasi terkini bakal dipaparkan dan diterjemahkan oleh para penyelidik Malaysia.
Apakah kepentingan penerbitan buku dan kertas ilmiah?
Di dalam bidang penyelidikan, penerbitan buku dan jurnal berindeks merupakan satu-satunya kaedah yang diterima pakai oleh komuniti penyelidik dunia di dalam melaporkan hasil kajian. Manuskrip laporan disemak secara kritis untuk menentukan tahap integriti dan kesahihan laporan seterusnya mengesahkan sebarang penemuan laporan tersebut. Bukan sekadar itu, saya juga yakin ianya menjadi salah satu ukuran utama menentukan kedudukan prestij sesebuah universiti dan juga kelayakan untuk pencalonan Hadiah Nobel.
Hebatnya seorang sarjana juga diukur sejauh mana penemuannya memberi manfaat besar kepada masyarakat dunia. Di sinilah pentingnya penerbitan buku dan kertas ilmiah yang diiktiraf.
Kejayaan penerbitan ilmiah ini pastinya membantu ahli akademik dan penyelidikan masa hadapan menghasilkan sesuatu yang lebih berinovasi dan memberi impak positif kepada peningkatan taraf hidup masyarakat. Inilah antara misi utama penubuhan Universiti Penyelidikan!
Kejayaan demi kejayaan menghasilkan penerbitan ilmiah yang berkualiti dan diikitiraf komuniti penyelidik dunia telah membuktikan ahli akademik dan penyelidik tempatan mampu ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan para penyelidik terbaik dunia.
Secara tidak langsung, pencapaian ini menaikkan nama Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang semakin disegani dan menjadi hub pilihan utama di dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.
Peranan Masyarakat Berilmu
Saya berpandangan penganjuran Pameran dan Kejayaan Universiti Penyelidikan ini sewajarnya mampu membuka mata banyak pihak terutamanya bakal pasca-siswazah dan masyarakat setempat betapa universiti awam tempatan yang diberikan penarafan Universiti Penyelidikan, kini boleh dikatakan setanding universiti terkemuka dunia. Masyarakat seharusnya lebih percaya dan memberi sokongan terhadap produk penyelidikan tempatan.
Saya juga yakin, seiring dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), masyarakat secara amnya wajar mengambil inisiatif bijak untuk turut serta di dalam usaha mewujudkan masyarakat berilmu yang menjadikan budaya inovasi sebagai satu platform membangunkan sebuah negara maju.
Akhirnya, diyakini para sarjana dan ilmuan di universiti tempatan sudah bersedia melahirkan kembali lebih ramai pakar saintis terulung zaman silam seperti al-Kindi, Ibn Khaldun, al-Khawarizmi dan sarjana lainnya. Bukan di luar negara, tetapi di universiti awam tempatan!
Anda juga boleh layari hebahan khas yang dibawakan oleh Unit Berita Universiti Malaya di laman ini, “Malaysia as a Developed Nation: The Role of Research Universities”
Sangat menarik, kalaulah saya dapat pergi ke acara ni.
Cukup menarik bro. Nak2 bila dpt dengar sendiri prof dan dr yg terangkan pasal2 satu2 penemuan tu…terbaiklah!
Semoga taraf penyelidikan yang ada dapat bersaing maju di arena antarabangsa..untuk menjadikan negara maju tahun 2020, memang patut pun diambil pendekatan untuk mendedahkan masyarakat kearah masyarakat yang berilmu…sarjana kita sekarang ni dah hebat-hebat…hehe..
Mmg makin hebat dah boh. Ada prof yg mmg terkenal seluruh dunia, cuma kita yg tak berapa nak nampak sbb tak “merasa” apa yg mereka hasilkan. itu yg cuba diatasi rasanya
taraf pendidikan kat malaysia ni makin lama makin bagus, dan pelajarnya jugak dah boleh bijak memilih yang terbaik sekarang dalam membuat keputusan. satu usaha yang baik buat pameran macam gini. tapi kenapa agaknya masih ramai yang menganggur ye bro? hmm
Menganggur ek? Entahlah. Aku takde jawapan tepat. Mungkin byk sebab. Antaranya yg selalu kita dgr, graduan memilih kerja, nak gaji tinggi sangat, majikan dah kurangkan ambil yg berdegree sbb nanti kena bayar gaji mahal…
Entahlah…tapi satu aku pasti, kalau graduan yg nak betul2 kerja, jgn memilih sangat…cari pengalaman dulu…kalau tak nak kerja, sambung belajar…hohoho
terbaik ar entri deme ni…
Terima kasih boh!
Universiti di Malaysia dan setaraf dengan universiti luar negara… Tahniah!!!
Mmg takyah gi luar negara dah…kat sini pun ramai prof yg power2
wahh..rajinnya pergi sana ehh..
Mestilah…. =)
bagus ni, universiti Malaysia perlu buktikan mampu hasilkan buku/jurnal bertaraf antarabangsa. lagi satu kena banyakkan buku ilmiah berbahasa melayu.
memang hebat dan menarik pameran ni, semoga bahan-bahan ilmiah ni jadikan Malaysia terus berjaya dalam bidang penyelidikan, juga boleh dimanfaatkan sebaiknya.
Itulah yg diusahakan oleh sarjana. Salah sorang prof tu siap cakap,”apa guan kertas ilmiah banyak, tapi tak berguna kepada masyarakat…” tajam tapi cukup benar…
lari tajuk jap, theme blog ko lawa la, kemas jer aku tgk
thanks bro..baru dapat guna thesis =)
Bangga lak rasa pernah menjadi pelajar salah sebuah universiti penyelidikan tu.
Universiti pendidikan di Malaysia ni among the best.
seronok dapat menghadiri majlis ilmu sebegini, byk input yg berguna kan
Universiti dan industri perlu ada hubungan supaya hasil kejayaan dan penyelidikan dapat dikomersialkan untuk manfaat bersama.
Itu yg sedang diperluaskan sekarang. Cuma pasaran tempatan, jarang benar nampak produk universiti
sukses selalu lah buat universiti tu 🙂